Label

BERSEDERHANA GUNA PRODUK (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 26 tahun dan belum berkahwin. Ramai yang menyatakan masalah kesihatan wanita hari ini berkait dengan tuala wanita yang berada di pasaran.

Adakah benar dakwaan ini? Bagaimana pula dengan penggunaan tuala wanita herba yang dikatakan dapat membantu dalam menangani masalah kesihatan wanita?

NOR
Petaling Jaya, Selangor

BIARLAH saya menjawab soalan secara am kerana banyak pertanyaan diajukan mengenai sesuatu produk sama ada berbentuk produk makanan kesihatan, tuala wanita, pencuci dan pelbagai produk lain yang berkaitan.

Banyak perkara boleh memberi kesan kepada masalah kesihatan wanita. Ini termasuk faktor pemakanan, persekitaran, tekanan emosi, keturunan, usia dan pengambilan bahan, produk atau ubat yang lebih ketara kesannya apabila digunakan dengan berlebihan atau tidak diketahui dos selamatnya. Malah lebih teruk jika ia sebenarnya tidak dikaji mencukupi dengan piawaian analisis kajian saintifik yang terjamin.

Dalam pada itu, kepelbagaian dan kecanggihan teknologi imbasan dan ujian perubatan serta keprihatinan individu terhadap saringan pemeriksaan kesihatan membolehkan penyakit dikesan awal sebelum ia mendatangkan sebarang simptom atau petanda.

Semakin ramai wanita kini yang dikesan berpenyakit dengan lebih awal lagi sedangkan dahulu wanita tidak menyedari kehadiran penyakit terbabit sehinggalah doktor melakukan post-mortem atas sebab lain.

Secara prinsipnya, biarlah kita menggunakan sesuatu itu dalam keadaan bersederhana dan apabila perlu serta dijamin keberkesanannya. Lebih-lebih lagi jika bahan itu baru saja berada di pasaran berbanding jika sesuatu ubat yang sudah puluhan tahun lamanya digunakan.

Jika tidak, kesediaan seseorang menggunakan sesuatu bahan baru atau tanpa piawaian ujian menunjukkan kesanggupannya menjadi bahan uji, justeru eloklah dia berkongsi atau melaporkan pengalaman menggunakannya sama ada dari segi kesan baik mahupun kesan buruk, dalam masa terdekat mahupun dalam jangka panjang, biarlah ia disahkan dengan kaedah pemeriksaan atau ujian kesihatan yang dipercayai.

Jika ia berguna, eloklah tetapi jika ia memberikan komplikasi bahaya, penyesalan atau ganti rugi tidak mencukupi untuk menyembuhkannya semula.

Sudah banyak laporan kesan buruk sesuatu bahan terhadap kesihatan sehingga merosakkan organ penting apabila pengambilannya tidak dipantau. Dalam ubat moden, ujian pemantauan kesan yang memakan masa bertahun-tahun dan melalui empat fasa ini dilakukan sebelum ubat mendapat kelulusan untuk digunakan di pasaran dan pengguna bahan atau ujian terbabit juga sedia maklum mengenai kajian berkenaan. Itu pun masih terdapat kesan buruk yang hanya disedari setelah ia berada di pasaran dan tindakan segera diambil menarik balik ubat terbabit dari pasaran.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan