Label

KESAN TAHAN AIR MANI

Soalan

ADAKAH kesakitan yang dirasakan pada pangkal tepi perut kerana menahan mengeluarkan air mani boleh mendatangkan kesan kepada alat kelamin?

MIDI FC
Kelana Jaya, Selangor

Jawapan

APABILA lelaki terangsang, perjalanan darah kepada zakar meningkat dan anggota berkenaan menegang. Otot badan terutama sekali otot pinggang, perut, paha dan punggung berada dalam keadaan tegang ketika klimaks.

Ketika seseorang itu dalam keadaan terangsang, otot badannya dalam keadaan separa mencengkam, apatah lagi jika mengawal daripada klimaks. Dia terpaksa menahan otot perut dan mungkin mengemut supaya proses permulaan ejakulasi terencat.

Dengan menggunakan daya yang tinggi untuk mengawal ejakulasi, sudah tentu otot terasa tidak selesa, dan mungkin sakit atau lenguh. Perkara ini akan dialami setiap kali berkelakuan sedemikian.

Jika mampu menerima keadaan tidak selesa itu, perkara itu bukan lagi masalah untuknya. Jika tidak selesa, apa yang harus dilakukan ialah menghentikannya.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

2 ulasan:

  1. jika kerap menahan air mani,adakah kesannya sam seperti beronani iaitu lemah tubuh badan?

    BalasPadam
  2. Hye awak menahan air mani de kesan negative ker ? maaf lah sbb tnye kot2 awak tau ker.. ☺

    BalasPadam