Label

KENAL PASTI PUNCA MASALAH TIDAK SUBUR

Soalan

BENARKAH air mani cair punca kegagalan mendapatkan anak? Boleh doktor terangkan punca ia berlaku dan bagaimana untuk merawatnya?

BECK
Johor

Jawapan

AIR MANI cair bukanlah punca kegagalan mendapatkan anak. Sebaliknya air mani yang pekat dan lambat cair punca masalah kesuburan lelaki.

Air mani mengandungi lima hingga 10 peratus sperma jika lelaki itu tidak mandul. Selepas ejakulasi, air mani masih pekat dan ia akan cair selepas 15 minit.

Jika air mani itu terlalu pekat dan lambat cair, sperma di dalamnya tidak dapat bergerak. Sperma hanya dapat bergerak apabila air mani menjadi cair.

Kehamilan hanya boleh berlaku jika air mani yang disalurkan ke dalam rahim itu mengandungi sperma. Itu pun jika bilangan sperma normal (lebih 20 juta), berbentuk normal (lebih 30 peratus berbentuk normal) dan aktif (lebih 40 peratus dapat bergerak ke depan dengan pantas).

Bagi suami isteri yang betul-betul mahukan anak tetapi masih tidak mempunyai tanda-tanda kehamilan, elok berjumpa doktor segera. Itu jalan terbaik kerana amat penting untuk mengenal pasti punca masalah kesuburan sebelum mendapatkan rawatan.

Masalah kesuburan bukan masalah individu tetapi masalah pasangan. Lebih cepat menjalani pemeriksaan, maka lebih cepat dapat diketahui masalah kesuburan sebenar.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

1 ulasan: