Soalan
RAMAI berpendapat selepas mendirikan rumah tangga, tubuh lelaki menjadi semakin berisi atau gemuk. Adakah kegemukan atau pertambahan berat badan ini mempunyai kaitan dalam konteks hubungan seks suami isteri? Betulkah kekerapan melakukan hubungan seks menjadi penyebab kepada pertambahan berat badan?
AZRIN
Seremban, Negeri Sembilan
Jawapan
MEMANG tidak dinafikan sebahagian besar lelaki dan wanita yang baru berkahwin mendapati berat badan mereka meningkat. Paling ketara lelaki sehingga kadang-kadang mendapat 'teguran' daripada rakan dan saudara-mara.
Malah, jawapan yang selalu diberi suami ialah kerana masakan isteri terlalu sedap dan mereka tidak perlu bekerja keras berikutan insan yang dicintai sudah berada di sisi.
Mungkin apa yang dikata suami itu ada kebenarannya. Sewaktu bujang, makanan hanya dibeli dan jarang dimasak sendiri. Jadi, mereka perlu banyak bergerak.
Apabila berkahwin, isteri menyediakan makanan dan ditambah dengan pujukan dan senyuman manis isteri, nafsu seksual lebih bergelora! Jadi, berat badan bertambah.
Selain itu, hubungan seks memerlukan tenaga dan ia tentu mendorong anda untuk makan lebih banyak. Jadi, kenaikan berat badan adalah kerana pemakanan dan kurangnya aktiviti luar, bukan kerana hubungan seks.
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan