SAYA mempunyai anak yang baru berumur enam tahun. Masalahnya, anak perempuan saya itu sudah pandai beronani yang dilakukannya secara senyap.
Saya sudah memarahinya dan menasihatinya berulang kali, tetapi tetap dilakukannya. Saya inginkan pandangan puan untuk mengatasi masalah anak saya ini.
Katanya, dia mengikut cara kawannya di rumah jiran kami. Saya amat risau mengenai masalah ini.
YZ
Johor
ELOKLAH anda segera membawa anak perempuan anda berjumpa pakar psikiatri untuk rawatan, lebih-lebih lagi pakar psikiatri kanak-kanak.
Jika biarkan, ia boleh mengundang lebih masalah sekiranya anak anda dipermainkan atau sebaliknya mempengaruhi orang lain sama ada dewasa mahupun kanak-kanak.
Ini kerana pada usia ini, kanak-kanak mudah disuruh dengan sedikit paksaan atau ugutan sahaja serta takut untuk mengatakan 'tidak mahu' walaupun sebenarnya mereka sepatutnya sudah dapat membezakan sama ada sesuatu tingkah laku atau amalan itu baik mahupun buruk.
Pemerhatian pakar psikiatri melalui maklum balas terhadap soalan sewaktu temu duga bersama anak anda mungkin dapat membantunya mengenal pasti punca sebenar berlakunya tabiat itu.
Lazimnya kaunseling dapat membantu tetapi ia bukanlah mudah dihentikan selepas satu temu janji sahaja. Ujian darah hormon juga mungkin akan dilakukan walaupun pada usia ini, ia masih sepatutnya pada tahap prabaligh.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan