Label

CARA ATASI KEPUTIHAN (SAKIT PUAN)

SUDAH lima bulan saya berkahwin dan terus mengalami masalah keputihan. Adakah masalah keputihan ini boleh menyebabkan saya sukar untuk hamil?

Saya pernah terbaca satu artikel yang menyatakan wanita sukar hamil walaupun sudah berkahwin selama dua tahun disebabkan masalah keputihan. Bagaimana cara untuk saya merawat masalah ini?

ZAI
Kuala Lumpur

MASALAH keputihan sukar untuk dikhususkan kepada satu punca saja. Selepas haid bersih, wanita sendiri mengalami pengeluaran lendir jernih sekitar waktu subur yang kemudian bertukar kepada lendir putih pekat setelah waktu subur tamat.

Lendir ini dihasilkan oleh kelenjar yang terdapat di permukaan terowong serviks (pintu rahim).

Lelehan selain daripada di atas pula boleh berupa lelehan jangkitan kuman. Ia lazimnya bertumpu di dalam faraj saja dan kadangkala boleh membabitkan permukaan kulit bibir kemaluan ataupun sebaliknya boleh 'naik' ke atas membabitkan ruang rahim sehingga memasuki ruang pelvis melalui tiub fallopio.

Ia boleh berwarna keputihan, kekuningan, kehijauan ataupun jernih berbuih-buih dan mengeluarkan bau serta menyebabkan kegatalan. Untuk makluman, faraj sendiri tidak mengeluarkan sebarang lelehan atau cecair kerana ia tidak mempunyai kelenjar, kecuali di bahagian berhampiran pintu faraj di mana terdapatnya kelenjar Bartholin yang mengeluarkan cecair sewaktu rangsangan seksual.

Untuk menjawab persoalan anda, hanya lelehan yang mengakibatkan jangkitan dalaman pelvis iaitu yang boleh merosakkan struktur dalaman rahim serta tiub fallopio (dan ovari) saja lazimnya yang ada kaitan dengan kesuburan.

Keputihan pula lazimnya disebabkan oleh jangkitan kulat saja dan ia lazimnya bertumpu di dalam faraj saja. Eloklah anda menjalani pemeriksaan kesuburan kerana terdapat banyak punca gangguan kesuburan dan kebanyakannya boleh dirawat.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

3 ulasan:

  1. assalamualaikum.saya ingin bertanya.saya terkena jangkitan kuman yang menyebabkan keputihan berwarna hijau,berbau busuk dan sakit di bawah perut pada hari terakhir saya haid dan merupakan hari bersama suami.adakah sperm masih boleh hidup didalam vagina yang dijangkiti?

    BalasPadam
  2. Salam..sy mengalami keputihan berwarna putih susu dan cair seperti air..ketika bangun dari duduk terasa air turun dari alat sulit..bila check rupanya cairan putih seperti air susu..selain itu faraj mula gatal2 dan berbau..adakah sy hidapi penyakit berbahaya?mohon pandangan dan jawapan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis masih ada mslh yg sama lg ke skrg?sbb skrg sy hadapi keputihan sama dgn sis,keputihan sy mcm air, sy da buat test lab doc kata ada jangkitan kuman.da diberi antibiotik tp smpai skrg msih x elok,klo sis da jumpa penawar tlg inform pd sy jugak

      Padam