Ujian Pap smear bantu doktor analisis kultur kuman
Soalan
SAYA baru saja melahirkan bayi lima bulan yang lalu. Masalahnya, saya mengalami keputihan yang kadangkala keluar sedikit darah.
Adakah keadaan ini berbahaya? Apakah punca keadaan ini? Pada masa sama, saya juga mengalami masalah payudara kendur selepas bersalin. Adakah ia normal dan bagaimana untuk membuatkan payudara kembali kepada keadaan normal? Adakah sebarang produk yang sesuai untuk ibu yang menyusukan badan?
WANIE
Lumut, Perak
Jawapan
ADAKAH anda sudah menjalani ujian Pap smear, baru-baru ini? Ini kerana ujian Pap smear disarankan ke atas setiap wanita yang pernah melakukan hubungan seks dan ujian ini elok dilakukan secara berjadual atau berselang tempoh tertentu.
Jika belum, eloklah anda pergi menjalaninya dengan mana-mana doktor sakit puan. Sewaktu ujian ini, doktor dapat melihat keadaan keseluruhan permukaan faraj dan juga permukaan pintu rahim luar (ektoserviks) sebelum mengambil sampel ujian terbabit.
Doktor juga boleh mengambil sampel keputihan untuk menganalisis kultur kuman. Lazimnya ia mengambil masa sekitar tiga hari sebelum diketahui keputusannya. Jika tiada kelainan dikesan, berkemungkinan pendarahan yang anda alami berpunca dari bahagian lebih atas iaitu dalam rahim.
Sewaktu kehamilan, payudara mengalami pertambahan saiz akibat perkembangan kelenjar alveolus yang menghasilkan susu di samping pengumpulan tisu lemak yang juga boleh berlaku akibat pemakanan berlebihan.
Selepas kelahiran dan penyusuan badan berhenti, kelenjar terbabit menjadi kurang aktif dan mengecil semula sementara hanya tisu lemak yang masih ada menjadikan payudara kelihatan mengendur serta tidak pejal seperti sebelumnya.
Sekiranya anda masih menyusukan badan dengan aktif, perubahan saiz ini masih belum ketara kecuali jika anda hanya menyusukan dari sebelah payudara saja. Terdapat hormon yang menyerupai hormon kewanitaan (estrogen) yang dapat memberikan kesan keanjalan payudara.
Bagaimanapun, pengambilannya memerlukan pengawasan doktor kerana hormon ini juga berpotensi memberikan kesan negatif atau bahaya kepada payudara dan organ kewanitaan contohnya rahim.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Soalan kepada pakar sakit puan.Saya anna, seorang wnta 22thn mempunyai tabiat buruk kerap beronani dan apabila melakukan seks dengan pasangan saya kurang keluarkan air mani dan tidak pasti bila saya puas? Apakah masalah saya? Dan solusinya.ataupun emelkan pada saya solusi di sarah_bubu@ymail.com
BalasPadamSoalan kepada pakar sakit puan.Saya Ani, seorang wanita 29thn mempunyai tabiat buruk kerap beronani dan apabila melakukan seks dengan pasangan saya kurang keluarkan air mani dan tidak pasti bila saya puas? Apakah masalah saya? Dan solusinya.ataupun emelkan pada saya solusi di Naurah_qis@yahoo.com
Padam