Label

TIMBUL RUAM SELEPAS BERSAMA

Soalan

JIKA saya melakukan persetubuhan seminggu sebelum datang haid, suami saya akan terasa gatal pada zakarnya dan timbul bintik-bintik merah pada hujung zakar.

Kenapa ia berlaku? Adakah jangkitan itu berpunca daripada saya?

ISTERI MANJA
Kuala Lumpur

Jawapan

PENYAKIT kelamin atau jangkitan akibat hubungan kelamin boleh berlaku dalam persetubuhan tertutup (tanpa pembabitan orang ketiga!) antara suami dan isteri. Pasangan perlu merujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan yang sewajar untuk mengelakkannya daripada berulang.

Kuman, kulat dan parasit boleh mendekati kawasan anggota sulit akibat kontaminasi dan tinggal di sana tanpa memberi apa-apa kesan kepada anggota sulit individu (lelaki atau wanita).

Apabila individu itu bersetubuh dengan pasangan, sama ada dia atau pasangannya atau kedua-duanya sekali boleh terkena jangkitan apabila jangkitan itu memasuki kulit yang radang akibat hubungan seksual dan tanda seperti kegatalan dan ruam boleh berlaku.

Jika jangkitan itu ketara, keradangan anggota sulit akan lebih lama dan menyulitkan individu itu. Kadang-kadang jangkitan itu terkawal dan keadaan menjadi normal beberapa hari kemudian. Jika persetubuhan dilakukan lagi, jangkitan mungkin tidak berlaku lagi pada waktu itu kerana jumlah kuman, kulat atau parasit berkurangan.

Bagaimanapun ia boleh berubah apabila jumlah kuman, kulat dan parasit berkenaan meningkat akibat persekitaran tempat tinggal anda sesuai untuk pembiakannya atau persetubuhan dilakukan dengan kerap sehingga kulit anggota sulit luka dan mudah mendapat jangkitan kuman.

Saya syorkan anda berjumpa doktor bersama suami untuk menjalani pemeriksaan. Mungkin doktor akan lakukan pemeriksaan pada salur faraj anda dan mengambil sedikit cecair untuk diperiksa sama ada terdapat kuman, kulat atau parasit.

Pemeriksaan yang sama akan dilakukan kepada suami dan jika dia tidak berkhatan, kemungkinan kulat, kuman atau parasit itu terdapat di bahagian yang terselindung oleh kulit kepala zakar (jika berkhatan, kulit kepala zakar akan terdedah dan jarang mengandungi kuman).

Jika satu daripada pasangan kelamin itu didapati ada jangkitan, kedua-dua mereka akan diberi rawatan supaya jangkitan tidak berulang.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan