Label

MALU KURANG SIFAT KELELAKIAN

Soalan

SAYA seorang lelaki lembut dan bahagian tubuh seperti lengan, kaki, ketiak dan tempat sulit tidak ditumbuhi bulu. Saya malu kepada keluarga dan rakan yang sering menyindir.

Saya sudah melakukan pelbagai cara, namun tiada perubahan. Bagaimana hendak melebatkannya dan adakah ia mempunyai kaitan dengan keturunan atau masalah lain?

VARG
Selangor

Jawapan

BAGI lelaki bulu roma mula tumbuh pada awal baligh hasil tindak balas hormon androgen di pundi adrenal. Perwatakan lelaki dan wanita dipengaruhi persekitaran dan tindak balas hormon seks jantina masing-masing.

Contohnya, ada perempuan dengan karakter lebih agresif atau kelelakian. Ia mungkin tekanan persekitaran (misalnya dibesarkan dalam keluarga ramai anak lelaki).

Pertumbuhan bulu roma badan mempunyai kaitan dengan keturunan dan tindak balas kulit terhadap hormon androgen.

Jika keturunan lelaki itu bulu romanya memang tidak lebat, dia akan mengalami keadaan yang sama.

Jika kulitnya tidak menerima hormon androgen mencukupi, bulu roma tidak kelihatan atau tidak lebat.

Dalam keadaan itu, tiada gunanya memakan hormon androgen-testosterone untuk melebatkan bulu roma.

Terapi hormon androgen hanya diberi doktor jika masalah kesihatan berkaitan kekurangan hormon berkenaan.

Doktor boleh melakukan ujian darah bagi mengukur tahap hormon kesuburan (gonadotrofin) dan testosterone, jika rendah, hormon gantian diberi.

Menambah hormon androgen boleh memberi kesan sampingan seperti bertindak agresif, gelisah dan mudah terangsang.

Pengambilan secara berterusan dalam jangka panjang boleh merosakkan buah zakar dan mengakibatkan kemandulan.

Bagi sesiapa yang berasa dirinya kurang sifat kelelakian, jangan mencuba untuk menambahkan keperkasaannya dengan mengambil androgen tanpa pemeriksaan doktor.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

3 ulasan:

  1. Sy berusia 16 thn..sy mula beronani semenjak umur sy 12 thn sehingga skrg..dulu,sy suka beronani sebyk 12 kali seminggu..tp skrg sy sdh dpt mengawalnya dgn baik..tp yang membimbangkn sy ialah knp buah zakar sebelah kiri sy mengecil dan berat sebelah..adakah sy ini sudah mandul??

    BalasPadam
  2. Sy berusia 16 thn..sy mula beronani semenjak umur sy 12 thn sehingga skrg..dulu,sy suka beronani sebyk 12 kali seminggu..tp skrg sy sdh dpt mengawalnya dgn baik..tp yang membimbangkn sy ialah knp buah zakar sebelah kiri sy mengecil dan berat sebelah..adakah sy ini sudah mandul??

    BalasPadam
  3. Anak saya umur 5 tahun...masalah nya...batang zakar kembang...apa kah penyebab nya??

    BalasPadam