Label

KULIT ANGGOTA SULIT KOYAK, KERING

Soalan

KULIT di bahagian hujung zakar saya dan bekas jahitan sewaktu berkhatan dulu agak menegang. Keadaan ini berlaku apabila ia ereksi sehingga kadang-kadang terluka akibat koyak dan kering.

Apakah kaedah rawatan untuk mengatasi masalah ini?

PATZUL
Kuala Lumpur

Jawapan

KULIT anggota sulit lelaki dan wanita begitu halus, licin dan tidak mudah mengeras atau menggerutu. Ia juga elastik dan boleh ditarik apabila anggota kemaluan itu mengembang dan kulit juga akan melebar.

Kulit bekas parut tidak mempunyai fungsi seperti itu. Jadi parut itu boleh melecet atau merekah dan boleh menebal. Jika kulit parutan itu mengganggu hubungan seks, iaitu menyakitkan dan lambat pulih kemungkinan besar ia perlu dibedah dan kulit normal dicantumkan dengan teliti.

Ini adalah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan. Jika belum atau tidak bersedia untuk menjalani pembedahan kulit parutan itu, adalah penting bagi individu yang mempunyai masalah kulit menebal dan mengering itu menyapukan losyen pelembap setiap kali selepas mandi.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan