Label

SUAMI ADU BAU TAK ENAK (SAKIT PUAN)

SAYA ingin tahu adakah cecair yang keluar dari faraj dengan bau itu satu petanda penyakit?

Saya tidak mengalami kegatalan, tetapi suami mengadu bau dari faraj saya ketika kami melakukan hubungan.

Adakah sebarang ubat yang puan sarankan untuk saya beli bagi menghilangkan bau ini?

Saya bimbang jika bau itu boleh menjejaskan hubungan kami suami isteri yang baru setahun berkahwin.

INSAN RUNSING
Kuala Lumpur

BAU yang kurang menyenangkan daripada lendir faraj kebiasaannya disebabkan oleh jangkitan kuman, sama ada kuman dari permukaan kulit berhampiran kemaluan anda atau suami ataupun dari pundi kencing, ataupun dari saluran usus.

Bau yang kurang menyenangkan juga kadangkala tidak disebabkan oleh jangkitan kuman, tetapi ia disebabkan faktor penjagaan kebersihan kawasan kemaluan yang boleh menyebabkan pengumpulan sisa peluh di celah bibir kemaluan.

Sekiranya ia disebabkan oleh jangkitan, terdapat ubat-ubatan tertentu mengikut jenis kuman itu. Doktor anda boleh mengambil sampel lelehan dan menghantarnya untuk kultur kuman bagi mengetahui jenis ubat yang sesuai.

Lazimnya ubat antibiotik berspektrum luas ataupun ubat antikulat diberikan terlebih dahulu sementara menunggu hasil keputusan ujian kultur yang mengambil masa beberapa hari.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan