Label

KELUAR DARAH TRAUMA RINGAN (SAKIT TUAN)

SAYA berkahwin tidak sampai dua minggu. Saya juga baru habis datang bulan seminggu lalu. Begitupun, baru-baru ini selepas selesai bersama suami, saya mendapati ada sedikit darah bercampur air mani suami.

Namun, saya tidak pasti sama ada darah itu datang daripada air mani suami atau faraj saya. Saya juga tertanya-tanya adakah ia antara simptom fibroid atau kanser serviks.

ANNA
Selangor

PADA peringkat awal persetubuhan, geselan anggota kelamin suami dilakukan kepada pembukaan faraj dan faraj yang belum pernah menjalani proses tusukan akan mengalami 'trauma' ringan.

Tidak hairan jika selepas selesai mengadakan hubungan seks, cecair yang keluar daripada faraj ialah air mani suami dan cecair faraj akan kelihatan bercampur darah.

Jika kulit lapisan pembukaan faraj terluka atau melecet, cecair daripada faraj kelihatan sedikit kemerahan akibat kandungan sedikit darah di dalamnya.

Situasi ini akan berkurangan apabila masalah melecet reda dan perasaan pedih hilang. Jarang geselan penghujung zakar ke pangkal rahim membuat kulit lapisan pangkal rahim melecet dan menyebabkan air mani bercampur darah.

Jadi pendarahan ringan itu datang daripada pangkal rahim yang melecet.

Ada juga situasi di mana gerakan kulit kulup zakar (kulit penutup zakar tidak berkhatan) melecet ketika dayungan zakar dalam faraj berlaku dan bahagian itu kelihatan merah selepas bersetubuh dan air mani yang keluar juga kelihatan mengandungi darah.

Apabila pergerakan kepala zakar keluar daripada kulup lancar, hubungan zakar-faraj tidak menyakitkan lelaki dan air mani menjadi biasa.

Jika anda tidak merasa sakit lagi dan air mani yang keluar masih kelihatan mengandungi darah, anda dan pasangan perlu menjalani pemeriksaan untuk mengenal pastinya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum sy suria sy dh kwin 3 thun..ank sorang ..skrg ank sy umr nk msuk 3 thun..kitaran haid sy tdk
    ..hri prtma ada kluar drh tpi Sgt sdikit..29 30 31 bln 7 2015 smpai 1 2 bln 8 kluar coklat. 3 HRI bln 8 bru kluar drh byk msuk HRI kdua DTH kluar tpi sdikit ke eskkan drh pun kring..kluar pun brcmpur coklat smpai 10 HRI bln 8.
    HRI rbu sy mndi wjib..mlm sy brsetub dgn suami...xda kluar drah. Sabtu mlm sy brsetub dgn suami xskit..tpi kluar drah cmpur lendir...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum.. Saya dah kahwin 1tahun..saya nak tanye kenape lepas saya melakukan hubungan kelamin bersame pasangan baru2 ini keluar darah warna koko mcm tu brcampur air mani..dia berbahaya tau tidak..sampai skrg sy tak ada bby..

    BalasPadam
  3. Saya mengalami masalah di mana..Saya masih tidaak period selama 3 minggu..selalu rasa cram dibahagian bawah perut..tapi sejak kebelakang ni...Saya mngamal diet tanpa nasi..ad keluar lendiran bercampur ketulan darah...yang kadang-kadang Ada..kadang kadang tiada..Saya ad memakai tuala wanita..Malang tiada darah dituala wanita..darah yang keluar bersma lendir dapat diketahui semasa membuang air kecil sahaja...mohon pencerahan..darah tersebut boleh di klafikasikan sebagai darah ap ea?

    BalasPadam