Label

SAKIT PAYUDARA DEKAT KETIAK (SAKIT PUAN)

SAYA mempunyai masalah berkaitan payudara. Saya menyedari payudara saya ada ketulan dan sakit di bahagian kiri payudara iaitu di sebelah tepi berdekatan ketiak.

Kesakitan itu dirasai sepanjang tiga bulan ini. Setahu saya, tanda penyakit barah payudara antaranya adalah ketulan atau benjolan, tetapi tidak sakit dan payudara akan sakit apabila seseorang wanita datang bulan.

Tetapi, sakit pada payudara sudah berlanjutan selama berbulan lamanya dan kitaran haid saya berjalan dengan lancar. Apakah punca kesakitan pada payudara itu?

AIN
Kuala Lumpur

ANDA disarankan menjalani pemeriksaan doktor bahagian pembedahan am, bukannya bahagian sakit puan.

Ketulan yang baru timbul pada diri anda selama tiga bulan itu perlu diperiksa kemungkinan penyakit terbabit.

Benar, kanser payudara lazimnya tidak menyebabkan kesakitan. Ketulan yang menyakitkan lazimnya berkait dengan jangkitan atau peradangan.

Ia mungkin daripada payudara iaitu ketulan ketumbuhan yang tidak membahayakan ataupun sebenarnya kelenjar limfa yang membengkak akibat jangkitan atau peradangan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan