Label

RISAU MASALAH KETULAN (SAKIT PUAN)

SAYA dapati di bahagian luar bibir kemaluan saya terdapat beberapa ketulan biji kecil seakan-akan bisul, tetapi ia tidak bernanah. Adakah ia sejenis ketumbuhan atau sebaliknya?

Saya juga mendapati ketulan itu ada di dalam kemaluan saya, tetapi ia tidak menyakitkan cuma saya tidak selesa dan tertanya-tanya sama ada ia petanda sebarang penyakit.

DIQA
Petaling Jaya, Selangor

ANDA tidak menyatakan usia anda. Besar kemungkinan ia bukan ketumbuhan berbahaya. Ia mungkin kesan jangkitan kuman misalnya akibat mencukur bulu kemaluan (ia turut mencederakan permukaan kulit kemaluan sehingga kuman cenderung menjangkiti kawasan luka halus terbabit).

Anda boleh mencuba krim antibiotik yang disapu nipis pada bahagian berkenaan. Lebih elok lagi jika anda mendapatkan pemeriksaan doktor terlebih dulu.

Dalam kebanyakan kes, ciri-ciri yang ditunjukkan biji terbabit dapat memberikan maklumat bagi doktor mendapatkan diagnosis yang betul (dan memberikan rawatan yang betul).

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan