Label

RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN (SAKIT PUAN)

MASALAH rambut gugur yang saya hadapi kini berlaku sejak selepas bersalin. Adakah ia tanda sebarang penyakit? Berat saya kini ialah 36 kilogram.

Anak saya kini yang berusia tiga tahun masih menyusu badan. Adakah ia sesuatu yang normal? Jika tidak, apakah yang harus saya lakukan kini?

NOR
Kuala Lumpur

SELEPAS melahirkan, ramai ibu yang mengalami masalah keguguran rambut. Bagaimanapun, anda dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan.

Ia kini ada ditawarkan di kebanyakan hospital dan klinik. Ini kerana berat badan 36 kilogram hanya sesuai bagi wanita yang mempunyai ketinggian 138 sentimeter (bagi susuk badan yang kurus) ataupun hanya 130 sentimeter (bagi susuk badan sederhana besar), iaitu hanya kira-kira empat kaki tiga hingga enam inci sahaja.

Anda juga boleh berjumpa pakar dietetik bagi nasihat pemakanan, lebih-lebih lagi anda masih menyusukan bayi.

Pada masa sama, anda juga boleh mendapatkan panduan kepelbagaian makanan untuk kanak-kanak bagi menarik minatnya, ini mungkin dapat mengurangkan kekerapan atau keperluan anak anda menyusu badan.

Penyusuan badan berkait rapat dengan penghasilan hormon prolaktin daripada kelenjar pituitari di bahagian otak kita. Anda perlu maklum bahawa paras hormon prolaktin yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan keguguran rambut.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan