Label

MAKLUMAT SAMAR (SAKIT TUAN)

Syarikat beri penerangan tidak lengkap mengenai produk seks yang dijual

SATU ketika dulu, pam vakum diperkenalkan sebagai alat yang dapat membantu membesarkan zakar oleh seorang pakar bergelar Dr Chartam.

Doktor ini mengaut untung yang sangat lumayan tetapi kesudahannya, dia didakwa kerana memberi maklumat yang tidak tepat atau menipu.

Ramai pengguna yang menggunakan pam itu mengalami kesan sampingan yang membahayakan anggota kelamin mereka seperti melecet, bengkak, darah beku dalam otot, kekerasan tisu zakar, kerosakan tisu zakar dan pelbagai lagi.

Begitupun, kaedah vakum ini masih digunakan oleh 'doktor tradisional' iaitu tukang urut dan sebagainya. Jika mahu dicari, alat vakum ini boleh didapati dengan mudah dan ia juga dijual secara dilonggokkan di tempat tertentu.

Bagaimanapun, ingin saya jelaskan bahawa pam vakum tidak boleh digunakan untuk membesarkan zakar kerana kesan sampingannya yang berbahaya! Jadi alat ini perlu dirampas oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Jika anda masuk ke mana-mana laman web mengenai kesihatan syahwat lelaki, pelbagai produk dan peralatan diperkenalkan kepada anda.

Dulu, alat regangan otot zakar sungguh popular dan kini ada pelbagai alat regangan zakar dengan pelbagai nama dan harga.

Kini ada pula alat pembesar zakar alternatif digelar 'Phallosan' yang muncul dalam pasaran antarabangsa sejak 2004. Alat ini menggunakan pendekatan vakum, penarikan dan tambatan.

Zakar divakum dengan menggunakan pam vakum, pangkal zakar ditambat supaya kesan vakum kekal dan zakar ditarik dan ditambat dengan menggunakan tali pinggang penambat.

Jika anda melihat petikan videonya, ia kelihatan sungguh mudah. Mengikut syarikat yang menjual alat berkenaan, lelaki yang mempunyai zakar kecil, bengkok, kecut atau apa saja masalah saiz dan bentuk zakar boleh menggunakan alat ini.

Setakat kini hanya ada satu kajian yang melaporkan keberkesanan alat itu. Masalah kegunaan atau kesan sampingannya tidak dihuraikan langsung, memberi gambaran ia selamat diguna.

Jika anda tinjau keberkesanan penggunaan alat ini, maklumat diberi adalah samar. Alasan diberi ialah syarikat penjual tidak dapat memberi apa-apa keterangan mengenai keberkesanannya kecuali laporan hasil kajian.

Buat masa kini hanya ada satu hasil kajian dan itupun belum diwartakan dalam jurnal perubatan.

Jika anda tinjau kesan sampingan alat itu, kesan sampingannya ada kaitan dengan penggunaan vakum, kesan tarikan dan tekanan seperti masalah bengkak, radang, kemelecetan, kemunculan gelembung dan banyak lagi.

Harga alat berkenaan pula dianggarkan AS$300 atau hampir RM1,000. Untuk alat ini, saya tidak mahu memberi apa-apa komen kecuali selepas mengujinya.

Saya pernah menulis kepada syarikat terbabit supaya memberi kemudahan kepada saya menguji alat itu, tetapi sehingga kini tiada jawapan.

Saya juga pernah menguji alat Andro-Extender dan maklumat yang saya ketengahkan dulu mengenai alat berkenaan ialah keyakinan selepas mengujinya. Bagi mereka yang ingin melihat laporan ujian Andro-Extender, ia dimuatkan dalam laman web www.andromedical.com/.

Untuk alat yang baru ini, saya tidak mempunyai apa-apa pandangan. Namun, bagi mereka yang bertanya mengenai 'Phallosan', saranan saya jangan menggunakannya selagi tiada laporan ujian mengenainya. Ini untuk kebaikan anda juga.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan