Label

CYST TAK JEJAS HUBUNGAN INTIM (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 25 tahun dan belum berkahwin. Saya menghadapi masalah Bartholin cyst sejak berumur belasan tahun. Saya tidak pernah berbuat apa-apa atau mendapatkan rawatan kerana cyst itu tidak membesar dan tidak menyakitkan (kekal dengan saiz kira-kira satu sentimeter).

Saya akan berkahwin tahun hadapan. Adakah cyst terbabit akan mendatangkan masalah dari segi hubungan seks penetratif? Adakah saya perlu membuang cyst itu melalui pembedahan?

IMA
Selangor

DENGAN saiz sekecil sedemikian, Bartholin cyst lazimnya tidak mendatangkan masalah ketika hubungan seks penetratif, jika benar ia Bartholin cyst.

Bagaimanapun, lama-kelamaan ia boleh membesar kerana rangsangan seksual lazimnya menyebabkan penghasilan cecair pelincir dari kelenjar Bartholin.

Wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini hanya menghasilkan cecair apabila wanita terangsang nafsunya.

Kelenjar Bartholin anda yang sebelah tidak tersumbat laluannya boleh menyalurkan cecair terbabit ke dalam faraj dan masih dapat membantu dalam hubungan seks penetratif. Tetapi kelenjar Bartholin yang sudah tersumbat laluannya menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar itu sehingga membentuk cyst yang boleh semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali.

Bartholin cyst bukanlah kanser, peratusannya menyebabkan kanser juga sangat rendah. Anda boleh memilih sama ada untuk:

- Menunggu sehingga ia membesar barulah menjalani pembedahan secara elektif atau;

- Menunggu sehingga ia dijangkiti kuman dan membentuk abses Bartholin dan barulah menjalani pembedahan segera atau;

- Menjalani pembedahan pada masa terdekat walaupun ia sebenarnya masih kecil dan belum mendatangkan masalah.

Pembedahan pula boleh sama ada secara prosedur yang dinamakan 'marsupialization' menggunakan pembiusan di bilik bedah. Ia juga boleh secara menyedut menggunakan jarum yang dipasang pada picagari. Secara perbandingan, prosedur 'marsupialization' lazimnya dapat mengurangkan risiko ia berulang kerana ia juga membuka laluan baru untuk cecair dikeluarkan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

8 ulasan:

  1. saya berusia 23 tahun.situasi saya sama seperti kes di atas.saya ingin bertanya adakah terdapat kaedah lain yang boleh digunakan untu merawat penyakit ini selain pembedahan?

    BalasPadam
  2. Saya juga mengalami penyakit yang sama seperti di atas. Saya nak tanya adakah terdapat rawatan lain selain dari pembedahan? sebagai contoh, rawatan tradisional atau yang lain2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya sedang mengalaminya dan hamil..tetapi tidak sakit..doctor bagi 2 pilihan samada saya lakukan minor operation atau tunggu untuk lihat perkembangan dan melakukan operation selepas bersalin..saya ada terbaca satu blog yg beliau mengalami bartholin cyst semasa hamil dan beliau juga tidak melakukan minor operation..beliau mengunakan herbal blend shaklee dan makan vit c shaklee sehingga bartholin beliau pecah dan mengeluarkan darah n nanah..saya juga dlm usaha utk menggunakan herbal blend shaklee dan berharap ianya mengecut sblm next appoinment di hospital..

      Padam
  3. saya berusia 27 tahun dan berkahwin selama 2 tahun setengah dan sy sekarang ada cyst dan mengalami period yg agak lama...jadi bolehkah sy menhambil ubat henti darah ?bahaya atau tidak jika sy mengambil ubat henti darah?.

    BalasPadam
  4. Boleh kah lakukan hubungan intim bila ada nye cyst?

    BalasPadam
  5. saya bulan 1 haritu masuk hospital sebabkan bartholin cyst tapi takoperate & hujung bulan 2 ni saya masuk hospital jugak tapi operate & now bulan 3 ni saya kene hadap lagi sakit ni . mcmn saya nak buat , umur saya baru 19 . penat dah pergi ulang alik hospital sebabkan ini saja 🙂 .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh saya tahu punca bartholin cyst ni apa ?

      Padam