Label

RISAU TAK TAHAN LAMA

Soalan

SAYA berusia 24 tahun dan mengalami masalah zakar yang tidak mampu mencapai ereksi padat. Apabila melakukan hubungan seks dengan isteri, ia juga tidak dapat bertahan lama. Sebaik mahu memasukkannya ke dalam faraj isteri, ia mengendur dan lembik.

Adakah masalah ini berpunca daripada perbuatan onani yang sering saya amalkan dulu? Buat pengetahuan doktor, sebelum berkahwin saya kerap melakukan onani dan kadangkala sehingga empat kali seminggu.

Bolehkan saya menggunakan alat pam vakum? Adakah ia mempunyai kesan sampingan?

SIVARAM
Selangor

Jawapan

MASALAH lemah tenaga syahwat atau tidak mampu ereksi sering dikaitkan dengan amalan onani. Ia sudah menjadi isu di kalangan pembaca ruangan ini sejak dulu lagi.

Memang menjadi kebiasaan bagi setiap individu apabila mula merasai perasaan syahwat, mereka mula berjinak-jinak dengan amalan onani.

Masalah berlaku apabila mereka mula ketagih akibat keseronokan yang dirasakan tanpa mengetahui perbuatan itu akan melemahkan tenaga dan fungsi syahwat apabila berkahwin kelak.

Seterusnya mereka mendapati rangsangan syahwat dengan pasangan tidak mencabar dan tindak balas rangsangannya kurang dan tidak seperti apabila berseorangan dengan fantasi dan khayalan seksnya.

Malah, perbuatan itu tidak memerlukan mereka berdepan dengan sesiapa pun. Keadaanya tentu berbeza jika berdepan dengan pasangan yang mungkin sukar untuk memberi kerjasama sehingga terpaksa berhempas pulas untuk memberi nikmat kepada pasangannya.

Jadi perasaan itu membuatkan lelaki berasa tertekan dan dalam keadaan itu ereksi menjadi lemah. Kesudahannya boleh mengakibatkan 'mati pucuk'.

Mungkin cara paling bijak untuk menghindari onani ialah dengan memberi lebih tumpuan kepada isteri seperti menghabiskan masa bersama, sering bermesra dan bergurau supaya tidak berasa tertekan.

Bila keadaan bertambah selesa, keseronokan seksual akan hadir dengan wanita yang diidamkan secara realiti dan bukan secara fantasi lagi.

Jika lelaki muda yang mengalami tekanan, gagal mencapai ereksi yang padat tetapi ketika bangun tidur dia mudah mencapai ereksi padat, zakarnya masih boleh berfungsi dengan baik.

Kegagalan mencapai ereksi ketika bersama dengan pasangan terjadi akibat perasaan takut dan fobia terhadap hubungan seks (takut tidak mampu memuaskan pasangannya). Masalah itu dikenali sebagai mati pucuk akibat tekanan. Apabila tekanan tidak lagi dirasakan, ereksi menjadi kukuh dan stabil.

Jika masih mahu melakukan onani, ia boleh dilakukan bersama isteri supaya tidak lagi berfantasi untuk mendapat rangsangan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan