Soalan
SELAIN membeli ubat dan peralatan yang mahal, apakah cara terbaik untuk membesarkan saiz zakar?
EZAT
Bahau, Negeri Sembilan
Jawapan
ZAKAR yang panjangnya kurang enam sentimeter ketika ereksi dan sukar bergerak dalam corong faraj boleh dikategorikan sebagai zakar kecil. Jika itu berlaku anda digalak mendapatkan nasihat doktor. Mungkin anda perlu menjalani pembedahan atau disyorkan memakai alat penarik otot zakar 'andropenis' yang mempunyai piawaian yang berkesan dan tidak memudaratkan.
Alat pam vakum atau ubat pembantu pembesaran zakar tidak dapat memberi kesan yang dikehendaki. Ia hanya perbuatan sia-sia. Sila berjumpa doktor, bukannya individu yang tidak bertauliah. Golongan ini sering memperdayakan lelaki atau remaja dengan memaparkan laman penjualan peralatan seks yang boleh memberi risiko kepada kesihatan anggota seksual.
Bayangkan menggunakan alat penarik palsu dan tiada piawaian, zakar boleh tercedera dan kesudahannya mengalami penyakit peyronie (zakar bengkok dengan ketara) akibat kerosakan zakar.
Begitu juga jika menggunakan pam vakum atau alat cincin penahan atau penambat zakar yang tidak pernah diuji. Saya syorkan remaja dan individu jangan mudah terpedaya dengan peralatan berunsur seks yang diketengahkan oleh orang tidak bertauliah. Jika berlaku kemudaratan, mereka tidak terjejas, sebaliknya anda yang merana!
Apa tujuan anda mahu membesarkan zakar? Jangan mudah terpengaruh dengan saiz zakar. Jika normal kenapa mahu membesarkannya? Jumpa doktor untuk pemeriksaan, hanya doktor yang lebih arif dan layak membuat pemeriksaan dan rawatan.
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan