SAYA berusia 27 tahun dan mempunyai seorang anak berusia lapan tahun. Haid saya tidak teratur dan berat badan saya berlebihan iaitu 95 kilogram dengan ketinggian 169 sentimeter.
Untuk pengetahuan puan, saya pernah merujuk pakar sakit puan tahun lalu dan didapati kedua-dua tiub fallopio tersumbat. Saya menjalani HSG, lap & dye dan saya menjalani persenyawaan tabung uji (IVF) tetapi keputusannya negatif. Saya benar-benar ingin menambah anak kedua dan berharap puan dapat membantu saya.
WANI
Kuala Lumpur
HSG adalah ujian untuk mengetahui keadaan dalaman ruang rahim serta keadaan dalam tiub fallopio. Apabila tiub fallopio didapati tersumbat melalui ujian HSG, doktor akan melakukan pembedahan secara laparoskopi untuk mengesahkan keadaan ini (lap & dye).
Pada masa sama, doktor akan menilai punca kedua-dua tiub fallopio tersumbat, lazimnya ia disebabkan oleh jangkitan pelvis (PID). Ujian saringan jangkitan lain yang berkaitan juga elok dilakukan.
Pada usia anda, peluang kejayaan IVF lazimnya di antara 1:4 dan 1:3 wanita. Bagaimanapun, berat badan anda adalah faktor utama kejayaan rawatan kesuburan. Bukan saja ia mengurangkan peratus kejayaan, ia juga meningkatkan risiko keguguran awal, di samping penyakit diabetes dan hipertensi sewaktu hamil kelak.
Anda perlu menurunkan berat badan anda kepada julat ideal. Untuk permulaan, dapatkan panduan daripada pakar pemakanan serta lakukan senaman secara rutin untuk menurunkan berat badan kepada 85 kilogram bagi mengeluarkan anda daripada kategori obes.
Kemudian, bolehlah anda meneruskan usaha ini bagi mencapai berat badan ideal (54 hingga 66 kilogram). IVF adalah rawatan yang memerlukan kos yang tinggi (melebihi RM sepuluh ribu), ia juga berpotensi mengundang komplikasi akut, biarlah ia dilakukan setelah tubuh anda bersedia.
Selain IVF, doktor mungkin boleh mencuba melakukan pembedahan membuka semula tiub fallopio tetapi kejayaannya bergantung kepada tahap kerosakan serta panjang penyumbatan tiub itu.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
sudah empat tahun selesai rumahtangga saya tapi tida mempunyai zuriat menyebabkan tiub fulopian kanan saya tersumbat....laptokasi sudah dibuat oleh doctor pakar tapi tidak Berjaya .bagaimana utk mengatsi masalah saya
BalasPadamAssalamualaikum doc., 16/8/17., Saye baru tiga lepas buat operation buang tiub fallopio belah kanan., Disebabkan sue mengandung lluar rahim., Soalan sye., Apakah perut sye akan terus sakit., Dan darah ade kuar ketul2., Dan sye susah nak membuang air besar., Dan boleh tak sye tahu., Makanan ape yg boleh sye makan setelah melakukan pembedahan mengadung luar rahim., Apakah darah ini akan terus keluar., Dan sakit perot ini akan berterusan..
BalasPadam