Label

TERKENA HENTAKAN KETIKA EREKSI

Soalan

ZAKAR saya pernah terkena hentakan kuat ketika ia ereksi. Berikutan itu, ia kini tidak mampu untuk ereksi lagi. Bagaimana untuk merawat masalah ini?

TAPA
Melaka

Jawapan

KECEDERAAN yang berlaku kepada zakar boleh mengakibatkan fungsi anggota berkenaan terjejas. Antaranya disebabkan hentakan atau tarikan ketika zakar itu sedang menegang atau ereksi. Hentakan secara terus kepada zakar boleh mengakibatkan ia 'terpatah' dan hujung zakar terbengkok serta lebam kerana darah menyerap keluar daripada otot zakar yang tercedera.

Jika ada darah beku dalam otot, ia perlu dikeluarkan melalui pembedahan kecil. Apabila ia pulih, ereksi boleh berlaku secara spontan tetapi pada peringkat permulaan, ia agak menyakitkan sebelum kembali normal.

Ini kerana mungkin di tempat yang cedera itu mengandungi tisu parut yang seraput tetapi zakar masih boleh digunakan lagi. Namun, ia jarang mengakibatkan mati pucuk.

Bagi zakar yang tersentap atau tertarik dengan kuat, mungkin otot dan sendi lekatan otot zakar ke tundun terkoyak. Untuk melegakan keradangan dan bengkak, 'cold compress' akan digunakan.

Apabila lega, pemeriksaan dilakukan untuk mengenal pasti tahap kecederaan. Jika ringan, pemulihan akan berlaku secara spontan, tetapi jika kecederaannya berat mungkin perlu menjalani pembedahan untuk menyambung ligamen (otot sendi) yang terkoyak.

Bagaimanapun, elok berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Mungkin masalah itu kecil tetapi kerana takut, ereksi tidak berlaku!

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan