Label

KERAP KELUAR MAZI (SAKIT TUAN)

AIR mazi saya keluar sepanjang masa dengan kadar sedikit (hanya di sekitar lubang dan tidak meleleh), anggarannya tiga minit sekali.

Alat kelamin saya terasa sedikit ngilu di bahagian dalam. Bila membuang air kecil, terasa sedikit pedih di bahagian bawah kepala zakar tetapi ia tidak menyakitkan.

Masalah ini menyebabkan saya sukar menunaikan solat dan terpaksa melakukannya dalam keadaan darurat.

Apakah sebab najis ini keluar dan bagaimanakah cara untuk saya mengatasinya?

QUE
Kelantan

SALUR kencing daripada penghujung pundi kencing sehingga ke pembukaan lubang kencing mengandungi lapisan mukosa yang mengandungi banyak pepundi yang menghasilkan rembesan air mazi.

Dalam keadaan lelaki teruja seks, penghasilan rembesan lebih banyak dan ia boleh keluar sebagai air mazi. Selain pepundi daripada lapisan mukosa, ada juga pundi Cowpers dalam kawasan otot lantai pelvis yang turut menghasilkan air mazi.

Cecair ini keluar ketika lelaki mengemut selepas selesai kencing. Jadi cecair ini seolah-olah membersihkan salur kencing. Jarang sekali pundi ini menghasilkan cecair yang lebih.

Jadi kemungkinan berlaku keciciran cecair selepas lelaki itu selesai membuang air kecil, seolah-olah ada pengeluaran saki baki air kencing.

Cecair ini najis dan perlu dibasuh sebelum bersolat. Ada juga situasi yang mana cecair pekat terkeluar daripada salur kencing ketika lelaki meneran najis.

Cecair ini datang daripada pundi prostat atau seminal. Ini berlaku apabila najis yang keras dan banyak itu menekan pundi prostat atau pundi seminal dalam perjalanan keluar.

Daripada penjelasan ini, anda kini tahu cecair air mazi boleh keluar daripada salur kencing selain air kencing. Keradangan salur kencing boleh membuatkan pundi dalam mukosa salur kencing radang dan menghasilkan banyak cecair mazi.

Bahagian radang itu akan terasa sakit apabila air kencing keluar. Apabila keradangan salur kencing lega, pundi dalam salur kencing tidak aktif dan tidak mengeluarkan cecair mazi lagi.

Keradangan ini boleh berlaku akibat terkena jangkitan daripada pasangan kelamin, sama ada melalui hubungan seksual atau daripada seks oral.

Jarang kali mukosa salur kencing menjadi aktif akibat rangsangan seksual. Cecair yang keluar itu banyak. Ia berhenti apabila rangsangan seksual lega.

Situasi ini dikenali sebagai resdung zakar. Ubat mengawal selesema atau resdung dapat mengawal resdung zakar.

Jika mengalami masalah mengeluarkan air mazi, anda perlu bersihkan anggota kelamin dan tukar pakaian dalam sebelum menunaikan solat atau lapik tisu tebal di penghujung kepala zakar serta cuci anggota kelamin sebelum bersolat.

Nampaknya tiada penyelesaian jika cecair yang keluar itu bukan hasil keradangan atau jangkitan. Anda kena sesuaikan diri dengan situasi itu.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan