Soalan
APAKAH yang dimaksudkan dengan hormon dihidrotestosterone? Betulkah ia punca lelaki menjadi botak dan kenapa ia wujud? Adakah ia berbahaya?
SALLEH
Batu Gajah, Perak
Jawapan
HORMON dihidrotestosterone ialah hormon testosterone yang paling kuat (30 kali kekuatan testosterone) dan terhasil dari dalam testis, pundi prostat dan akar rambut. Peningkatan hormon ini memang ada kaitan dengan botak.
Jika hormon ini dikawal dengan ubat 5 Alpha Reductase Inhibitor (5-ARI) seperti finisteride dan propencia, untuk jangka masa enam bulan hingga setahun, kemungkinan masalah kekurangan rambut dapat dikawal.
Rawatan ini perlu dilakukan doktor dan ubat itu tidak boleh dibeli tanpa kebenaran doktor. Kajian yang pernah dilakukan di Amerika Syarikat mengenai herba 'saw palmatto' mendapati amalan pengambilan herba ini dapat mengurangkan peningkatan dihidrotestosterone dan lama kelamaan tekanan kepada akar rambut dapat dikawal dan bengkak pada pundi prostat dapat dikawal.
Kesan sampingan ubat 5-ARI, termasuk mati pucuk dan kelemahan otot kerana kedua-dua masalah ini memerlukan hormon testosterone yang mantap.
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan