SEBAHAGIAN besar wanita menyimpan rahsia apabila mereka mengalami rasa sakit ketika melakukan hubungan seks bersama pasangan. Mereka tidak mengatakan pada pasangannya, bahkan kepada doktor.
Tidak seorang pun ingin membicarakan rasa sakit saat berhubungan seksual, meskipun kira-kira 2 hingga 30 peratus wanita mengalaminya.
Sikap seorang wanita yang mengalami kesakitan ketika melakukan hubungan seks, selalunya akan berubah perasaan. Ramai wanita yang tidak mencari pakar perubatan menganggap sakit seperti ini adalah biasa. Mereka hanya menahannya atau tidak mengetahui apa yang harus dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit atau menghilangkan rasa sakit.
Sebenarnya sakit seperti ini boleh dirawat dan disembuhkan tetapi kebanyakan wanita yang menghidap sakit ketika berhubungan seksual berasa malu untuk membuat pemeriksaan dengan pakar sakit puan.
3 punca sakit ketika berhubungan seksual adalah:
1. Vulvar Vestibultis
Sensitif terhadap sentuhan, umumnya dialami oleh wanita dalam usia remaja, sekitar 20 hingga 23 tahun. Sakit terjadi di sekitar hujung vagina dari elemen seperti atau penetrasi tampon jari atau penis.
2. Vulvodynia
Wanita yang telah berumur sering mengalami keadaan ini. Mereka mengalami kegatalan pada bahagian vulva iaitu pada saat ejakulasi atau ketika membuang air kencing.
3. Vaginimus
Keadaan ini berlaku apabila keadaan di otot vagina terlalu tegang sehingga terjadi kekejangan urat, menyebabkan rasa sakit saat penetrasi.
(Sumber Internet)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan