Label

TIGA BULAN TAK DATANG HAID (SAKIT PUAN)

Soalan

SAYA tidak didatangi haid hampir tiga bulan. Saya juga mengalami maslah cyst bengkak semasa Aidilfitri lalu dan didatangi haid lebih daripada biasa iaitu selama 15 hari.

Namun selepas itu saya terus tidak didatangi haid lagi walaupun cyst saya sudah pulih.

Sekarang saya sentiasa mengalami sakit pinggang hingga ke bawah. Adakah saya boleh mengambil herba pemecah darah yang dijual di kedai ubat tradisional Cina? Adakah sebarang kesan daripada pengambilan herba terbabit untuk jangka masa panjang?

Saya kini berumur 40 tahun dan mempunyai empat anak yang mana anak bongsu saya berumur lima tahun.

NORAINA
Johor

Jawapan

ANDA perlulah bertanya sendiri kepada penjual herba terbabit kerana saya tidak mendalami ilmu perubatan herba dan tidak dapat menjawab pertanyaan itu.

Saya pasti anda sudah berjumpa doktor apabila menyatakan perubahan cyst yang dialami.

Saya juga mengagak berkemungkinan anda ada diberi ubat ataupun mengambil sesuatu untuk menghentikan haid berpanjangan dahulunya, mungkin ia memberi kesan terhadap gangguan haid anda sekarang.

Apapun, eloklah anda berjumpa doktor kembali untuk menjalani pemeriksaan.

Sekiranya lapisan endometrium rahim (tisu yang membentuk haid) didapati menebal, doktor akan memberikan anda ubat untuk 'menurunkan haid' di samping mencari punca masalah anda ini.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan