Label

RISIKO HIV SIFAR PADA PASANGAN SETIA (SAKIT TUAN)

Soalan

SAYA pernah melakukan seks oral dan menerima seks oral beberapa kali ketika berkunjung ke pusat urut. Setiap kali ia dilakukan dengan tukang urut berbeza tanpa menggunakan kondom.

Pertanyaan saya ialah:

a) Jika tukang urut menghidapi HIV positif, bolehkah saya dijangkiti HIV?

b) Jika saya dijangkiti HIV, berapa lamakah tempoh diperlukan untuk virus menunjukkan keputusan positif jika saya menjalani ujian HIV?

Contohnya, jika seseorang itu melakukan hubungan seks tidak selamat pada hari ini lalu menjalani ujian HIV pada keesokan harinya, adakah keputusan positif akan diperoleh atau perlu menunggu dalam tempoh tertentu sebelum menjalani ujian HIV untuk mendapat keputusan tepat?

c) Bolehkah saya menjalani ujian HIV di sebarang klinik berdekatan atau perlu ke klinik khas? Berapakah kos ujian HIV? Berapa lamakah tempoh bagi mendapatkan keputusan ujian terbabit?

JEJAKA KESAL
Dungun

Jawapan

HUBUNGAN seksual dalam perkahwinan atau antara lelaki dan wanita yang setia antara satu sama lain tidak mempunyai risiko HIV.

Risiko terkena jangkitan daripada wanita yang membawa kuman virus HIV kurang untuk lelaki jika dibandingkan dengan lelaki yang membawa kuman virus HIV.

Jangkitan melalui seks oral, sama ada aktiviti itu diberi atau diterima wanita yang membawa jangkitan kuman HIV, sangat rendah.

Namun ini tidak bermakna tiada jangkitan. Ini juga tidak bermakna jangkitan tidak akan berlaku jika lelaki atau wanita itu menggunakan kondom atau pelapis getah atau 'vaginal dam' ketika melakukan seks oral.

Risiko adalah sifar jika tidak melakukannya! Jika individu itu percaya dirinya terdedah HIV kerana amalan seks rambang, jika dia terkena jangkitan, antibodi anti-HIV mula terhasil dalam darahnya.

Pada mulanya tahap antibodi itu kurang dan tidak dapat dikesan walaupun dia terkena jangkitan.

Dalam masa tiga bulan, tahap antibodi berkenaan mula meningkat dan akan memberi laporan positif jika ujian HIV dilakukan kepadanya.

Ada individu penghasilan antibodinya lembab dan mengambil masa lama. Begitupun, ujian HIV selepas enam bulan dapat mengesan jika mereka ada jangkitan HIV. Ujian HIV yang biasa dijalankan hanya mengesan antibodi.

Jika mengesyaki terkena HIV, anda perlu membuat ujian untuk mengesan komponen atau DNA kuman virus itu dengan anggaran kos RM300 hingga RM400.

Untuk ujian mengesan antibodi, laporannya sangat cepat iaitu hanya dalam tempoh dua hari. Begitupun, ada pula yang mengambil masa tiga hingga enam minggu.

Untuk anda, risiko jangkitan HIV sangat rendah dan jika anda mahu menjalani ujian HIV, saya cadangkan anda melakukannya selepas tiga bulan dan jika ragu, buat lagi selepas enam bulan.

Anda boleh menjalani ujian HIV di mana-mana klinik yang mempunyai makmal atau di makmal dengan rujukan doktor atau secara sendiri.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

1 ulasan: