Label

PELUANG HAMIL SELEPAS BUANG KANDUNGAN LUAR RAHIM (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 23 tahun dan berkahwin lebih setahun lalu. Saya baru menjalani pembedahan teropong untuk membuang kandungan luar rahim.

Kandungan saya pada masa itu sudah berusia tujuh minggu. Menurut doktor, tiub kanan saya merekah dan terpaksa dibuang. Saya juga diberitahu mengalami endometriosis.

Persoalan saya, apakah peluang saya untuk hamil? Adakah saya berisiko untuk mengalami kandungan luar rahim lagi? Adakah saya perlu berpantang?

MISHA
Kuantan, Pahang

KANDUNGAN luar rahim dinamakan kandungan ektopik. Ia lazimnya berlaku di dalam tiub fallopio. Selain itu ia juga boleh berlaku pada ovari dan lebih jarang lagi, di dalam ruang abdomen.

Gangguan terhadap perjalanan embrio dari penghujung tiub ke pangkalnya untuk memasuki ruang rahim menyebabkan kandungan itu tambah membesar dan tersekat pada dinding tiub terbabit.

Memandangkan tiub fallopio tidak mempunyai sifat menganjal seperti rahim, ia akan merekah dan 'pecah' menyebabkan pendarahan dalaman yang boleh membahayakan nyawa seseorang. Tiub yang sudah merekah lazimnya tidak boleh diselamatkan.

Membuang tiub itu juga dapat mengelakkan kehamilan ektopik berulang pada tiub kanan itu. Anda bertuah kerana pembedahan itu dirawat doktor yang berkemahiran melakukan pembedahan kandungan ektopik menggunakan kaedah laparoskopi.

Ini membolehkan proses penyembuhan lebih cepat (dua hingga empat minggu), risiko perlekatan akibat pembedahan yang kurang dan doktor dapat meninjau keadaan dalaman pelvis dan ruang abdomen anda dengan lebih menyeluruh.

Malah anda mungkin ada diberikan salinan cakera padat video pembedahan terbabit dan dapat menonton sendiri serta menjadikannya bahan rujukan akan datang.

Pernah mempunyai kehamilan ektopik sendiri meningkatkan risiko seseorang untuk mengalami kehamilan ektopik lagi. Risikonya tujuh hingga 10 peratus berbanding hanya satu peratus dalam keadaan am.

Namun, ia lebih bergantung kepada jenis pembedahan (salpingektomi atau salpingostomi) dan juga sama ada anda mempunyai penyakit berkaitan seperti PID, endometriosis atau pembedahan tiub yang merosakkan tiub fallopio dan struktur organ pelvis atau peranakan. Faktor risiko lain termasuk merokok, usia melebihi 40 tahun dan hamil ketika dalam memakai IUD atau pil progestin.

Peluang kesuburan wanita lebih bergantung kepada usianya. Walaupun anda mempunyai satu saja tiub fallopio, peluang kesuburan hanya sedikit menurun. Mungkin anda ingin mengambil pil kesuburan bagi menambah bilangan telur matang, seeloknya biarlah di dalam ovari kiri agar dapat diambil oleh tiub fallopio kiri itu.

Penting untuk anda mengetahui status tiub fallopio kiri anda, ia dapat dijelaskan oleh doktor yang melakukan pembedahan itu.

Sebagai langkah peringatan, anda disarankan menjalani ujian pengesahan kehamilan jika lewat didatangi haid. Jika hamil, doktor akan melakukan imbasan ultrabunyi (lazimnya melalui vagina) dan ujian darah bersiri untuk memastikan kandungan ektopik tidak berulang lagi pada tiub fallopio kiri pula. Pengesanan lambat mendedahkan seseorang kepada risiko pendarahan dalaman berlebihan.

Dalam perubatan moden, 'berpantang' adalah perawatan pemulihan dalam tempoh masa yang dijangkakan. Pemberian antibiotik dapat mengurangkan risiko jangkitan kuman.

Pemberian ubat penahan sakit dapat melegakan kesakitan dan menjadikan anda lebih 'kuat'. Pemberian pil suplemen dapat mengembalikan tahap kesihatan anda, lebih-lebih lagi jika anda banyak kehilangan darah sewaktu kejadian itu.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

21 ulasan:

  1. saya pun penah dbuang tiub kanan.ada kah saya ada peluang untuk manggadung lgi.

    BalasPadam
  2. Sy pun...tiub belah kiri dibuang...sudah setahun berlalu...masih belum ade rezeki utk mengandung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Saya pon sama , dah dekat setahun dah .. Masih diberi kesempatan lagi .. Macam mana nk suburkan kilang telur kita yaa ? Terima kaseh ..

      Padam
    3. sy pn sama..masih belum ada rezeki...dah hampir 8 thn selepas buang tiub sebelah kiri ...nnti share klu ada gud news.

      Padam
  3. Nak tanya, jika seseorg tu prnh me lakukan pembedahan buang tiub fallopio, dan disahkan hamil sekali lg, tetapi kndungan dlm rahim, adakah kndungan itu berisiko utk mengalami keguguran?

    BalasPadam
  4. Nak tanya, jika seseorg tu prnh me lakukan pembedahan buang tiub fallopio, dan disahkan hamil sekali lg, tetapi kndungan dlm rahim, adakah kndungan itu berisiko utk mengalami keguguran?

    BalasPadam
  5. maaf saya nk tnya ada x cara untuk mengelakkan terjadinya lagi kandungan luar rahim??? sebabnyer saya penah d bedah dan di buang tuib sebelah kiri akibat berlakunya pendarahan yg teruk d dlm anak yg pertama.. kata doktor dan pesan nyer saya boleh mengandung tp saya kena berpantang untuk dpt anak dlm masa 2, 3 tahun skrg sudah setahun 2 bulan saya berjaga2 apa yg perlu saya amalkan untuk kuatkan tiup sebelah kanan saya... terima kasih....

    BalasPadam
  6. maaf saya nk tnya ada x cara untuk mengelakkan terjadinya lagi kandungan luar rahim??? sebabnyer saya penah d bedah dan di buang tuib sebelah kiri akibat berlakunya pendarahan yg teruk d dlm anak yg pertama.. kata doktor dan pesan nyer saya boleh mengandung tp saya kena berpantang untuk dpt anak dlm masa 2, 3 tahun skrg sudah setahun 2 bulan saya berjaga2 apa yg perlu saya amalkan untuk kuatkan tiup sebelah kanan saya... terima kasih....

    BalasPadam
  7. Hi,sy nak tanya..sy bru sja melakukn pembedahan kandungan luar rahim sebelah kanan tetapi doktor memberitahu yg tiub fallopian sebelah kiri sy pun ada jangkitan, adakah sy masi berpeluang utk hamil lagi ?

    BalasPadam
  8. Sya pernah mengandung luar rahim n operate buang tiub kanan...2 bln lps 2 hamil lg tp gugur..4bln lpas 2 hamil n dpt baby girl..skg dh setahun 4 bln..skrg sya hamil kali ke-4..alhamdulillah allah permudah utk sya hamil..dlu lpas operate takut sgt xleh hamil dh..tp kuasa allah sapa yg tahu..dia maha berkuasa..byk2kn berdoa..semoga dipermudahkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...pengalaman puan dapat memberi inspirasi kpd yg masih menanti zuriat

      Padam
    2. Puan ada buat apa² rawatan kesuburan tak?

      Padam
    3. Doakan saya jgk dpat menambah zuriat....slps mengandung liar Rahim...sya mengandung tapi gugur ...sehingga sekrg masih belum Ada rezeki....semoga inspirasi puan dpat kuat jiwa n perasaan sya....yg sya masih Ada peluang utk Hamil lain

      Padam
  9. Hai saya baru saja menjalani pembedahan luar rahim dan tiub sebelah kiri saya diangkat.sekarang saya dlm masa pantang tapi saya ada pendarahan dan sering kali buang air kecil rasa nyilu apakah itu bahaya atau tu kesan dari alat bantu buang air kecil semasa oparet.

    BalasPadam
  10. Hai saya baru saja menjalani pembedahan luar rahim dan tiub sebelah kiri saya diangkat.sekarang saya dlm masa pantang tapi saya ada pendarahan dan sering kali buang air kecil rasa nyilu apakah itu bahaya atau tu kesan dari alat bantu buang air kecil semasa oparet.

    BalasPadam
  11. Hii , assalammualaikum . Saya pun pernah menjalani operate kandungan luar rahim ( kiri ) . Tapi , operate secara terbuka . Dan hanya bergantung pada yang kanan sahaja . Persoalan nya , adakah peluang untuk saya pregnent balik maseh ada ? Sebab dah bermacam cara dicuba .

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum.. saya dah dibuang tiub sebelah kiri, sekarang masuk 6 tahun saya blum dpt hamil lagi.. adakah saya ada peluang utk hamil lagi? Sekarang umur saya masuk 37 tahun ..

    BalasPadam
  13. Assallammualaikum sy br 3minggu lps menjalani pmbedahan luar rahim..biasaya selepas operation akan period spt biasa x..kadar darah haid yg keluar tu byk x spt biasa?mohon pnjelasan dr kwn2 yg ada pengalaman..lepas tu sy rasa spt cocok2 di pundi kencing..adakah sma pegalaman semua

    BalasPadam
  14. Salam...saya dibuang tiub sebelah kiri, dah 7 tahun tapi belum ada tanda kehamilan, adakah saya berpeluang hamil lagi dgn adanya tiub sebelah kanan saja???

    BalasPadam