Label

PASANGAN PERLU TAHU WAKTU SUBUR

Soalan

SETIAP kali bersetubuh dengan isteri, air mani saya akan meleleh keluar semula daripada faraj isteri. Kenapa ia berlaku dan adakah ia boleh menghalang persenyawaan daripada berlaku?

ACEM
Alor Gajah, Melaka

Jawapan

KEMUNGKINAN kehamilan bagi pasangan kelamin berusia 20-an yang tidak mengamal kaedah merancang keluarga ialah 15 peratus. Bagi pasangan berusia 30-an pula kira-kira 10 hingga 12 peratus jika persetubuhan kerap dilakukan pada waktu isteri subur.

Kesuburan isteri bermula dengan pengeluaran lendir seperti hingus dari faraj. Waktu suburnya ialah beberapa hari selepas dia terasa imbasan sengal di paras atas ari-ari. Adalah mustahak bagi setiap pasangan tahu mengenai waktu subur jika mereka inginkan zuriat.

Kebiasaannya memang air mani boleh mengalir keluar selepas suami menarik zakar keluar. Namun, ia boleh dielak jika isteri tidak mengemut faraj, sebaliknya isteri perlu mengembangkan corong faraj sambil mengekalkan posisi asal ketika bersetubuh tanpa meluruskan kaki.

Kemutan pada faraj mengakibatkan corong faraj kempis dengan pengeluaran angin yang akan menolak air mani. Isteri juga tidak digalakkan bangun dan bergerak ke tandas untuk membersihkan farajnya. Ini kerana ia akan menyebabkan air mani keluar dan sperma terdedah kepada air dan sabun yang akan mematikannya.

Isteri juga tidak digalakkan meletakkan kain pada faraj kerana ia akan menyerap air mani. Sebaik-baiknya gunakan tisu kering.

Jika selepas setahun mencuba masih belum menunjukkan sebarang tanda kehamilan, eloklah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan yang sewajarnya.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

1 ulasan:

  1. Dari Ika yang rungsing
    Salam 1 Malaysia Dr:
    Saya baru mendirikan rumah tangga pada bulan 12/2012. Setiap rumah tangga amat mengharapkan cahaya mata dalam perkahwinan,sama seperti saya dan suami. Saya mempunyai berat badan 92 kg. Kalau nak di ikutkan kitaran haid saya dalam sebulan adalah 28 hari. Formula doktor untuk dapat tarikh subur adalah 28-14= 14 hari, maknanya tarikh subur saya adalah pada hari ke-14. Saya mempunyai 3 soalan iaitu:
    1) Adakah saya boleh hamil jika saya dan suami bersama bukan pada tarikh subur tersebut, ini kerana kami mengalami hubungan perkahwinan jarak jauh (PJJ) dan mungkin sukar untuk bersama pada tarikh subur tersebut.
    2) Bolehkan saya makan ubat clomit tanpa nasihat doktor.
    3) Adakah disebabkan berat badan yang berlebihan menyebabkan saya sukar hamil.

    Segala kerjasama saya dahulukan ucapan terima kasih.

    BalasPadam