Label

RISAU ALAT KELAMIN TIDAK SEMPURNA

Soalan

BUAH zakar saya agak terkebawah, seolah-olah kulit lebih hingga menyebabkan saya susah hati. Adakah ini satu penyakit?

Apa yang saya tahu buah zakar tempat penghasilan air mani. Adakah ini menunjukkan air mani saya tidak aktif disebabkan buah zakar agak lemah.

Bagaimana cara untuk mengatasinya? Saya bimbang masalah saya ini mengganggu hubungan kelamin saya dengan bakal isteri.

Jawapan

LELAKI mempunyai sepasang buah zakar di dalam kerandut. Kedua-dua buah zakar itu mempunyai otot penampunya sendiri. Dalam keadaan kecemasan otot penampu buah zakar, iaitu otot kremester akan mencerut dan menarik buah zakar ke atas, melindungi buah zakar daripada kecederaan.

Kerandut buah zakar diselaputi lapisan otot yang dikenali sebagai otot Dartos.

Jika otot Dartos lega, buah zakar akan kelihatan labuh atau lanjut dan jika otot Dartos mencerut, buah zakar akan naik ke atas dalam kerandut yang kelihatan mencengkam.

Kerandut buah zakar mengawal kedudukan buah zakar supaya kedua-dua buah zakar berada dalam suhu sama yang optima untuk pembiakan sperma iaitu suhu 4 hingga 5 darjah selsius kurang dari suhu badan.

Dalam keadaan kesejukan, kerandut buah zakar akan mencerut dan buah zakar akan naik ke atas dan berada dalam suhu yang lebih sesuai untuk pemerosesan sperma.

Dalam keadaan panas, kerandut akan melanjut supaya kedua-dua buah zakar berada dalam keadaan kurang panas dan dalam suhu yang sesuai untuk pembiakan sperma.

Dalam keadaan terangsang, kerandut buah zakar akan mencerut dan buah zakar menjadi padat dalam kerandut. Ini perlu supaya proses ejakulasi dapat berlaku.

Jadi untuk lelaki yang mempunyai buah zakar yang lanjut, dalam keadaan terangsang, keadaan itu akan berubah. Sehubungan itu, jangan bimbang kerana buah zakar itu tidak menggangu hubungan seksual dengan pasangan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ELAK KERAP BERONANI

Soalan

BENARKAH jika seseorang kerap beronani, akan berlaku pertumbuhan bulu roma yang banyak. Jika benar di bahagian mana?

Jawapan

BERBAGAI mitos dikaitkan dengan amalan onani dan ini semata-mata untuk menakutkan mereka yang melakukan perbuatan itu.

Ada juga dakwaan mereka yang beronani, tapak tangan berbulu, kemaluan berbulu, kehilangan darah kerana setitik air mani seperti setitik darah, kepala botak, buah zakar kecut dan mandul.

Semua ini tidak benar dan hanya rekaan.

Onani dilakukan untuk mendapatkan kelegaan tekanan nafsu dan mungkin suatu cara untuk individu itu sama ada lelaki atau perempuan mengenal seksualiti dan perasaan syahwat.

Amalan ini jika lazim dilakukan tanpa kawalan boleh mendorong individu itu kepada ketagihan. Jadi, cuba elak melakukan perbuatan itu keterlaluan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KECUT, PUDAR BIASA

Soalan

SAYA berusia 22 tahun dan masalah alat sulit saya yang kelihatan pucat. Adakah ini bermakna pengaliran darah saya tersumbat? Satu lagi masalah saya ialah alat sulit saya selalu mengecut. Namun, ia normal apabila menegang. Adakah saya ada masalah angin pasang? Apakah ubat yang perlu saya ambil untuk mengatasi dua masalah ini?

FAIZAL
Kuala Lumpur

Jawapan

PERKARA biasa apabila alat sulit lelaki tidak menegang, ia kecut dan kulit penghujungnya pudar dan kebiruan, terutama jika lelaki itu berkulit cerah.

Keadaan berbeza apabila darah masuk ke ruang otot zakar dan dalam tisu lembut penghujung zakar apabila kekecutan akan hilang dengan otot zakar menjadi memanjang dan padat.

Pada penghujung zakar kelihatan kebiruan cerah dan kemerahan serta kembang jika lelaki itu mengeraskan ereksi dengan kemut. Justeru, keadaan kecut dan pudar itu biasa dan bukan suatu masalah.

Mengenai angin pasang, perkara ini tiada kaitan dengan zakar. Ia ada kaitan dengan kantung buah zakar atau kerandut buah zakar, yang mana kerandut kelihatan besar akibat kemasukan usus dalamnya.

Oleh kerana usus mudah membesar dan mengembang, kerandut kelihatan besar ketika itu atau mengecil apabila usus mencerut.

Masalah angin pasang boleh diatasi dengan pembedahan pembetulan memasukkan usus balik ke dalam kerandut dan menutup bahagian yang terbuka antara perut dan kerandut buah zakar.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PENGANTIN BARU LEBIH SUKA ONANI

Soalan

SAYA suka beronani setiap kali mandi, walaupun mendirikan rumah tangga beberapa bulan lalu. Setiap kali mengadakan hubungan seks, kelainan kepuasan itu terasa berbeza dengan perbuatan onani dilakukan. Apabila beronani klimaks cepat, tetapi bila bersama isteri agak lama untuk mencapai klimaks. Apakah saya kurang subur atau kurang rangsangan daripada isteri?

FARHAN
Ipoh

Jawapan

NIKMAT ketika merangsang anggota syahwat secara sendiri berbeza dengan yang dikecapi ketika bersama pasangan. Kepada yang biasa dengan amalan onani dan selesa dengan teknik sendiri merangsang syahwat, mereka lebih seronok dengan perbuatan itu.

Ada juga pengamal onani yang lebih selesa dan ghairah ketika persetubuhan dengan pasangan berikutan mereka hanya melakukan onani apabila mengalami tekanan syahwat dan melakukannya untuk melepaskan nafsu bersetubuh.

Kepada lelaki yang cepat klimaks ketika beronani, dia yang mengawal pergerakan dan sentalan kepada zakar. Tentu dia tahu bahagian zakar yang sensitif dan menumpukan geselan di situ.

Perkara sebaliknya berlaku apabila dia melakukan hubungan seksual dengan pasangan kerana rangsangan yang biasa membolehkan klimaks dengan onani tidak sama jika bersetubuh. Justeru, dia perlu tumpukan kepada sentuhan lain yang membolehkannya mencapai klimaks dengan pasangan. Ini memakan masa dan kadangkala membosankan pasangan jika terlalu lama dan ia juga meletihkan.

Ini bukan masalah kesuburan atau masalah kurang rangsang dengan pasangan. Ini berlaku kerana, walaupun seronok dan terangsang dengan isteri, individu itu tidak dapat rangsangan yang mampu mencetuskan klimaks yang dia biasa dengan cara amalan onani.

Mungkin jika dia mendapat kerjasama isteri untuk melakukan rangsangan yang memudahkannya klimaks, perkara dialaminya dapat diatasi. Memang mustahak untuk pasangan kelamin berkerjasama dan berkomunikasi untuk menjayakan hubungan intim yang lebih mengghairahkan dan bukan hanya sekadar melakukannya tanpa perasaan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RANGSANG LELAKI

KAJIAN terbaru dijalankan sebuah universiti di Amerika Syarikat mendapati, lelaki hanya fikirkan mengenai seks apabila berdepan wanita, lebih-lebih lagi jika wanita itu menarik, seksi dan memiliki bentuk badan mengiurkan.

Fikiran lelaki pasti terus melayang ke senario persetubuhan dan ketika itu mata hitamnya menjadi meluas dan dia kemudian pasti mendapati dirinya mencapai ereksi sangat mencabar.

Justeru, pendapat lelaki hanya fikirkan seks apabila bersemuka dengan wanita seksi nampaknya betul. Tidak hairan sesetengah kaum dan agama menetapkan pemakaian purdah atau menutup aurat untuk wanita supaya tidak mencabar imaginasi seksual lelaki.

Sehubungan itu, memakai purdah satu syor tepat yang tidak perlu dipertikaikan.

Berbeza dengan wanita, mereka tertarik kepada ketampanan dan budi pekerti seseorang lelaki dan bukan kepada aspek fizikalnya. Apabila wanita berasa selesa dan selamat dengan lelaki, mereka akan mula membuka dirinya untuk didekati.

Jika wanita itu mula percaya kepada lelaki, mereka tidak akan teragak-agak untuk meningkatkan tahap hubungan mereka ke peringkat lebih serius.

Persepsi seksi kepada wanita bukan hanya kepada aspek fizikal, tetapi keterampilan diri lelaki berkenaan. Ia tidak terhad kepada ciri 'machonya' saja.

Lelaki yang memiliki keterampilan diri yang diidami wanita akan mendapati dirinya 'laris' apabila wanita akan mudah dan sentiasa cuba mendekatinya.

Malah, tidak keterlaluan dikatakan ada wanita tidak teragak-agak melamar seseorang lelaki apabila mereka mula menaruh kepercayaan kepadanya.

Perlu diingatkan, wanita kini lebih memilih dan jika mendapati lelaki itu calon secocok, mereka tidak akan teragak-agak untuk menawannya. Ia bukan perbuatan aib untuk wanita.

Malah, perbuatan menawan seseorang yang diminati, walaupun mereka wanita, sangat digalakkan. Ini terbukti apabila Siti Khadijah melamar Nabi Muhammad SAW kerana mendapati Baginda berperwatakan mulia, jujur dan tampan. Justeru, mana-mana wanita Islam boleh mencontohi Siti Khatijah.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KESAN AIR LIUR KETIKA SENGGAMA

Soalan

SAYA sering menggunakan air liur sebagai pelincir untuk memulakan persetubuhan dengan isteri. Adakah air liur itu mendatangkan mudarat kepadanya atau sebarang kesan positif? Saya juga sering ragu-ragu sama ada isteri saya puas atau tidak selepas melakukan persetubuhan. Apabila ditanya, isteri saya tidak pasti bagaimana rasa kepuasan sebenar yang patut dirasainya. Sebagai lelaki, pengeluaran air mani menjadi petanda kepuasan yang saya rasai, tetapi bagaimana pula tanda kepuasan sebagai seorang wanita?

INGIN TAHU
Selangor

Jawapan

AIR liur memang sesuai sebagai pelicin untuk melembapkan penghujung zakar sebelum penembusan ke faraj. Jarang air liur mengandungi kuman yang memudaratkan. Malah, didapati enzim protease dalam air liur mampu mencairkan air mani supaya sperma dapat bergerak dengan laju di kalangan lelaki yang mempunyai air mani pekat.

Bagaimanapun, mustahak untuk lelaki membersihkan mulut dengan memberus gigi supaya kuman yang terhinggap kepada anggota itu dapat dihapuskan sebelum beredar ke kamar tidur untuk berintim dengan isteri.

Mengenai kepuasan untuk isteri, hubungan intim adalah paling utama bagi wanita untuk memberahikan mereka. Selain sentuhan zakar ke klitoris, seks oral juga dapat membantu merangsangkan isteri apabila hujung lidah suami dapat disentuhkan kepada klitoris. Sentuhan terus menerus dengan jari ke klitoris mungkin menimbulkan rasa nyilu.

Namun, mustahak untuk wanita menumpukan minda kepada sentuhan dialaminya supaya dia dapat menikmati perasaan keseronokan yang berlaku akibat rangsangan pada anggota sulitnya. Apabila rangsangan itu membina, dia akan dapat mencapai kemuncak yang mana farajnya akan menyempit dan kemudian melega dengan cengkaman otot punggung dan pengeluaran peluh serta 'sexual flush' iaitu kemerahan pipi. Sekurang-kurangnya dia akan rasa satu perasaan yang sangat melegakan badan dan mindanya sehingga dia mudah lelap dan terus tidur.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BIMBANG MALAM PERTAMA

Soalan

SAYA seorang gay dan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Saya sudah insaf dan berhenti daripada tabiat itu. Masalahnya saya bimbang pada malam pertama, alat kelamin saya lembik, sekali gus gagal memuaskan isteri. Apa sepatutnya saya lakukan? Adakah ubat atau makanan untuk menjadikan zakar tegang dan keras selain mampu bertahan lama?

ALEX
Selangor

Jawapan

Memang perkara semula jadi untuk mana-mana individu, sama ada lelaki atau wanita, akan terangsang apabila berdepan objek yang memberahikan mereka. Jika objek itu tidak merangsangkan perasaan syahwatnya, sukar untuk mereka mencapai ereksi. Proses ini dikenali sebagai orientasi seksual. Bagi golongan gay, mereka akan menggunakan seks khayalan (penetratif) dengan menggunakan mindanya untuk mencetuskan rangsangan seksual seperti bersetubuh dengan lampu dipadamkan dan melakukan penembusan faraj dari belakang. Adakalanya dia akan memujuk pasangannya memotong rambut supaya lebih kelihatan macam lelaki supaya dapat membangunkan keterampilan kelelakian itu untuk mencapai ereksi dan melakukan hubungan seksual.

Pendek kata, lelaki atau wanita gay masih boleh berlagak atau berlakon macam mereka bukan gay dengan cara yang dijelaskan tadi. Namun, lama kelamaan mereka akan rasa bosan dan kembali kepada naluri asalnya jika dia benar-benar gay. Berbeza dengan biseksual yang masih dapat mempertahankan dirinya untuk memilih pasangan seksnya secara tetap. Tiada ubat yang dapat menukarnya terangsang dengan jantina lain jika seseorang tetap dengan jantina pilihannya.

Ubat PDE-5 inhibitor seperti Viagra, Cialis dan Levitra hanya berfungsi apabila lelaki yang mengalami rangsangan seksual gagal mencapai ereksi. Jika makan ubat dan tiada apa perasaan rangsangan, ereksi tidak akan berlaku. Fikirkan baik-baik sebelum anda berkahwin. Jangan sia-siakan pasangan anda. Jika sudah berkahwin, pandai-pandailah menyesuaikan diri.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ISTERI LESU SUAMI KAKU

KIRA-KIRA 75 peratus wanita berkahwin menganggap sikap suami yang terus tidur atau beredar dari tempat tidur selepas bersetubuh sebagai satu masalah kerana mereka tidak suka perangai sedemikian. Mereka lebih suka suami memeluk atau membelai mereka selepas melakukan aktiviti itu atau sekadar berbual mesra.

Malah, wanita juga sensitif dengan suami yang tidak banyak berbicara selepas berkahwin kerana mereka inginkan teman untuk berbual, terutama perkara berkaitan peribadi.

Bagi mereka, suami yang bersikap sedemikian hanya mementingkan diri. Lebih buruk lagi, ada wanita hilang nafsu kepada suami hanya disebabkan masalah berkenaan.

Ini menyebabkan aktiviti seksual yang dilakukan sekadar menunaikan tanggungjawab, menyebabkan mereka sukar mendapat kepuasan.

Tidak dinafikan, bagi kebanyakan lelaki, kemesraan dalam pandangan mereka ialah seronok dengan keintiman seksual. Jika ini yang difikirkan kaum Adam, jelas mereka salah.

Keseronokan bukan sekadar hubungan seksual semata-mata, malah lebih daripada itu. Berbual dengan pasangan anda juga satu keseronokan.

Sikap lelaki seperti ini bukan hanya ketika aktiviti seksual, tetapi untuk apa saja perbuatan yang mereka lakukan. Sebagai contoh, jika mereka membaca surat khabar, apa yang dibualkan oleh pasangan jarang mendapat perhatian.

Walaupun mereka dengar, namun hanya sekadar begitu tanpa sebarang perhatian kerana tumpuan utama mereka ialah surat khabar. Ini menimbulkan rasa kurang senang isteri yang mahukan perhatian ketika mereka berbual.

Berdasarkan kajian, jika seseorang lelaki menumpukan perhatian kepada sesuatu perkara, yang lain akan menjadi kabur kepada mereka.

Semua yang saya jelaskan tadi ialah sifat semula jadi lelaki dan bukan perkara yang disengajakan.

Seorang isteri akan mendapati banyak lagi perbezaan di antara diri mereka dengan suami kerana selain sifat semula jadi lelaki, banyak lagi sifat yang mungkin membuat seorang isteri kurang senang, seperti tabii pembawaan daripada keluarga, alam sekitar dan pengalaman.

Sehubungan itu, wanita perlu banyak bersabar menempuhinya. Sifat semula jadi memang sukar diubah, tetapi bukan mustahil dengan kebijaksanaan seorang isteri ia boleh diubah.

Nasihat saya ialah, paling penting jangan cepat putus asa. Berusahalah mengubah sifat semula jadi pasangan anda.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TERIMA ANUGERAH WANITA SEMPURNA

Soalan

Saya sudah berkahwin tetapi belum ada anak. Ketika bersama isteri, saya menghadapi masalah ereksi. Saya mengambil masa lama untuk zakar menegang. Adakah ini masalah Erectile Dysfunction (ED)?

Bagaimanapun ketika menonton video lucah, zakar saya akan menegang dengan mudah dan untuk pengetahuan doktor, ketika remaja saya kerap beronani.

BLUE BERRY
Johor

Jawapan

Ereksi berlaku apabila lelaki terangsang dan ini tindak balas spontan. Malah, ereksi spontan tanpa rangsangan juga boleh berlaku seperti ereksi pagi atau NPT (Nocturnal Penile Tumescence) dan ereksi akibat tersentuh anggota sulit.

Ini mungkin petanda anda tidak terangsang dengan pasangan anda.

Sesetengah lelaki sukar menggunakan wajah pasangannya dalam fantasi seks, tetapi mereka boleh menggunakan wajah wanita lain dan boleh menjadi sangat terangsang. Mereka perlu tahu jika itu yang mereka perlukan untuk mencapai keghairahan, tidak salah menggunakan wajah isteri daripada wajah wanita lain. Ini lebih elok kerana yang berdepan dengan mereka ialah isteri, bukan banyangan.

Saya syorkan anda menikmati anugerah yang anda terima itu iaitu seorang wanita yang sempurna bagi menikmati keindahan tubuh dianugerahkan Tuhan. Sepatutnya isteri anda menjadi ilham dan sumber rangsangan seksual dan bukan gambar dalam video lucah.

Jika anda sangat terangsang dan ghairah tetapi masih ada masalah ereksi, anda mungkin tergolong kategori lelaki ED atau mati pucuk. Jika ia berlaku, berjumpa doktor untuk rawatan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ALAT SULIT BENGKOK

Soalan

Saya berusia 23 tahun dan akan berkahwin dalam masa terdekat. Pertama kali saya berdiri di depan cermin dari pandangan sisi, saya menyedari kemaluan saya membengkok ke bawah dengan sudut lebih kurang 30 darjah apabila menegang.

Hasil maklumat di internet, saya dapati biasanya kemaluan lurus atau membengkok sedikit ke atas. Masalah saya mungkin dikenali sebagai Peyronie's Disease. Seingat saya, sepanjang belajar di sekolah berasrama dulu, saya tidur dengan memakai seluar dalam kerana malu. Apa yang boleh saya lakukan?

KHALIL
Seremban

Jawapan

Jarang lelaki meneliti anggota sulit. Mereka hanya menyentuh anggota sulit ketika mandi untuk membersihnya atau menyentuhnya ketika inginkan keseronokan dengan melakukan onani. Justeru, jika pemeriksaan anggota sulit itu dilakukan untuk pertama kali, tentu macam-macam yang 'tidak normal' akan kelihatan. Dalam keadaan tidak ereksi, zakar kelihatan terjuntai jika ia terkeluar.

Adakalanya zakar terbenam dalam tundun dan kelihatan kecil. Ini semua kedudukan zakar yang tidak ereksi. Jika ereksi, zakar akan kelihatan terkeluar dan untuk lelaki yang ereksinya panjang, penghujung zakar akan kendur ke bawah.

Jika otot lantai pelvis (otot kemut yang mengawal pembukaan najis dan lubang kencing) dicengkam, ereksi akan kelihatan lebih padat dan zakar kelihatan menegak.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PEDIH, CECAIR KERUH KELUAR SELEPAS ONANI

Soalan

SAYA penuntut 23 tahun. Baru-baru ini, saya ke klinik selepas pedih apabila membuang air kecil yang mungkin akibat perbuatan saya melakukan onani secara kasar beberapa hari sebelum itu. Sebelum berjumpa doktor, sejenis cecair keluar dari kemaluan saya yang kelihatan keputihan dan berkeruh sedikit. Sampel air kencing menunjukkan saya mengalami urine infection dan doktor memberikan saya antibiotik, ubat lawas kencing dan penahan sakit. Saya juga dinasihati meminum banyak air masak. Selepas beberapa hari, pengeluaran cecair itu beransur kurang, cuma rasa pedih masih lagi sesekali terasa, meskipun tidak seteruk minggu lalu.

HAIKAL
Melaka

Jawapan

RASA pedih ketika kencing sering dialami lelaki dan perempuan dan ini ada kaitan dengan keradangan salur kencing. Keradangan ini boleh berlaku akibat onani, geselan kepada anggota sulit, zakar untuk lelaki dan onani dalaman, iaitu menggesel bahagian atas faraj berdekatan salur kencing untuk perempuan. Apabila amalan tidak baik itu dihentikan, kelegaan akan berlaku. Rawatan yang doktor berikan adalah memadai dan tentu akan mengambil masa untuk dapat keselesaan jika keradangan berkenaan sangat ketara.

Jadi bersabar dan pada masa sama, cuba elak beronani kerana jika salur kencing tercedera ia akan menjadi sempit. Keadaan ini dikenali sebagai 'urethral stricture' iaitu salur kencing menyempit akibat parutan. Jika ini berlaku, tentu anda akan rasa sukar untuk buang air kecil dengan selesa. Lelehan yang keluar daripada salur kencing itu ialah hasil keradangan salur kencing. Apabila keradangan itu reda, lelehan itu akan reda juga.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PELAYARAN MALAM PERTAMA

MALAM pertama adalah satu cabaran jika pasangan berkenaan tidak berpengalaman 'bermain cinta'. Jika pasangan wanita selama ini menyimpan kesuciannya untuk jejaka idaman, pasti malam pertama memberi makna kepadanya apabila dapat memberi anugerah yang sangat bernilai itu kepada pasangannya dan mereka mengecapi gelora malam berkenaan.

Namun, perlu diingatkan kepada wanita supaya tidak perlu takut atau 'seriau' dengan 'pelayaran' malam pertama kerana ia akan memberi tekanan kepada dirinya dan juga pasangan. Sebaik-baiknya, mereka melayani dengan mengikut jejak langkah dan memberi kerjasama kepada pasangan supaya sentuhan malam pertama berjalan lancar.

Seseorang wanita juga perlu bersabar jika tidak disentuh pada malam pertama kerana mungkin pasangan mereka masih dalam peringkat menyesuaikan diri atau terasa letih dan lesu selepas proses perkahwinan.

Jika keadaan mengizinkan, hubungan keintiman seksual dilakukan dan sentuhan malam pertama akan berlaku, tetapi pasangan wanita perlu tahu fungsinya apabila pasangan mereka mendekati dan mula menyentuh tubuh sambil melucutkan pakaiannya sehelai demi sehelai.

Dia boleh membantu pasangannya bersedia dengan menyentuh mengikut keselesaan pasangannya. Menyentuh anggota sulit pasangan ketika itu mungkin mengakibatkan pasangan hilang kawalan syahwat dan boleh menyebabkannya terpancut.

Apabila sentuhan intim berjalan hingga ke peringkat pasangan lelaki hendak mendekatkan ereksinya ke paras anggota sulit, pasangan wanita perlu melegakan pahanya bagi memudahkan proses berkenaan.

Paling penting ketika malam pertama ialah pasangan wanita perlu melegakan kemut bagi membolehkan ereksi lelaki dapat terlepas daripada 'panahan' iaitu selaput dara yang mengelilingi pembukaan faraj.

Jika terasa kesat untuk permulaan, geselan boleh dilakukan secara lembut dan sentuhan tubuh badan dilakukan serentak supaya rangsangan berlaku dan mukosa faraj menjadi lebih lembap serta memudahkan zakar ke dalam faraj.

Andainya masih juga kesat, tidak salah untuk pasangan berkenaan menggunakan jeli bagi memudahkan lagi kemasukan zakar ke dalam faraj kerana apabila sudah 'mengenali' sentuhan pertama itu, mereka akan rasa yakin dan tidak teragak-agak mengulanginya mengikut kehendak dan cita rasa mereka.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa masalah boleh berlaku. Pasangan lelaki boleh terasa tertekan atau cemas kerana memikirkan tanggungjawab yang hendak dilakukannya, iaitu hubungan penetratif.

Jika berasa seriau, pasangan lelaki akan mudah hilang kawalan dan perasaan rangsangan menyebabkan ereksi yang membina iu terus kendur, sekali gus dia gagal melakukan tanggungjawab malam pertama kepada pasangannya.

Keadaan ini dikenali sebagai 'mati pucuk malam pertama'. Perkara sama boleh berlaku kepada pasangan wanita. Jika seriau, dia tidak dapat mengawal pembukaan faraj dan ketika pasangan ingin menyalurkan ereksi, farajnya akan mencengkam tanpa kawalan yang dikenali 'vaginismus'.

Kini, pasangan yang akan menempuhi malam pertama akan membuat persediaan dan persiapan bersama dengan mendapat maklumat dan panduan mengenai cara untuk melakukannya dalam bentuk cakera padat bertajuk: 'Cinta, Perkahwinan dan Kesihatan Seksual' yang ditulis oleh Dr Ismail Tambi.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

MINYAK LINTAH ROSAKKAN KANDUNGAN

Soalan

Saya ingin kepastian berdasarkan pengetahuan/pendapat doktor mengenai kesan penggunaan minyak lintah ketika melakukan hubungan seks dengan isteri yang mengandung. Saya bimbang ia akan mendatangkan masalah daripada segi kesihatan isteri dan anak yang dikandung.

ZAM
Kedah

Jawapan

Lintah mengandungi 'hirudin', enzim yang digunakan sebagai bahan pencair darah beku jika ada masalah darah beku di dalam salur darah. Minyak bukan bahan penghantaran sesuai untuk menyalurkan enzim berkenaan dan jika minyak lintah digunakan untuk menyapu bagi tujuan membesarkan zakar, kemungkinan cara itu tidak berkesan kerana 'hirudin' sebagai bahan mencair darah beku dan bukan membesarkan tisu zakar. Kini banyak krim dan minyak mengandungi lintah dijual melalui internet untuk tujuan membesarkan zakar. Tiada kajian ia dapat membantu menambahkan saiz zakar. Mungkin penggunaannya hanya perbuatan sia-sia.

Bersetubuh dengan menggunakan minyak lintah adalah perbuatan pelik jika faraj wanita itu mudah lembap. Lagipun menggunakan minyak akan mengganggu suasana faraj dan menyebabkan perubahan kepada penghuni kuman semula jadi dalam faraj dan secara tidak langsung menggalakkan pembiakan kuman 'patogen' dan kulat membiak dalam faraj. Jika faraj kering, elok digunakan bahan pelicin yang mudah larut dalam air dan yang tidak mengganggu penghuni kuman semula jadi. Setahu saya, tiada apa yang baik daripada minyak lintah untuk faraj. Sehubungan itu, jangan ulangi perbuatan itu kerana takut akan menghapuskan penghuni kuman semula jadi dan menyebabkan pembiakan kuman dan kulat tidak sihat dalam faraj. Jika terjadi jangkitan, ini mungkin berbahaya untuk kandungan!

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TUMBESARAN DIKAWAL HORMON TESTOSTERONE

Soalan

Mungkin benar kata orang, orang penakut kemaluannya kecil. Ini kerana saya berasa cukup rendah diri. Ketika di asrama, rakan lain pakai tuala nampak benjol, tetapi saya punya kecil sangat sehingga terasa macam ada kekurangan yang cukup besar. Zakar saya sebelum ereksi cuma lima sentimeter (sm) dan apabila ereksi 10sm. Adakah saiz zakar saya normal bagi seorang yang berusia 21 tahun?

Satu lagi masalah saya ialah kencing tidak lawas. Apabila lepas makan atau minum, terasa air kencing sudah di muncung zakar dan tidak boleh ditahan lagi. Kalau berlaku pergerakan kasar, air kencing akan terus keluar. Adakah ini ada kaitan dengan saiz zakar saya?

ZACK
Kajang

Jawapan

Tumbesaran anggota sulit sebenarnya dalam kawalan hormon testosterone dan juga dalam pengaruh baka serta keturunan. Lelaki Asia mempunyai saiz zakar yang sesuai untuk anggota sulit wanita Asia. Purata ukuran zakar ketika ereksi untuk semua lelaki ialah di antara 9-16sm dan ukur lilit 9-15sm. Purata faraj wanita, pembukaan dalam 2.5sm dan panjang corongnya antara 6-9sm.

Sesetengah lelaki mempunyai jenis zakar yang ketika tidak ereksi kelihatan sangat kecil, tetapi apabila ereksi akan membesar antara dua hingga empat kali ganda. Ada juga mereka yang mempunyai saiz zakar sama sebelum atau ketika ereksi. Ada juga lelaki yang mempunyai zakar tenggelam atau terbenam dalam lemak tundun, tetapi memanjang ketika ereksi. Sehubungan itu, jangan risau dengan saiz anda kerana 10sm itu adalah normal.

Perasaan keciciran titisan kencing selepas buang air kecil boleh berlaku dan ia mungkin hanya perasaan atau tindak balas keradangan pundi kencing atau tekanan kepada pundi prostat. Titisan air yang keluar itu bukan air kencing tapi cecair daripada pundi 'cowpers' yang kebetulan terkeluar apabila lelaki itu meneran atau mengemut berkali-kali setelah selesai kencing. Cecair itu bukan najis. Masalah pundi prostat mudah berlaku kepada lelaki berumur dan jarang berlaku kepada lelaki muda.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SENTUHAN INTIM

SENTUHAN adalah satu keajaiban yang dianugerahkan Tuhan kepada makhluk-Nya yang mana melalui sentuhan, dua individu dapat berinteraksi dan berkomunikasi.

Ada pelbagai jenis sentuhan seperti sentuhan kasih sayang antara ibu bapa dan anak, sentuhan muhibah antara rakan serta sentuhan emosi untuk memberi perangsang atau melahirkan rasa simpati.

Ada juga sentuhan yang merangsangkan. Ini ialah sentuhan intim yang mencetuskan perasaan syahwat yang bergelora dan memberi nikmat apabila mana-mana pasangan bersentuhan dan berinteraksi secara intim, walaupun tiada hubungan seksual penetrasi.

Hubungan seksual intim mustahak sebagai pengikat kasih sayang dan membina kemesraan antara pasangan lelaki dan wanita serta memberi banyak manfaat kepada sesuatu pasangan.

Apabila individu itu tidak lagi mendapat sentuhan, tiada lagi interaksi dan keintiman.

Sentuhan keintiman seksual membabitkan sentuhan kepada anggota tubuh yang merangsangkan syahwat, termasuk keseluruhan kulit, terutama di alat seksual seperti kemaluan dan payu dara lelaki dan wanita.

Namun, ia tidak terhad di situ saja kerana bahagian lain juga berupaya membangkitkan syahwat atau erotik seperti bibir, lidah, bahu, leher dan kelengkang.

Perlu diingatkan yang hubungan initim seksual boleh berlaku tanpa memasukkan zakar ke dalam faraj dan ini dikenali sebagai hubungan intim seksual tanpa penetrasi dan jika berlaku penetrasi, hubungan itu dikenali sebagai bersetubuh atau penetratif.

Untuk melakukan hubungan penetratif, sesuatu pasangan itu perlu mempunyai fungsi anggota seksual sihat yang memudahkan hubungan penetratif dilakukan dengan selesa. Jika ereksi zakar lelaki mencukupi, mudah untuk melakukan penetrasi.

Dengan rawatan moden sedia ada, ereksi yang kurang mantap dapat dimantapkan kembali.

Sebagai contoh, jika pembukaan faraj wanita sempit dan kering, hubungan penetrasi yang sepatutnya menyeronokkan akan menjadi menyakitkan jika terus dipaksa. Dengan kelembapan yang diperoleh daripada krim atau jeli pelembap, masalah kesat dapat diatasi.

Jika hubungan seksual penetratif tidak dapat dilakukan atas sebab kesihatan, hubungan keintiman masih dapat dilakukan berdasarkan keinginan pasangan lelaki dan wanita kerana menyentuh serta menggesel anggota tubuh badan tertentu dapat merangsang dan memberi keseronokan.

Tidak salah jika anggota kemaluan disentuh dan digesel, asalkan sampai hajat untuk menikmati sentuhan intim syahwat.

Sentuhan memang satu hikmah yang kini semakin dilupai manusia. Sentuhan memberi semangat dan perangsang syahwat untuk lelaki dan wanita yang menginginkannya. Justeru, tiada sebab hubungan keintiman antara lelaki dan wanita yang berumur tidak boleh dilakukan kerana jika tidak dapat melakukan hubungan seksual penetratif, sentuhan tubuh badan dan belaian juga memberi keseronokan sama.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BULU ROMA DI PANGKAL ZAKAR

Soalan

SAYA berusia 25 tahun dan sudah mendirikan rumah tangga. Masalah saya ialah zakar yang berbulu. Keadaan ini menyebabkan isteri saya kurang selesa kerana menimbulkan kesakitan pada alat sulitnya ketika melakukan hubungan seksual. Bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah saya?

AKRAM
Perlis

Jawapan

Ada lelaki yang mempunyai bulu roma di sekitar kulit permulaan atau pangkal zakar. Ini berlaku secara semula jadi dan paling biasa berlaku kepada lelaki keturunan India, Pakistan dan Arab, walaupun ada juga kes di kalangan lelaki bangsa lain. Ada juga keadaan yang mana kulit bahagian tundun tertarik ketika ereksi boleh berlaku sehingga memenuhi setengah atau satu inci pangkal zakar dan menyebabkan pangkal zakar berbulu dan boleh memberi perasaan kurang selesa kepada pasangan perempuan ketika bersetubuh. Situasi ini mungkin berlaku apabila ketika berkhatan, kulit kulop zakar terpotong berlebihan sehingga kulit tundun tertarik ke pangkal zakar ketika ereksi.

Cara yang baik untuk mengelakkan keadaan tidak selesa itu ialah untuk lelaki berkenaan mencukur bulu roma setiap hari sambil menyapu krim pelembap supaya kulit tidak menggerutu. Cara lain seperti memotong kulit dan menampal kulit tanpa bulu roma boleh juga dilakukan, tetapi jika boleh dielakkan lagi baik kerana jenis kulit yang berbeza dan juga kemungkinan kerosakan urat saraf.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KERING, BERKUPING KERANA ALAHAN

Soalan

SAYA lelaki berusia 28 tahun dan berkahwin hampir setahun. Saya ada cahaya mata yang baru berusia sebulan. Yang menimbulkan persoalan kepada saya ialah apabila melakukan hubungan kelamin ketika kandungan isteri saya berusia lima bulan ke atas. Selepas selesai melakukan hubungan itu, permukaan kemaluan saya menjadi kering dan berkuping serta mengelupas. Apakah masalah sebenar yang saya hadapi?

HAKIMY
Sungai Besi, Selangor

Jawapan

Alahan kulit permukaan anggota sulit boleh berlaku pada bila-bila masa. Ia boleh berlaku akibat alahan kepada cecair faraj atau kesan jangkitan yis dalam faraj dan merebak ke kulit zakar. Berkemungkinan juga kulit zakar mengalami perubahan kulit akibat penyakit kulit yang dialami lelaki terbabit.

Kulit zakar jenis kulit lembut dan tidak berkuping. Jika ia berlaku, kemungkinan disebabkan tindak balas keradangan kulit akibat jangkitan atau alahan yang dijelaskan tadi. Jangan teragak-agak berjumpa pakar sakit kulit. Jika masalah itu akibat alahan kepada cecair faraj, ubat kawalan alahan dapat membantu. Bagaimanapun, jika alahan berlaku akibat terdedah dengan jangkitan dalam faraj, apabila jangkitan itu tiada lagi, masalah kulit akan berkurangan atau tidak lagi berlaku. Dapatkan bantuan doktor kulit untuk masalah anda tadi.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BENGKOK JEJAS TISU OTOT

JIKA istilah mati pucuk dikaitkan  dengan kegagalan lelaki mencapai ereksi, 'batang patah' pula dikaitkan dengan zakar yang dalam keadaan ereksi 'patah' ketika melakukan hubungan seksual.

Tulang patah pasti bukan luar biasa kepada kita, tetapi perlu diingatkan yang zakar tidak bertulang pun boleh cedera atau patah.

Kes zakar patah atau 'fracture' boleh berlaku tetapi jarang dilaporkan kerana jika 'kepatahannya' tidak ketara, tisu otot zakar boleh pulih dalam beberapa hari saja.

Buat pengetahuan, zakar boleh patah ketika ereksi padat seperti terkena tindih atau terhempap dengan benda berat, termasuk badan sendiri.

Biasanya ia berlaku ketika pasangan melakukan hubungan kelamin dengan perempuan di atas dan dalam keadaan zakar yang ereksi ia terkeluar dan apabila hendak dimasuk kembali ke dalam faraj tertindih oleh punggung pasangannya yang diturunkan secara mendadak dan terlalu kuat.

Dalam kes di atas, zakar akan terkulai dan mula membengkak. Bahagian bengkak itu akan kelihatan lebam akibat serapan darah bawah kulit.

Jika kecederaannya ringan, hanya dengan mendemah ais, bengkaknya akan surut dan dalam seminggu keadaan zakar akan pulih kembali seperti biasa.

Namun, jika kecederaan ketara sehingga terdengar seperti bunyi benda patah, kemungkinan bengkaknya menjadi ketara, kulit lebam dan kadangkala boleh mengakibatkan salur kencing juga tecedera sehingga darah keluar dari salur berkenaan.

Cara sama akan dilakukan iaitu mendemah bahagian bengkak dengan pek ais dan pembedahan untuk melegakan kesan bengkak akan dilakukan dengan takungan darah dalam otot dikeluarkan supaya otot tidak berparut dan mengeras.

Salur kencing yang luka pula akan diperbetulkan dengan memasang tiub dan bahagian terkoyak dicantumkan kembali melalui pembedahan plastik. Cara ini untuk kes yang ketara saja.

Memang jarang zakar yang patah dibedah, kecuali jika kecederaannya ketara dan ada darah beku dalam otot dan kecederaan kepada salur kencing.

Komplikasi yang biasa berlaku akibat zakar patah ialah kemunculan parut yang mengeras sehingga zakar bengkok ketika ereksi.

Jika ereksi terlalu bengkok, lelaki itu akan terasa sakit dan mendapati sukar untuk menyalurkan ereksinya ke dalam salur reproduktif isterinya.

Kebengkokan zakar perlu dirawat supaya persetubuhan dapat dilakukan dengan sempurna. Cara yang biasa dilakukan ialah pembedahan untuk membuang ketulan tisu yang keras.

Cara itu sedikit sebanyak akan mengakibatkan zakar mengecil. Kaedah rawatan terkini untuk lelaki yang mempunyai zakar bengkok akibat parut yang terjadi akibat 'patah' menggunakan alat penarik zakar atau 'penile extender' yang dikenali sebagai 'andropenis' (www.andromedical.com).

Alat itu dapat menarik liang otot zakar sambil meluruskan otot yang terbengkok menjadi lurus dalam masa empat hingga enam bulan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TERANGSANG NORMAL

Lelaki berkemampuan mencapai ereksi secara spontan 20 hingga 30 kali sehari

EREKSI atau ketegangan zakar adalah fenomena semula jadi untuk lelaki. Malah, ereksi boleh berlaku kepada bayi lelaki yang masih dalam perut ibu seawal tiga bulan pembentukannya.

Tindak balas ereksi dipengaruhi hormon 'testosterone' yang mana tahapnya tinggi ketika bayi lelaki masih dalam perut ibu hinggalah selepas dilahirkan dan waktu peringkat awal baligh. Namun, tahap hormon itu dalam keadaan kemuncak ketika usia antara 15 hingga 25 tahun.

Ereksi juga boleh berlaku apabila seseorang lelaki terangsang dan juga apabila zakarnya tersentuh. Kajian rambang mendapati, lelaki berkemampuan mencapai ereksi secara spontan sebanyak 20 hingga 30 kali sehari dan waktu ereksi antara beberapa saat sehingga beberapa minit dan lebih jika ereksi itu akibat terangsang.

Sehubungan itu, jangan hairan jika ereksi kerap berlaku kerana ini petanda sistem syahwat lelaki itu berfungsi secara normal. Jika tiada ereksi langsung, walaupun mencapai baligh, menghadirkan kemungkinan lelaki itu mengalami mati pucuk prima.

Malah, fenomena ereksi ialah petanda mutlak lelaki itu berkemampuan menggunakan zakarnya untuk disalurkan ke dalam faraj.

Bagaimanapun, lelaki itu perlu mengawal ereksi supaya dapat menggunakannya untuk tujuan berkenaan, yang mana kemahiran itu akan didapati apabila seseorang lelaki mendapat pengalaman sebaik-baiknya melalui hubungan kelamin dengan pasangan bergelar isteri.

Lelaki yang sihat berkemampuan mencapai ereksi apabila dia ada keinginan untuk bersetubuh atau hendakkan keseronokan syahwat.

Dia boleh terangsang melalui rangsangan mental (dengan membayangkan perkara yang mencetuskan rangsangan seksual seperti berfantasikan dia berasmara dengan biduanita atau model seksi) atau melalui apa yang dia lihat seperti tubuh wanita bogel atau terdedah (rangsangan penglihatan) atau terangsang dengan apa yang didengari seperti suara wanita dalam keadaan ghairah atau berbual lucah (rangsangan pendengaran).

Yang terakhir, seseorang boleh terangsang dengan apa yang dia hidu seperti bau minyak wangi wanita yang tertentu atau bau peluh wanita (rangsangan olfaktori atau bauan).

Ada juga lelaki mencapai kemuncak rangsang dalam situasi tertentu seperti melihat wanita memakai baju dalam berwarna merah atau kemaluan wanita yang dicukur bulu romanya.

Warna merah melambangkan kehangatan dan tentu menyampaikan maksud kepada minda lelaki atau wanita yang mudah terangsang kepada warna berkenaan.

Ada warna lain yang juga memberi maksud keghairahan kepada pemakai dan yang melihat. Apabila ia berlaku, pasangan berkenaan dapat apa yang mereka hajatkan dalam hubungan seksual.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

ELAK AKTIVITI SMS CETUS SYAHWAT

Soalan

SAYA mudah terangsang apabila hari larut malam, termasuk ketika bermain khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan rakan wanita.

Adakah ini normal atau saya menghadapi masalah seksual. Bolehkah doktor bantu saya?

JEJAKA RISAU
Perak

Jawapan

Apabila seseorang itu bersedia menghayati keseronokan seksual dan dia memulakan aktiviti itu, sama ada melakukan sentuhan atau berinteraksi melalui telefon atau SMS, mindanya akan terangsang.

Jika meneruskan aktiviti itu secara serius, dia akan dapati dia boleh mencapai klimaks dengan cara berkenaan, walaupun tanpa sentuhan fizikal. Sebenarnya dia mengecapai 'mental klimaks' akibat rangsangan seks secara mental.

Masalah yang boleh berlaku ialah, apabila seronok dengan cara itu dan hanya boleh klimaks dengan cara berkenaan, dia akan mendapati cara lain seperti sentuhan fizikal tidak akan memberi keseronokan syahwat kepadanya, kecuali jika dia memasukkan adegan SMS.

Sehubungan itu, ketika hendak bersetubuh dengan pasangannya, dia perlukan cetusan perasaan syahwat daripada SMS dan pasangannya terpaksa melayani SMS dia dulu, walaupun ketika itu berdepan dengannya.

Ini kerana tanpa cetusan SMS itu, semuanya tidak akan menjadi. Saya pernah mengendalikan kes seperti ini. Saya harap anda kurangkan aktiviti ini dan lebihkan adegan realiti daripada virtual realiti.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BENJOL, BINTIK BIASA

Soalan

SAYA menghadapi masalah gatal di sekitar bahagian sulit. Ia menjadi sangat gatal pada waktu malam. Ini menjadikan saya kurang selesa ketika melakukan hubungan seks dengan isteri. Di kawasan scrotum dan zakar ada beberapa bisul kecil, manakala kepala serta sekeliling gelang kepala pula ada bintik merah yang sangat kecil.

Adakah ini sejenis penyakit kelamin (STD)? Sejak kebelakangan ini juga nafsu saya menurun, sekali gus membuatkan saya risau kerana tidak dapat menjalankan tugas sebagai suami. Selain itu, di hujung buah zakar ada dua benjolan, menjadikannya kelihatan tidak seimbang. Untuk pengetahuan doktor, saya sudah berkahwin empat bulan tetapi belum ada tanda isteri saya hamil.

FAIZ
Kedah

Jawapan

Penyakit kelamin jarang berlaku dalam hubungan suami isteri jika pasangan itu setia. Justeru, gejala di sekitar anggota kelamin anda tiada kaitan dengan penyakit kelamin. Kemungkinan kegatalan itu akibat jangkitan kulat.

Apabila kulit radang, akan ada bintik kepada kulit seolah-olah macam jerawat atau bisul kecil yang sebenarnya pundi minyak yang salurnya terkandas. Bintik merah di sekeliling kepala zakar ialah 'papili' atau bintik kulit akibat keradangan bahagian itu. Kadangkala kekeringan menyebabkannya kelihatan begitu.

Jika bahagian itu disapu krim pelembap, lama-kelamaan, ia jadi biasa. Mengenai benjolan di bawah buah zakar, ia gelembung semula jadi pada buah zakar. Ini bukan penyakit.

Jika benjolan itu hanya terasa baru-baru ini, perkara itu perlu dirujuk kepada doktor. Jika benjolan itu sudah lama, ia biasa dan bukan penyakit. Mengenai kedudukan buah zakar, sememangnya ia tidak seimbang. Malah, sebahagian besar lelaki mempunyai buah zakar kiri sedikit ke bawah daripada yang kanan. Kurang satu peratus buah zakar berkedudukan seimbang dan yang lainnya buah zakar kanan lebih ke bawah daripada yang kiri.

Semua perkara yang anda nyatakan nampaknya perubahan biasa kecuali kegatalan itu, yang mana anda perlu mendapat rawatan doktor.

Mengenai zuriat pula, jika dalam masa setahun tiada apa-apa, elok anda dan isteri berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SAIZ TIDAK PENTING

Kaedah somatotherapy menyebabkan zakar membesar sehingga sakit

RAMAI masih berfikiran saiz zakar penting dalam hubungan seksual. Keadaan itu diburukkan lagi akibat keghairahan menonton filem lucah Barat, sekali gus menimbulkan rasa rendah diri dengan saiz zakar sendiri.

Lebih malang lagi ialah, rasa kurang keyakinan diri itu memberi implikasi besar kepada 'prestasi' seseorang lelaki ketika melakukan hubungan seksual, terutama terhadap daya kekuatan ereksi dan ketahanan sebelum ejakulasi.

Sebenarnya, tidak benar anggapan bahawa seseorang lelaki dapat memberi lebih kepuasan kepada wanita jika zakarnya lebih besar kerana dalam banyak keadaan, saiz terlalu besar akan 'menyakitkan' pasangan mereka.

Perlu diingatkan yang saiz zakar lelaki Asia berukuran antara 9-14 sentimeter (sm) ketika ereksi dengan ukur lilitnya antara 9-13sm.

Faraj wanita pula kedalamannya antara enam hingga sembilan sm dan lebarnya satu sm, tetapi jika melegakan kemutan, faraj boleh meluas antara dua hingga tiga kali ganda atau lebih.

Jadi anda mempunyai ereksi 10 sm, ia lebih daripada mencukupi kerana didapati lelaki yang mempunyai pasangan tetap atau sudah berumah tangga serta kerap melakukan hubungan seksual akan mendapati ereksi menjadi lebih mantap dan kadangkala melebihi saiz biasanya sebanyak satu hingga dua sm.

Tidak dinafikan memiliki zakar kecil sememangnya isu sensitif bagi kebanyakan lelaki. Namun, hakikatnya hanya zakar kurang daripada enam sentimeter menghadapi kesukaran untuk dimasukkan ke dalam faraj serta menyalurkan air mani.

Malah, zakar berukuran sembilan sentimeter sekalipun hanya terhad untuk melakukan persetubuhan dengan si lelaki di posisi atas.

Justeru, tidak menghairankan jika lelaki yang mempunyai zakar kecil lebih mudah terpengaruh dengan segala rawatan atau teknik dipaparkan dalam internet untuk membesarkan zakar.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa mengurut, menggantung benda berat kepada zakar, mengepam atau menarik zakar dengan peralatan tidak standard boleh merosakkan zakar kerana ia organ vaskular dan lembut serta mudah rosak atau tercedera.

Saya pernah mengendalikan kes beberapa lelaki yang menjalani kaedah 'somatotherapy' iaitu suntikan vitamin C ke dalam lemak dan otot zakar.

Kesannya, zakar mereka radang dan membesar hingga membuatkan mereka merana kesakitan.

Kesudahannya, zakar mereka besar dalam keadaan menggerutu dan mengembung sehingga tidak dapat melakukan hubungan seks langsung. Besar tidak semestinya boleh digunakan!

Kajian menunjukkan alat penarik zakar yang mempunyai piawaian bernama Andropenis dapat membantu menambah zaiz zakar antara dua hingga lima sentimeter dalam masa empat hingga enam bulan penggunaannya.

Alat ini mesra pengguna dan perlu dipakai selama 9 hingga 10 jam setiap hari.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PENING KEPALA KETIKA SENGGAMA

Soalan

Setiap kali selepas ejakulasi ketika melakukan seks, tiba-tiba kepala saya menjadi pening yang amat sangat seperti kena migrain. Masalah ini terjadi baru-baru ini dan berulang beberapa kali. Sebelum ini tidak ada masalah walaupun saya boleh dikatakan kerap melakukan hubungan seks.

FARHAN
Kajang

Segelintir lelaki dan wanita mengalami pening kepala ketika hendak klimaks atau sedang klimaks manakala sesetengahnya selepas klimaks. Serangan kebiasaannya lebih kepada lelaki. Ini terbukti kadar serangan ke atas lelaki empat kali lebih tinggi daripada wanita.

Namun, apa yang penting ialah untuk memastikan pening kepala itu bukan suatu penyakit tetapi kesan klimaks. Adalah biasa untuk darah berjalan lancar ketika mengalami rangsangan seksual tetapi kadangkala kelancaran darah itu mengakibatkan perasaan tegang di kepala. Ia lebih dikenali sebagai pening kepala akibat tekanan.

Ketika klimaks, perjalanan darah memuncak dan ketika itu pening kepala boleh berlaku. Selepas klimaks tekanan darah akan menjadi rendah dan ini juga boleh mengakibatkan tekanan kepada otot kepala dan pening kepala.

Jika benar pening kepala itu akibat klimaks syahwat mungkin sebelum melakukan hubungan seksual, ubat yang dapat melegakan tekanan diambil.

Anda juga boleh mengambil pil tahan sakit kepala setengah jam sebelum bersetubuh jika sakit kepala ketika klimaks. Jika perkara ini kerap berlaku anda perlu jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PESAKIT KENCING MANIS BERONANI

Soalan

SAYA berusia 34 tahun dan belum berumah tangga. Sejak kebelakangan ini, saya selalu mengalami senak. Saya dapati buah zakar saya punyai benjolan pada uratnya dan apabila ditekan sakit senak akan bertambah. Saya akui untuk melepaskan tekanan seksual saya sekali sekala beronani dan dapati pancutan air mani saya sekarang semakin berkurangan. Adakah saya bermasalah varikosel kerana saya juga seorang pesakit kencing manis tahap II. Saya juga obesiti serta mempunyai 'varikos vein' di kaki kanan saya.

Insan Risau
Sepang

Jawapan

Lelaki yang menghidap penyakit kencing manis mengalami pelbagai cabaran kesihatan jika penyakitnya itu tidak dapat dikawal. Penyakit ini berlaku akibat kekurangan hormon insulin yang mustahak untuk metabolisma glukosa. Adakalanya penyakit ini berlaku kerana sel tidak respon atau sudah lali dengan hormon insulin (Diabetic Type II).

Jika ini berlaku terdapat beberapa herba yang dapat merangsangkan sel untuk berinteraksi dengan insulin dan secara langsung akan mengakibatkan glukosa rendah seketika. Namun, herba ini tidak dapat bertindak balas untuk jangka masa panjang dan kadangkala tidak berkesan.

Sehubungan itu, herba saja tidak mencukupi kerana ubat doktor juga perlu dimakan mengikut nasihat. Lelaki yang menghidap kencing manis dan kebetulan mempunyai badan yang obesiti (gemuk) akan dapati kesihatannya amat tertekan. Dia mudah letih dan lesu dan tahap rangsangannya juga tidak seperti muda dan amat menurun.

Ereksi mungkin tidak padat dan jika bersetubuh atau onani akan cepat klimaks dan air mani yang keluar pun tidak memancut tetapi meleleh kebanyakan kali. Buah zakar jika dipicit akan rasa senak dan benjolan yang terasa itu ialah sebahagian daripada buah zakar. Varikosel atau pembuluh darah yang berpintal itu biasa terasa di buah zakar kiri.

Jika buah zakar itu lembik kemungkinan kilang terencat. Ini hanya dapat dikenal pasti doktor manakala ujian air mani sekiranya sperma bermasalah. Anda boleh jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan seksual anda dan jangan tunggu lama untuk berkahwin. Mungkin dengan pasangan, kehidupan anda lebih ceria.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SENAMAN KEMUT

NAMA senaman kemut mungkin agak melucukan. Namun, di dalam kesihatan, senaman ini mempunyai banyak khasiat untuk organ seksual sama ada lelaki atau wanita.

Senaman kemut membabitkan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau otot lantai pelvis seolah-olah seperti mahu menahan kencing atau air besar dan ia harus dilakukan serentak.

Tidak dinafikan apabila seseorang melakukan senaman kemut, perasaan kurang selesa akan berlaku dengan lelaki akan berasa lubang najis tersempal dan jika membuang air besar akan mengalami sembelit.

Bagi mereka yang ada buasir pula penyakit itu menjadi ketara dan menyakitkan tetapi sebaliknya kepada wanita apabila melakukan senaman ini, mereka akan berasa terangsang, terutama jika kedua-dua paha dirapatkan.

Bagaimanapun, jika paha direnggangkan sedikit, mungkin rasa terangsang itu kurang atau tiada.

Cara melakukan senaman kemut untuk lelaki ialah dengan merapatkan kedua-dua pahanya dan mencengkam lubang najis dan lubang kencing sekali gus dengan padat serta tahan nafas antara 3-5 saat sebelum legakan kemutan dan ulangi 10 kali.

Lakukannya lima kali sehari dan setiap kali, cengkam 10 kali. Ketika melakukan senaman kemut, seseorang lelaki itu perlu berada dalam keadaan selesa termasuk sudah membuang air besar dan kecil.

Antara khasiat senaman kemut ialah dapat membina otot benteng pangkal zakar yang mana jika zakar ereksi, mengemut dapat memadatkan pangkal zakar dan menolak serta memerah darah hala ke depan sekali gus menyebabkan penghujung zakar lebih padat dan kembang seolah-olah zakar kelihatan besar di depan.

Untuk wanita, amalan kemut dapat melangsing dan melegakan corong faraj sekali gus menyempitkan pembukaan faraj yang renggang.

Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk  ketika wanita itu bergerak dan hubungan kelamin tidak akan berbunyi seperti angin keluar dan masuk.

Amalan mengemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan membantu mengintimkan hubungan dengan pasangan kerana akan menjadikan aktiviti seksual lebih seronok dan merangsangkan.

Senaman kemut tidak akan dapat membina zakar menjadi panjang atau besar seperti mana yang dipaparkan dalam internet yang mendakwa kaedah pembesaran zakar dengan cara senaman kemut yang kononnya amalan orang Arab.

Yang pasti, senaman kemut dapat memberi tenaga dan kekuatan apabila zakar yang sedang ereksi itu dikemutkan akan mudah bergerak dengan lancar di dalam faraj.

Malah, mengemut juga mengekalkan ereksi dan dapat bergerak serta mengubah posisi sekali gus merendahkan kemungkinan darah terkeluar daripada otot zakar.

Selain itu, jika menggerakkan zakar dilakukan ke dalam faraj dengan keadaan lelaki itu sedang mengemut, pasangan akan dapat merasai nikmat yang lebih dan mudah mencapai klimaks.

Gerakan zakar juga dapat dikawal dalam keadaan kemut. Justeru, amalan dan senaman kemut dapat menjaga kekuatan ereksi sehingga ke liang lahad!

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BAYI ALAMI ANGIN PASANG

Soalan

SAYA mempunyai seorang anak lelaki yang baru berusia dua bulan. Baru-baru ini saya membawa anak saya ke klinik untuk suntikan tetapi doktor mendapati anak saya terkena angin pasang dan hujung zakarnya senget.

Apakah yang perlu saya lakukan dan apakah risiko kepada anak saya apabila dewasa nanti. Bolehkah saya membawa anak saya pergi berurut secara tardisional? Untuk pengetahuan doktor anak saya tidak mempunyai masalah ketika membuang air kecil.

AZLINA,
Pantai Dalam.

Jawapan

ANGIN pasang memang mudah kelihatan kepada bayi lelaki jika bayi itu menangis atau minum. Bagi bayi yang dilahirkan lebih awal dari tarikh kelahiran yang sepatutnya, angin pasang juga boleh kelihatan kepada pusat.

Apabila bayi ini membesar dan ketumbesaran berlaku 'angin pasang' itu akan kurang kelihatan dan adakalanya tiada sama sekali. Saya syorkan puan merujuk kepada pakar bedah bayi (paediatric surgeon) untuk menjalani pemeriksaan apabila angin pasang bayi masih kekal selepas dua tahun kerana kebanyakan angin pasang akan hilang dalam masa dua tahun. Jika angin pasang itu kelihatan lebih jelas dan membesar, jangan tunggu untuk membawanya ke pakar bedah pediatrik.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

REMAJA AKUI TABIAT BURUK

Soalan

DOKTOR, saya berusia belasan tahun dan sering melakukan onani dengan dalam sehari paling kurang tiga kali. Apakah tabiat buruk saya ini akan mendatangkan kesan serius kepada alat kelamin saya? Saya cuba untuk berhenti tetapi gagal. Tidak adakah kajian secara saintifik usaha untuk membuatkan seseorang itu berhenti melakukan onani? Dan saya juga mempunyai tahi lalat di pundi kencing berdekatan dengan zakar. Apakah tandanya?

JOE,
Kedah

Jawapan

KEBANYAKAN daripada maklumat yang terdapat di internet mengenai onani ialah ia satu salur untuk melepaskan perasaan atau tekanan syahwat supaya tidak terjebak dengan seks rambang yang memberi risiko yang tinggi seperti penyakit kelamin, HIV/AIDS.

Bagaimanapun, selain daripada onani ada banyak lagi cara alternatif yang lebih sihat untuk menangani perasaan dan tekanan syahwat seperti bersosial dan berekriasi selain bersukan dan berkomunikasi dengan rakan karib lelaki atau perempuan.

Kajian mengenai amalan onani mendapati ia ada kebaikan dan keburukannya. Daripada sudut kebaikan, ia dapat melegakan tekanan atau perasaan syahwat dan dapat mencegah daripada perbuatan maksiat (seperti melanggani pelacur atau jenayah merogol).

Yang menjadi masalah ialah apabila onani ini menjadi ketagihan. Ini kerana ada antara pengamal tidak dapat menghentikannya walaupun telah berpasangan.

Adakalanya amalan ini mengakibatkan pengamal lebih seronok dengan perbuatan dan teknik onaninya dan dapat mencapai kepuasan tersendiri sehingga dia tidak dapat mencapai tahap klimaks yang sama dengan pasangannya.

Jika ini berlaku, seseorang lelaki atau wanita itu mengalami masalah yang dikenali sebagai 'Traumatic Mansturbatory Syndrome'.

Kajian juga mendapati yang onani boleh menyebabkan masalah DE atau ketidakfungsi erektil kerana kerosakan kepada urat saraf dan salur darah selain kerosakan otot dan struktur dalaman zakar akibat deraan yang dilakukan kepada anggota sulit yang sensitif itu.

Dalam apa juga yang kita buat kita perlu mengamalkan perbuatan yang sederhana dan dengan cara yang sedemikian kita mampu mengawal kesihatan kita dengan lebih sempurna. Ini termasuk menjauhi amalan onani.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

USAH SALAH ANGGAP

RAMAI lelaki yang beranggapan alat kelamin mereka sebagai 'senjata' ketika mengadakan hubungan seks. Ia sebenarnya salah kerana alat kelamin juga perlu dibelai dan dijaga seperti organ yang lain dan bukan hanya sekadar organ pemuas nafsu.

Ini kerana anggota kelamin lelaki mempunyai dua fungsi. Pertama, sebagai organ untuk saluran kencing dan kedua sebagai organ seksual yang mana ketika ereksi ia akan disalurkan ke dalam anggota seksual wanita untuk menyalurkan air mani.

Tidak dinafikan yang fungsi kedua alat kelamin lelaki cukup mustahak. Bayangkan keadaan jika alat kelamin lelaki itu bermasalah sama ada berbentuk kecil atau cacat. Sudah tentu fungsi utamanya terancam.

Malah, masalah itu akan menyebabkan seseorang lelaki berasa kurang keyakinan diri, rendah diri dan tertekan sehingga selagi dia tidak dapat menyelesaikan masalah berkenaan dia akan menderita dalam diam.

Ini kerana alat kelamin adalah satu-satunya identiti kelelakian yang cukup mustahak, justeru, mereka harus memahami organ itu dengan baik. Sama seperti fungsinya, alat kelamin lelaki ada dua bahagian, iaitu anggota luar dan dalam.

Anggota seksual luar ialah zakar, kerandut buah zakar dan kandungan dalam kerandut iaitu sepasang buah zakar manakala bahagian dalam pula mengandungi pundi prostate, seminal dan cowpers serta liang otot bulbocavernosa dan spongiosa selain otot lantai pelvis yang menjadi benteng otot zakar.

Apabila lelaki terangsang, kemasukan darah dalam otot zakar meningkat dan apabila ereksi berlaku zakar yang kelihatan kecil akan memanjang dan membesar apabila darah mula memasuki liang ototnya.

Tahap ereksi boleh ditingkatkan dengan lelaki itu mencengkam otot lantai pelvis (otot kemutan) yang menjadi benteng pangkal zakar kerana dengan cara sedemikian, zakar menjadi padat dan keras dan sesuai untuk dimasukkan ke dalam salur faraj ketika hendak melakukan persetubuhan penetratif.

Apabila saiz zakar tidak padat atau kecil memang sukar untuk disalurkan ke dalam faraj. Selain masalah zakar kecil, zakar yang bengkok juga boleh menimbulkan masalah walaupun ukurannya normal (zakar ukuran panjang normal 10-14 sm/ukur lilit 9-13 sm).

Kini masalah zakar kecil dan bengkok dapat diatasi tanpa pembedahan. Alat penarik otot zakar atau 'penile extender' seperti Andropenis dapat membantu dan maklumat mengenainya dalam laman www.andromedical.com.

Ada juga zakar yang tertarik ke bawah akibat cantuman dan tarikan kulit antara zakar dan kerandut selain masalah zakar cacat yang mana pembukaan lubang kencing tidak terbuka di penghujung zakar, tetapi di bawah batang (hypospadias) atau di atas batang (epispadias) membuatkan zakar kelihatan luar biasa dan sukar untuk disalurkan ke dalam faraj.

Alat kelamin bermasalah akan menjadi isu apabila seseorang lelaki itu berdiam diri dan tidak merujuk kepada pakar. Ini kerana lagi cepat dia merujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan, lebih cepat keadaannya akan menjadi sempurna dan kehidupannya sebagai lelaki terjamin.

Kini rawatan moden dan selamat ada. Justeru, tidak perlu mendapat rawatan daripada mereka yang tidak bertauliah. Jangan cuba rawatan yang berbahaya seperti mendapat suntikan silikon atau minyak cendana ke dalam kulit zakar yang dilakukan oleh 'pakar' tidak bertauliah kerana kaedah ini akan mencacatkan zakar apabila kulit mengeras dan menebal.

Kulit zakar jenis yang lembut dan tidak berlemak sekali gus ia mudah melebar dan meluas. Sekiranya kering dan nipis kulit itu tidak mudah meluas dan boleh menyakitkan.

Kelembapan kulit berkurangan jika kulit zakar dicuci sabun biasa. Lebih baik untuk menggunakan sabun pelembap. Kegebuan dan kemantapan kulit dapat ditingkatkan dengan menggunakan pelembap yang diperkaya nutrien dan herba.

Baru-baru ini, krim pelembap kulit zakar 'Virile' diuji dan didapati sesuai untuk penjagaan kesihatan kulit dan tisu dalaman. Krim ini boleh dipakai selepas mandi dan disapu dari hujung hingga ke pangkal zakar. Ia boleh dibeli di farmasi.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TEKANAN KETIKA BERSAMA ISTERI

Soalan

SAYA berusia 27 tahun dan berkahwin setahun lapan bulan. Masalah saya ialah zakar sukar menegang. Ada masanya saya langsung tidak mendapat ereksi ketika hendak melakukan seks atau lebih dikenali sebagai Erection Dysfunctional atau 'ED'. Saya sangat kecewa dan rungsing. Saya terbaca ia disebabkan tekanan apabila hendak bersama isteri. Bolehkah saya rujuk masalah di klinik biasa? Apakah nama ubat di pasaran dan bolehkah saya terus membelinya di farmasi biasa?

YANG BIMBANG
Pandan Jaya, KL

Jawapan

APABILA lelaki terangsang, pengaliran darah ke dalam otot zakar berjalan lancar dan dalam sekelip mata ereksi berlaku. Kekuatan ereksi lebih terserlah apabila lelaki itu kemut atau mencengkam otot pembukaan lubang najis dan otot lantai pelvis. Ereksi menjadi lebih mantap, menegak dan zakar kelihatan lebih terangkat.

Kemutan kuat memberi tenaga sebanyak sekilogram kepada zakar. Lelaki muda seperti anda tiada masalah untuk melakukan kemutan kerana otot lantai pelvis kuat dan mantap. Namun, anda perlu melakukannya setiap kali anda melakukan hubungan kelamin dengan pasangan.

Saya cadangkan anda lakukan senaman kemut itu dan yakin yang anda sihat dan mampu berintim dengan pasangan.

Gunakan krim 'Virile' yang boleh didapati dari mana-mana farmasi selepas mandi. Gunakan sekali sehari. Makan suplement herba Nu-Prep 75 (www.drismailtambi.com) sehari sekali. Jika dalam masa beberapa minggu tiada apa-apa perubahan, anda boleh berjumpa doktor untuk mendapat rawatan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SERONOK MELAYANI SENDIRI SYAHWAT

Soalan

SAYA lelaki berumur 31 tahun dan belum berkahwin. Soalan pertama ialah hampir kebanyakan masa apabila kemaluan saya 'naik', ia hanya bertahan kurang daripada lima minit. Perkara ini berlaku jika saya berfantasi mengenai seks atau menonton filem lucah. Adakah tempoh lima minit ini tempoh normal dan apakah cara untuk bertahan lebih daripada itu?

Soalan kedua, saya melancap sekurang-kurangnya satu atau dua kali sehari untuk tempoh empat hingga lima kali seminggu. Adakah ini terlalu banyak? Soalan terakhir saya ialah, sejak kebelakangan ini apabila saya menahan diri daripada melancap selama enam hingga 10 hari dan apabila saya berfantasikan mengenai seks, air mani saya terpancut dengan sendiri. Mengapa ia berlaku?

MUTHU
KL

Jawapan

APABILA seseorang lelaki terangsang, sama ada ketika dia menonton video lucah atau berkhayal mengenai seks, sistem kawalan syahwatnya terangsang dan pengaliran darah ke anggota sulitnya menjadi lancar dengan kemasukan darah yang banyak sehingga dia mencapai ereksi.

Apabila rangsangan itu lega, ereksinya juga menurun, kecuali jika rangsangan itu kembali maka dia akan mencapai ereksi sekali lagi. Ini perubahan semula jadi dan bukan penyakit. Adalah perkara biasa untuk lelaki baligh mencapai ereksi secara spontan dan lebih lagi jika dia berkhayal mengenai seks. Apabila dia menyentuh anggota sulitnya untuk menyahut rangsangan itu, dia akan mencapai klimaks rangsangan dengan ejakulasi air mani.

Merangsang secara sendiri dikenali sebagai melancap. Jika melakukannya kerap, anda mudah letih kerana perbuatan ini menggunakan banyak tenaga. Bagaimanapun, jika selesa dan tidak berasa letih, seseorang itu boleh lakukannya mengikut cita rasanya.

Perkara biasa untuk lelaki yang terangsang mencapai klimaks mental, iaitu tidak perlu rangsang anggota sulitnya secara fizikal. Jika dia amalkan begini, dia mudah mencapai klimaks walaupun tidak menyentuh dirinya atau pasangannya kemudian hari. Ini tentu mengecewakan pasangannya. Jadi baik hentikan amalan merangsang secara mental.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

UJIAN TENTU KESUBURAN

MASALAH kesuburan adalah masalah pasangan kelamin. Jangan berfikiran kolot kononnya kesuburan isu sensitif dan perlu disembunyikan.

Hakikatnya, masalah kesuburan perlu dikendalikan bersama. Pasangan harus berjumpa doktor untuk bimbingan dan pemeriksaan.

Bimbingan doktor, termasuk maklumat mengenali waktu subur wanita dan amalan hubungan kelamin untuk tujuan merancang mendapat anak, perlu diberi perhatian dan difahami pasangan lelaki dan wanita.

Ini kerana, untuk mendapat anak, pasangan itu perlu melakukan hubungan kelamin kerap pada waktu subur wanita, manakala wanita perlu pastikan air mani tidak melimpah daripada faraj.

Berikutan itu, selepas bersetubuh, wanita perlu melegakan bukaan faraj supaya air mani mendap ke dalam faraj. Wanita juga tidak bergerak, berjalan atau mencuci kemaluan menggunakan bahan pelicin kerana bahan itu boleh membunuh sperma.

Di samping menjelaskan perkara yang boleh meningkatkan kesuburan, ujian asas untuk lelaki dan wanita perlu dilakukan. Ujian air mani mustahak untuk lelaki dan jika normal, ujian susulan tidak perlu dilakukan.

Jika ujian air mani pertama tidak normal, ujian susulan perlu dilakukan dua atau tiga minggu kemudian dengan sekurang-kurangnya tiga ujian untuk meneliti profil dan corak sperma daripada segi bilangan, pergerakan dan rupa bentuk benih.

Jika ada kekurangan, pemeriksaan fizikal dan ujian tahap hormon kesuburan atau FSH (Follicular Stimulating Hormone) dilakukan untuk kepastian tahap hormon berkenaan.

Jika kurang atau sebaliknya, rawatan khusus hormon FSH diberikan. Rawatan lain termasuk rawatan dengan ubatan herba yang diuji keberkesanannya untuk mengatasi kekurangan sperma.

Ubat herba seperti 'Tribestan' dan ekstrak Tongkat Ali seperti 'Nu-Prep 75' (sila rujuk www.drismailtambi.com) didapati berkesan untuk sebilangan lelaki.

Lelaki yang pernah mendapat anak tidak semestinya kekal kesuburannya.

Pemeriksaan awal untuk wanita ialah untuk mengenal pasti kemampuannya menghasilkan 'ova' atau telur. Kini banyak kes wanita didapati mengalami masalah telur tidak cukup membesar, walaupun dapat menghasilkan atau 'merekrut' banyak telur dalam sampul telur.

Masalah ini dikenali sebagai 'PolyCystic Ovarian Disease' dan wanita yang mengalaminya mempunyai profil badan yang gempal dengan bulu roma lebat.

Jika wanita itu tiada masalah pengeluaran telur, pemeriksaan seterusnya mengenal pasti salur telur dan rahim. Ujian dilakukan melalui x-ray yang dikenali 'Hysterosalpingography'. Pemeriksaan lain pembedahan kecil dikenali 'Laparoskopi'. Alat teropong dimasukkan di bawah pusat ke dalam perut melalui lubang kecil untuk meneliti anggota peranakan wanita dengan lebih jelas.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TERTEKAN ZAKAR BENGKOK

Soalan

SAYA berusia 24 tahun. Masalah saya adalah zakar saya bengkok ke sebelah kanan. Keadaan ini menghadirkan tekanan yang cukup hebat kepada saya kerana memikirkan cara hendak meluruskannya semula.

Saya pernah mendengar mengenai sejenis alat iaitu andropenis, tetapi tidak pasti mengenainya. Saya juga gemar melakukan seks oral untuk memuaskan pasangan saya. Kadangkala saya tertelan cecair yang dikeluarkan oleh faraj pasangan saya ketika dia terangsang. Pasangan saya juga kerap tertelan air mani saya. Adakah ini akan memudaratkan saya dan pasangan saya?

SUAMI RISAU
Alor Setar

Jawapan

Zakar yang bengkok atau melengkung ketika ereksi hanya menjadi masalah apabila kebengkokannya menyukarkan lelaki melakukan hubungan seksual penetratif dengan pasangan. Jika boleh masuk dan tidak memberi apa-apa tekanan kepadanya atau pasangannya, perkara itu tidak perlu dirisaukan. Yang menimbulkan masalah ialah pada peringkat awal keadaan biasa, tetapi kelamaan kebengkokan menjadi ketara dan menyukarkan persetubuhan.

Waktu itulah mustahak untuk mendapatkan rawatan yang sesuai. Sebelum ini rawatan ialah melalui pembedahan, tetapi kini ada cara menggunakan alat penarik zakar atau andropenis.

Keberkesanannya ialah lebih 97 peratus. (Sila rujuk artikel dan alamat laman web di atas). Bagaimanapun, dalam pasaran ada juga alat tiruan yang tiada piawaian dan jika dipakai akan menjejaskan anggota sulit. Jadi jangan tertipu.

Seks oral hanya digalakkan kepada pasangan kelamin yang berkahwin. Ia bukan seks luar tabii dan tiada halangan dalam pandangan Islam. Yang mustahak ialah kedua-dua pasangan itu sudah berkahwin.

Memang ketika wanita itu terangsang farajnya akan mengeluarkan cecair 'perahan' mukosa faraj. Cecair ini mengandungi air, Vitamin C, Pyridines, logam zinc, glycoprotein dan beberapa immunoglobins selain bakteria semula jadi. Jika dia makan sesuatu yang berbau seperti petai, aroma dari petai pun akan ada.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PELAJAR HADAPI KENCING TAK LAWAS

Soalan

SAYA pelajar yang menghadapi masalah kencing tidak lawas sejak sekolah rendah lagi. Masalah ini sangat membebankan kerana selepas membuang air terutama air besar, air kencing masih lagi keluar walaupun dalam kuantiti sedikit.

Keadaan ini juga memberi tekanan kerana saya perlu mengambil masa lama untuk memastikan tiada lagi air kencing keluar sebelum menunaikan solat. Untuk pengetahuan, saya pernah mencuba nasihat doktor dengan mengamalkan senaman kemutan, tetapi masih belum berhasil.

Baru-baru ini, akibat tidak tahan, saya mengikat pangkal zakar dengan menggunakan gelang getah dan cara ini berkesan. Dalam masa sama, saya juga memastikan ikatan getah tidak terlalu ketat.

Persoalannya, adakah kaedah ini akan memberi kesan buruk kepada saya?

AZWAN
Shah Alam

Jawapan

Masalah kencing tidak lawas memang merumitkan jika berpanjangan dan cara penyelesaiannya juga merumitkan. Jika dirujuk kepada doktor, ujian permulaan ialah ujian kencing untuk memastikan tiada radang pundi kencing.

Jika ia normal, mungkin salur kencing diperiksa melalui 'teropong' yang dikenali sebagai 'Urethroscope'.

Jika itu pun normal, pemeriksaan seterusnya akan ditumpukan kepada pundi prostat dan apabila keputusannya masih normal, tiada apa lagi yang perlu dikendalikan kecuali bimbingan.

Dalam keadaan biasa, pundi kencing dapat mengisi seliter air kencing tetapi apabila separuh penuh, perasaan hendak kencing akan terasa. Namun, jika individu itu tidak mahu kencing, dia akan dapat menahan sehingga tidak lagi tertahan lalu mencari tandas.

Jika berlengah ke tandas, dia akan dapati selepas selesai kencing macam ada air kencing lagi. Cara untuk memastikan perkara itu tidak berlaku ialah dengan menahan kencing.

Adakalanya yang keluar itu bukan kencing, tetapi cecair dari pundi Cowper dalam otot di lantai pelvis (otot kemut). Lelaki yang mempunyai pundi Cowper besar sudah tentu pundi itu menghasilkan cecair yang banyak, terutamanya jika ia mengalami radang (akibat menahan kencing).

Justeru, ketika mengeluarkan air kencing dan pada penghujungnya mengemut, maka sejurus selesai kemut cecair jernih akan keluar seperti air kencing. Ini ialah cecair dari pundi Cowper.

Jika itu yang berlaku, tiada apa yang boleh dibuat kecuali menerimanya. Jika anda turut berasa was-was mengenai cecair ini, anda perlu menukar pakaian ketika solat. Mengenai pemakaian gelang itu dapat memberi kelegaan kepada masalah anda, ia boleh diteruskan dengan syarat ia tidak disarung ketat.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

DERITA DALAM DIAM

PERBALAHAN di antara suami isteri satu perkara biasa, bak kata pepatah 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Ada banyak sebab suami isteri bergaduh, antaranya masalah kewangan, campur tangan pihak ketiga, hubungan seksual yang tidak memuaskan selain ketiadaan zuriat. Semua isu itu sukar diluahkan kepada pihak ketiga kerana malu. Ini menyebabkan pasangan yang menghadapinya menderita dalam diam.

Punca lelaki derita dalam diam:

1. Keputihan lelaki

Sebilangan lelaki mudah mengeluarkan air mazi yang banyak apabila terangsang dan keadaan itu boleh menjadi terlalu lembap sehingga tidak menyeronokkan pasangan wanita.

Keadaan basah turut menyebabkan ereksi lelaki menjadi lemah.

Malah, akibat terlalu basah dan licin, ada hubungan kelamin terbantut. Masalah ini ada kaitan dengan keadaan pundi salur kencing lelaki yang terlalu aktif.

Cara mengatasinya ialah dengan memakan ubat 'Antihistamine', iaitu ubat nyah alahan yang mengakibatkan selesema atau resdung. Keadaan ini juga dikenali sebagai resdung zakar.

2. Saiz, bentuk ereksi kurang menyenangkan.

Lelaki menjadi begitu sensitif apabila berasa alat kelamin mereka tidak termasuk dalam golongan 'ideal' untuk memberi kepuasan kepada pasangan. Malah, jika pasangan 'menegur' saiz dan bentuk ereksi, ia boleh menimbulkan tekanan hebat.

Ini menyebabkan ada yang cuba membesarkan zakar dan menguatkan ereksi. Selagi tidak berpuas hati dengan perkembangan 'rawatan' diterimanya, lelaki itu akan menderita dalam diam.

Seseorang lelaki perlu tahu dia hanya akan dapat ereksi yang lebih mantap apabila banyak menggunakan anggota sulitnya. Perkara ini tidak diketahui wanita. Jika wanita membandingkan anggota sulit ayahnya yang sememangnya kelihatan besar (kerana biasanya zakar orang berumur kendur dan lentur tetapi besar tidak semestinya keras) dengan pasangannya sudah tentu tidak setaraf.

Bagaimanapun, masalah ini bukan tidak boleh diatasi. Rawatan pemulihan seperti mengguna alat andropenis dapat membantu meningkatkan perincian ereksi ke tahap lebih memuaskan.

Ada juga keadaan ereksi suami bengkok dan kadangkala tidak dapat melakukan hubungan seksual dengan baik. Ini berlaku apabila terdapat benjolan keras atau tisu keras dalam zakar yang mengakibatkan zakar tidak dapat ereksi dengan lurus.

Masalah ini dikenali penyakit Peyronie. Ia boleh diatasi dengan menggunakan alat andropenis (sila rujuk www.drismailtambi.com).

3. Disfungsi seksual.

Sebilangan lelaki mudah mencapai kemuncak lebih awal daripada diinginkan. Ini menimbulkan masalah apabila pasangan wanita mengeluh cemas setiap kali pancutan berlaku sebelum dia puas.

Masalah cepat klimaks sering dialami lelaki dan mereka perlu belajar mengawal daya ereksi dan pancutan sehingga pasangan puas. Lelaki yang gagal mengatasi perkara itu walaupun berusaha bersungguh-sungguh, perlu berjumpa doktor untuk mendapat bimbingan daripada menderita seorang diri.

Lelaki berumur sering mengalami disfungsi erektil atau mati pucuk. Perkara ini boleh berlaku juga kepada lelaki muda akibat masalah psikologi atau kesihatan seperti kencing manis atau penyakit lain yang menekan fungsi erektil zakar.

Kini ada pelbagai rawatan canggih yang dapat mengatasi masalah mati pucuk, termasuk ubat 'PDE-5 Inhibitor' yang membantu ereksi menjadi mantap akibat peningkatan kemasukan darah ke dalam otot zakar, alat pam vakum dan suntikan ubat 'Vasodilator' dalam otot zakar.

Cara rawatan moden lebih berkesan dan tidak memudaratkan berbanding rawatan tradisional urutan yang boleh merosakkan otot dan buah zakar.

4. Masalah Kesuburan.

Lelaki kini lebih peka mengenai kesuburan. Tidak seperti 10 atau 20 tahun lalu yang mana kebanyakan lelaki berpendapat asalkan dia dapat melakukan hubungan seksual, itu sudah memadai. Jika isteri tidak hamil, itu salah isteri atau isteri mandul.

Ada lelaki yang buah zakarnya kecil atau ada satu buah zakar saja khuatir dia tidak dapat memberi zuriat. Pada masa sama dia bimbang menjalani pemeriksaan kesuburan.

Selagi perasaan negatif itu menghantuinya, dia akan menderita dalam diam kerana tidak tahu keputusan sebenarnya.

Kini rawatan masalah kesuburan lelaki begitu mantap dengan adanya pelbagai ubat farmakologik dan herba.

Perkara yang mustahak ialah jalani pemeriksaan dan rawatan. Jika jalan untuk mendapat zuriat buntu, mereka tidak perlu berputus asa kerana boleh mengambil anak angkat.

Isu 'derita dalam diam' ini adalah isu utama menjadi perbalahan di antara suami isteri yang hakikatnya sukar untuk diselesaikan secara perundingan kerana terlalu sensitif, sebaliknya perlu mendapatkan rawatan dan kaunseling daripada pakar perubatan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BAYI ADA SATU TESTIS

Soalan

BAYI lelaki saya berusia empat bulan dan sejak lahir dia hanya mempunyai satu testis dan bukan sepasang seperti bayi lelaki normal. Bulan depan, kami diminta berjumpa pakar surgikal berhubung masalah ini.

Persoalannya, mungkinkah dia akan menjalani pembedahan dan apakah ketiadaan satu lagi testis akan menyebabkan komplikasi kepada bayi atau dia boleh menjalani kehidupan seperti biasa? Adakah cara lain untuk mengatasi masalah ini seperti cara perubatan tradisional?

AMIRUL
Klang, Selangor

Jawapan

Kemungkinan buah zakar tersangkut ketika turun ke dalam kerandut boleh berlaku ketika bayi itu masih dalam perut ibu. Jika ini berlaku, penting untuk diperbetulkan secepat mungkin sebelum kanak-kanak terbabit baligh. Ini kerana jika sudah baligh, buah zakar yang tersangkut akan mengecut dan tidak menghasilkan sperma.

Sebaik-baiknya pembedahan pemulihan, iaitu pembedahan untuk menurunkan buah zakar itu, dilakukan sebelum kanak-kanak itu memasuki usia dua tahun, terutama jika buah zakar itu ada di luar kerandut.

Buah zakar yang tiada dalam kerandut tidak akan berfungsi dengan baik dan menghadapi risiko barah.

Mengurut akan memudaratkan kesihatan. Jadilah bapa prihatin dan terima rawatan disyorkan doktor. Buah zakar itu akan mengalami tekanan seperti terhentak dan merosakkannya.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PEMUDA BIMBANG MANDUL

Soalan

SAYA berusia 22 tahun. Masalah saya ialah zakar saya sangat susah untuk menegang. Sejak dua minggu lalu saya perhatikan zakar saya tidak menegang langsung. Biasanya pada waktu pagi sebaik bangun tidur, zakar saya akan tegang.

Saya cuba merangsangnya seperti membaca atau menonton filem mengghairahkan, tetapi tetap tiada perubahan. Saya sangat takut sekarang. Adakah ini tanda yang saya mandul?

MANSOR
Durian Tunggal, Melaka

Jawapan

Fungsi sistem keseluruhan badan bergantung kepada kawalan saraf daripada otak yang mempengaruhi minda. Jika minda tertekan, otak hilang kawalan dan masalah akan berlaku kepada sistem badan.

Justeru, tidak hairan jika lelaki yang satu ketika dulu mempunyai fungsi syahwat mantap dengan kemunculan ereksi kukuh, kemudian mendapati perkara itu tidak lagi berlaku secara tiba-tiba. Mungkin kerana anda tidak bersedia ketika itu.

Oleh kerana tiada tindak balas sepatutnya, anda berasa dirinya tidak normal dan secara tidak langsung tertekan, sekali gus hilang keyakinan diri. Keadaan ini bukan disebabkan penyakit yang mengakibatkan seseorang tidak lagi berereksi normal, tetapi masalah psikologikal.

Soal kurang keyakinan diri menyebabkan dia gagal mencapai ereksi. Yang menghairankan ialah, anda masih mampu mencapai ereksi spontan waktu pagi atau ketika terasa hendak kencing. Namun, apabila sedar dan minda anda aktif, ereksi yang berlaku secara spontan tadi akan langsung mengendur.

Anda perlu tahu, jika memaksa untuk mencapai ereksi seperti merangsang anggota sulit atau membaca buku dan gambar yang mengghairahkan hanya untuk menguji fungsi ereksi, anda akan gagal. Saya syorkan anda menjalani pemeriksaan kesihatan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

RANCANG KELUARGA LELAKI

ISLAM menggalakkan umatnya berkeluarga dan diharamkan mereka yang sengaja tidak mahu berkahwin.

Pada masa sama, Islam mengambil berat aspek kesihatan wanita dan keluarga. Jika kesihatan seseorang wanita bermasalah, pasti kesihatan keluarganya secara keseluruhan akan terjejas.

Di sinilah pentingnya amalan perancangan keluarga. Namun, perlu diingatkan yang lelaki juga memainkan fungsi penting dalam bab ini. Ini kerana tanpa izin suami, isteri tidak boleh mengamalkan perancangan keluarga.

Bagaimanapun, perlu diingatkan yang kaedah perancangan keluarga bukan terhad kepada wanita, tetapi turut membabitkan lelaki.

Kaedah yang boleh diamalkan lelaki ialah 'Al-Azal' di mana lelaki melucutkan zakar sebelum ejakulasi, manakala kaedah lain ialah menggunakan kondom.

Selain itu, kaedah 'kasi ' atau pembuangan buah zakar boleh dilakukan. Bagaimanapun ia bukan kaedah merancang keluarga, tetapi lebih kepada penyeksaan kepada lelaki apabila bukan saja kilang benih dibuang, tetapi juga kilang menghasilkan hormon kelelakian yang cukup penting untuk kehidupan sebagai lelaki.

Kaedah seterusnya ialah mengikat salur sperma atau'vasectomi' atau 'Sterilisasi Lelaki'.

Ia membabitkan prosedur mengikat kedua-dua salur sperma, sekali gus tiada sperma dalam air mani ketika ejakulasi.

Walaupun kelihatan menakutkan, kaedah ini mudah dan tidak dibebankan dengan peralatan yang banyak. Lebih penting ialah apabila tidak diperlukan, kaedah sterilisasi itu boleh dipulihkan dengan menyambung salur yang diikat.

Selain kaedah merancang keluarga yang dinyatakan tadi, tiada kaedah moden lain yang mana lelaki boleh amalkan.

Kajian mengenai kaedah moden seperti 'pil perancang lelaki' untuk mencegah persenyawaan sperma dengan telur seperti menghalang pemprosesan sperma pada waktu tertentu atau membantutkan penghasilan sperma tidak berjaya menghasilkan penemuan diharapkan.

Kebanyakan kajian mengenai ekstrak biji kapas dan beberapa biji palmaria yang didapati mengandungi kimia yang mengganggu pemerosesan sperma seperti 'Kontrsperm' dan 'Gossipol' didapati tidak berkesan secara purata dalam menghalang pembiakan sperma.

Malah, 'Gossipol' dalam tahap tinggi boleh mengakibatkan tekanan kepada fungsi jantung dan menjadi punca kematian.

Pil untuk lelaki dalam bentuk suntikan hormon diperkenalkan baru-baru ini sebagai kaedah dalam kajian.

Hormon yang dimaksudkan ialah hormon 'Progesterone' dan 'Testosterone' kerana didapati hormon berkenaan dapat menghalang pembiakan sperma dalam masa terdekat, antara empat hingga lapan minggu.

Kajian yang diselenggarakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai kaedah hormon ini masih dalam peringkat permulaan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KEJANG LIHAT WANITA SEKSI

Soalan

SAYA berusia 24 tahun dan kerap mengalami kekejangan pada zakar saya apabila melihat perempuan, terutama yang seksi. Apakah yang harus saya lakukan kerana apabila zakar saya menegang dan kejang, sukar untuk saya melakukan kerja lain.

INSAN PENING
Kuala Lumpur

Jawapan

Adalah perkara biasa jika lelaki dewasa mengalami ereksi atau kekejangan otot zakar ketika terangsang seperti melihat perempuan atau memikirkan sesuatu yang mengghairahkan.

Proses ini semula jadi dan bukan penyakit atau masalah. Jika perkara ini tidak berlaku, itu ialah masalah.

Anda tidak perlu buat apa-apa. Mungkin tolehkan muka anda ke objek yang tidak mengghairahkan anda.

Namun, jika anda fikirkan perkara yang mengghairahkan, kekejangan akan berlaku juga.

Bersyukurlah kerana anda mempunyai anggota kelamin yang aktif dan mantap.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SEJAK LAHIR KECIL SEBELAH

Soalan

SAYA ingin bertanya mengenai masalah anak saya yang berusia setahun. Telur zakarnya kecil sebelah dan ia dikesan sejak lahir.

Adakah ini akan menyebabkan sebarang masalah di kemudian hari seperti tidak boleh menghasilkan zuriat atau tanda penyakit? Apa yang menyebabkan telur menjadi kecil sebelah?

AYAH RISAU
Pulau Pinang

Jawapan

Memang perkara biasa jika kedua-dua buah zakar saiznya tidak seimbang. Malah, perkara biasa juga jika kedudukannya tidak seimbang. Ini bukan penyakit, sebaliknya ia semula jadi.

Jika disalah tafsirkan mengenai perkara itu dan 'rawatan' yang salah diberi seperti mengurut atau mendemah dengan air panas, kemungkinan buah zakar itu rosak dan tiada cara untuk memulihkannya.

Apabila ibu bapa mendapati anak lelakinya mempunyai buah zakar kecil, mereka perlu membawa anak berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Ada ketikanya buah zakar yang dianggap kecil itu sebenarnya normal dan yang kelihatan normal itu yang sebenarnya ada masalah.

Memang buah zakar kanak-kanak kecil tidak seimbang. Keadaan akan berubah apabila kanak-kanak itu baligh dan tumbesaran yang sewajar berlaku dan saiz buah zakar membesar. Bagaimanapun, penting untuk membawa anak berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.

Jangan fikir saja tanpa pemeriksaan doktor tak akan dapat menentukan sama ada buah zakar itu benar-benar kecil atau sebaliknya. Sila jumpa doktor.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

PERLU PENDIDIKAN SEKS

KATA orang, seks adalah hal dewasa. Kita 'diharamkan' bercakap mengenai seks dengan remaja kononnya seolah-olah memberi mereka izin untuk mencuba.

Bagi mereka, pendidikan seks tak perlu diterangkan, kecuali perkara penting seperti HIV dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau maklumat anggota reproduksi mereka.

Hal-hal lain perlu ditunggu sehingga sampai waktu mereka mengetahuinya sendiri.

Inilah pendirian kebanyakan orang dewasa apabila ditanya pendapat mereka mengenai pendidikan seks kepada remaja.

Pemikiran ini mengakibatkan kejahilan remaja mengenai seks berlanjutan.

Justeru, jangan terkejut apabila berita salah laku seks seperti pelajar perempuan menyorokkan anak yang baru dilahirkannya di dalam almari atau gadis remaja dirogol  oleh kumpulan rakan lelaki ketika mereka dalam keadaan khayal atau kes sumbang mahram dilaporkan media massa.

Naluri seks adalah perasaan semula jadi semua makhluk. Binatang ada waktu untuk mereka membiak, tetapi manusia tiada had.

Manusia yang hanya ikut perasaan semula jadi tanpa pengetahuan mengenai elemen nafsu seks tidak akan teragak-agak melakukannya apabila dia mengalami tekanan syahwat dan tidak tahu cara melegakannya.

Kajian di Sweden menunjukkan, remaja yang dapat pendidikan seks tahu cara menangani tekanan seks.

Mungkin 10 atau 20 tahun lalu tidak ada saluran maklumat mengenai seks seperti sekarang apabila maklumat mengenai seks boleh didapati dengan hanya mengelik tetikus komputer sambil melayari laman seks.

Seks diberi penonjolan melalui pelbagai maklumat, daripada saintifik hingga ke maklumat yang glamor, dan terpulang kepada remaja itu untuk menerimanya.

Remaja yang mendapat pendidikan asas seks tidak mudah terpengaruh. Pendidikan asas itu dapat membina jati diri mereka.

Jika dia mendapat bimbingan, dia akan dapat memilih maklumat yang akan menambah pengetahuannya, sekali gus menjadi remaja yang matang daripada aspek pengetahuan seks.

Pendidikan seks bukan saja memberi maklumat teknikal anggota kelamin dan reproduksi, malah pendedahan mengenai etika dan perilaku seksual yang sihat.

Maklumat mengenai seks dapat membantu remaja ke arah kedewasaan selain memantapkan keyakinan diri.

Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendapati, remaja yang mendapat pendedahan seks komprehensif pandai membuat keputusan apabila berdepan cabaran.

Remaja perempuan tahu menjaga diri dan tidak mudah terpengaruh untuk melakukan perkara berkaitan salah laku dan etika seksual, manakala remaja lelaki pula tahu mendisiplinkan diri dan tidak mengambil kesempatan untuk memperdayakan perempuan untuk memuaskan nafsu seks.

Pada masa sama, mereka tahu cara untuk mendapatkan kelegaan syahwat yang tidak mendedahkan mereka kepada risiko penyakit kelamin (STD) dan HIV/AIDS.

Justeru, pendapat mengatakan pendidikan seks mendorong remaja melakukan eksperimen adalah tidak betul.

Orang dewasa perlu menukar penetapan minda daripada menghalang remaja mendapat pendidikan seks kerana perkara itu penting.

Ibu bapa juga memainkan peranan fungsi penting dalam perkara ini. Jika anak ada keraguan, ibu bapa boleh memberi maklumat mengenai kemusykilan seks dan sentiasa sensitif kepada kehendak anak remaja.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

LELAKI ONANI TIDAK BERMAYA

Soalan

SAYA mula melakukan onani sejak di sekolah rendah. Seingat saya, daripada tidak mengeluarkan mani ketika klimaks kerana usia terlalu muda, tabiat buruk itu saya terus lakukan sehingga sekarang apabila berusia 25 tahun.

Pada usia semuda ini, saya dapat rasakan zakar saya tidak segagah dulu kerana ia hanya tegang sekejap apabila terangsang. Ketegangannya juga tidak sepadat dulu, mudah lembik dan terus kecut selepas saja air mani keluar.

Zakar saya juga tidak tegang selepas bangun tidur. Saya menyesal, tetapi nasi sudah menjadi bubur. Tenaga saya sekarang seolah-olah berusia 40-an.

Adakah umur semuda ini saya menghidap ED? Disebabkan kerap onani, saya juga dapat rasakan testis saya semakin mengecut dan dada saya bertambah saiz - menepati simptom kekurangan hormon testosterone. Adakah saya kekurangan hormon berkenaan?

MSY
Port Dickson

Jawapan

Banyak sudah dibicarakan mengenai onani yang boleh dikatakan satu amalan dan kelaziman lelaki masa kini. Sudah tentu amalan menyeronokkan itu sukar dijauhi, walaupun ia boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan.

Bayangkan mendera anggota sulit tanpa mengetahui anggota itu sensitif, lembut dan mudah tercedera. Urat saraf dan salur darah yang banyak di dalamnya boleh tercedera dan lambat-laun boleh mengganggu kestabilan fungsinya jika onani itu dilakukan bertubi-tubi.

Selain kerosakan anggota sulit, perkara lain seperti keletihan, lemah semangat dan kelesuan boleh berlaku. Apabila ini berlaku, lelaki muda pun akan berasa macam sudah berumur.

Jadi tidak hairan jika lelaki yang kerap beronani akan kelihatan 'tidak bermaya' seperti orang tua dan mengalami simptom 'andropaus' seperti keletihan, lesu, ereksi pagi kurang kelihatan dan ereksi tidak mantap yang biasa berlaku kepada lelaki berusia lebih 50 tahun. Bukan kerana mereka kurang hormon testosterone, tetapi kerana keletihan akibat kerap onani.

Saya cuma menasihatkan supaya anda tidak mensia-siakan diri anda. Mungkin ini sebabnya onani ditegah agama. Sebagai langkah permulaan, anda perlu kurangkan amalan itu dan membina kesejahteraan tenaga dan kebatinan anda.

Makan makanan seimbang, lakukan senaman berkala dan hentikan amalan tidak baik seperti merokok. Untuk menyegarkan tenaga syahwat, anda boleh menggunakan krim VirileTM sebagai krim peribadi dengan menyapunya sedikit ke seluruh anggota sulit setiap kali selesai amndi.

Belai anggota sulit dan sayanginya, bukan mendera. Semoga anda sedar mengenai perbuatan lama yang tidak memberi faedah.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BUKAN KANSER

Soalan

SAYA berusia 21 tahun. Masalah saya adalah sebelah buah dada saya besar sedikit berbanding yang lagi satu. Ini sangat memalukan dan ia juga menyebabkan saya mengalami kesukaran memilih pakaian kerana sesetengah pakaian akan menyerlahkan tempat yang menonjol itu.

Selain itu, puting pada buah dada itu asyik ke dalam dan ia hanya keluar pada waktu sejuk. Keadaan ini menyebabkan saya berasa susah hati kerana bimbang ia menjadi kanser buah dada lelaki.

Saya berharap doktor boleh menjelaskan semua soalan saya ini, semoga saya boleh mengambil langkah awal untuk mengelakkan ia menjadi lebih serius.

AHMAD SHAH
Arau, Perlis

Jawapan

Buah dada besar di kalangan lelaki dikenali sebagai 'Gynecomastia' atau seakan-akan buah dada wanita. Tidak dinafikan buah dada lelaki mengalami sedikit ketumbesaran ketika lelaki masuk ke peringkat awal baligh, yang mana ketika itu hormon dari pundi adrenal mengeluarkan hormon Mineralocorticoids DHEA yang boleh bertukar kepada hormon testosterone, progesterone dan estrogen.

Hormon progesterone dan estrogen ialah hormon kewanitaan. Hormon estrogen mengakibatkan ketumbesaran salur buah dada dan hormon progesterone menyebabkan ketumbesaran pundi susu.

Bagaimanapun, ketumbesaran itu hanya untuk seketika dan kemudian ia akan terbantut. Kadangkala ketumbesaran itu hanya berlaku kepada satu buah dada, maka akan kelihatan ketidakseimbangan seperti anda alami. Ini bukan perubahan kanser.

Gynecomastia boleh berlaku kepada lelaki yang mengalami kanser buah zakar. Kemungkinan berlaku kanser buah zakar untuk lelaki Asia ialah kurang satu kes dalam sejuta orang setahun.

Ketumbesaran buah dada berlaku akibat tindak balas hormon kewanitaan yang terhasil oleh buah zakar akibat kanser.

Jadi lelaki yang mengalami perubahan kanser buah zakar dapati ketumbesaran buah dada berlaku selepas baligh dan pada usia lebih dewasa. Jadi ini perbezaan antara Gynecomastia akibat baligh dan Gynecomastia akibat kanser buah zakar.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KESAN UBAT KUAT

Elak beli 'ubat kuat' tanpa rujukan pakar perubatan

PDE5 Inhibitor ialah kumpulan ubat oral yang membantu lelaki yang mengalami masalah disfungsi erektil (mati pucuk) untuk mencapai ereksi. Ia menghalang enzim Phospho Diaterase Type 5 memusnahkan kimia biologik dikenali Cyclic GMP.

Cyclic GMP terhasil dalam otot zakar akibat tindak balas Oxide Nitrik (NO) yang dihasilkan oleh urat saraf yang mengawal zakar ketika lelaki itu terangsang.

Pada masa ini, ubat dalam kumpulan PDE5 Inhibitor ialah satu-satunya bahan kimia yang berpotensi untuk lelaki yang mengalami masalah disfungsi erektil.

Bagaimanapun, ubat ini mampu memberi kesan sampingan yang boleh memudaratkan jika lelaki yang mengamalkannya menghidap tekanan darah tinggi yang sukar dikawal, penyakit jantung yang memerlukan makan ubat mengandungi 'nitrate' dan kencing manis kronik.

Sehubungan itu, penting untuk mana-mana lelaki yang menghidap masalah pencapaian ereksi kronik berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kerana hanya seorang doktor bertauliah dapat memberi rawatan sesuai untuknya.

Ubat dalam senarai PDE5 Inhibitor adalah Sildenafil (Viagra), Tadalafil (Cialis) dan Vardenafil (Levitra) yang mana ubat Sildenafil diperkenalkan lebih awal, sekali gus pengalaman perubatan dengan ubat ini lebih meluas.

Semua ubat yang dijelaskan itu mempunyai kesan sampingan sama. Sebahagian kesan sampingan yang dianggap menyusahkan pengamal berkenaan ialah pening kepala (berat kepala), muka kemerahan dan dahi dan telinga rasa kebas.

Selain itu, pengamal ubat itu akan berasa hidung tersumbat, pernafasan terganggu, jantung berdebar, mata berpusing, sakit otot terutama belakang, gastrik, ruam (rashes), radang pundi kencing, ereksi yang masih kekal selepas bersetubuh (priapisme) dan pengeluaran air mazi yang banyak daripada zakar akibat pepundi dalam salur kencing terangsang.

Pada masa sama, segelintir pengguna pil mengadu mengenai kesan sampingan ringan yang dialami. Jadi, cuba anda bayangkan jika ubat ini digunakan tanpa nasihat dan pemeriksaan doktor?

Sehubungan itu, saya nasihatkan janganlah terlalu teruja untuk membeli 'ubat kuat' tanpa mendapat rujukan pakar perubatan yang sah. Perlu diingatkan, kini banyak ubat tiruan dan juga ubat herba palsu mengandungi 'Viagra' dijual di pasaran gelap.

Ada juga ubat PDE5 Inhibitor yang diimport dari India dan China secara gelap yang mengandungi tahap ubat yang tinggi seperti 500 miligram (mg) yang sangat berbahaya kerana dos tertinggi yang boleh diambil untuk Viagra ialah 100mg.

Jangan bergadai nyawa hanya kerana malu hendak berjumpa doktor dan mengambil jalan mudah dengan membeli ubat daripada pihak tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan keuntungan.

Sekali lagi saya ingin tegaskan, masalah disfungsi erektil adalah satu penyakit yang perlu mendapat pemeriksaan dan rawatan menyeluruh dan bukan sekadar mencuba pelbagai jenis ubat tanpa kita ketahui latar belakang pengeluarnya.

Nasihat saya, biarlah kita mengeluarkan 'sedikit wang' untuk berjumpa doktor atau pakar untuk rawatan masalah gangguan ereksi kerana hasilnya lebih selamat, bukan untuk jangka masa pendek saja seperti ubat tiruan.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme