Label

SENGGUGUT, SAKIT PINGGANG (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 18 tahun dan mempunyai masalah ketulan (bengkak seolah-olah jerawat) di bahagian faraj saya.

Pada mulanya, ketulan itu tidak sakit, tetapi selepas tiga hari, ketulan itu berdarah. Apabila saya picit, ia mengeluarkan darah dan berasa sakit. Setiap kali saya didatangi haid, saya memang mengalami senggugut, tetapi bulan ini saya mengalami senggugut dan sakit pinggang.

Apakah sebenarnya ketulan itu? Adakah ia fibroid? Harap doktor dapat membantu kerana saya risau memikirkan ketulan ini.

GADIS BUNTU
Selangor

SAYA tidak pasti bagaimana anda mengenal pasti ketulan terbabit di bahagian faraj melainkan anda pernah menjalani hubungan seks penetratif sebelum ini.

Mungkin anda maksudkan ketulan di bahagian bibir kemaluan ataupun bahagian tundun (mons pubis). Eloklah anda menjalani pemeriksaan doktor untuk kepastian.

Doktor juga boleh memeriksa keadaan dalaman anda termasuk dengan bantuan ultrabunyi trans-abdomen untuk melihat petanda penyebab senggugut anda, walaupun dalam sebahagian kes ia tidak dapat menunjukkan sebarang petanda sungguhpun sebenarnya terdapat masalah.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan