Label

RAKAN TERSEPAK ALAT SULIT

Soalan

SEWAKTU remaja, saya pernah mengalami kesakitan pada buah zakar akibat tersepak rakan sewaktu bermain bola sepak.

Saya akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Saya bimbang jika ia boleh menjejaskan tahap kesuburan saya. Adakah ia boleh berlaku?

ARMAN
Johor Bahru

Jawapan

BUAH zakar amat penting bagi lelaki kerana ia adalah pusat penghasilan sperma dan hormon testosterone. Kedua-duanya penting untuk penghasilan zuriat dan watak kelelakian. Bayangkan apabila fungsi kedua-dua terbantut akibat kecederaan atau jangkitan kepada buah zakar. Sudah tentu semangat dan kemampuan zuriat kelelakian musnah sama sekali.

Lelaki yang mengalami masalah kekurangan hormon boleh dirawat dengan pengambilan testosterone. Tetapi jika tidak ada benih, sukar untuk mengatasinya dan terpaksa menerima kemungkinan mandul seumur hidup.

Lelaki perlu peka dengan keselamatan buah zakar mereka. Ini kerana ia berisiko tinggi untuk mengalami kecederaan terutama ketika bersukan atau melakukan aktiviti lasak.

Jangkitan kuman atau virus kepada buah zakar boleh berlaku pada bila-bila masa. Penyakit beguk (akibat kuman virus mumps) yang dialami lelaki dewasa berkemungkinan boleh merebak ke buah zakar.

Apabila buah zakar membengkak akibat keradangan, sel asal sperma atau 'germinal epithelium' terhimpit dan musnah. Dalam masa beberapa hari, buah zakar akan menjadi lembik dan kecut (akibat kemusnahan sel asal sperma).

Pada peringkat awal penyakit beguk, jangkitan kepada buah zakar dapat dihindari jika lelaki terbabit mengambil ubat Gammaglobulin secara suntikan. Jika keradangan atau bengkak buah zakar berlaku, ia perlu dikawal dengan 'cold compress' atau pek air batu sehinggalah ia susut.

Jika buah zakar cedera, tekapkan pek air batu sehingga dapat melegakan keradangan dan menyelamatkan kilang sperma.

Jika buah zakar sudah rosak dan tidak mampu menghasilkan sperma, tiada apa-apa yang boleh dilakukan. Namun, jika masih ada sedikit sperma, anda boleh mendapatkan prosedur ICSI, iaitu kaedah menyuntik sperma ke dalam telur wanita untuk menghasilkan janin. Bagaimanapun, kosnya agak mahal dan kemungkinan untuk berjaya juga agak tipis.

Saya ingin mencadangkan supaya semua kanak-kanak lelaki mendapatkan suntikan pelalian Mumps (MMR) yang sudah diperkenalkan Kementerian Kesihatan. Jika aktif dalam sukan lasak, pastikan anda memakai peralatan perlindungan buah zakar. Selain itu, elakkan memakai seluar dalam atau jean ketat.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan