Label

SAKIT LUTUT AKIBAT KERAP BERONANI? (SAKIT TUAN)

Soalan

SAYA berusia 27 tahun tetapi mengapa lutut saya sering sakit? Ada rakan memberitahu saya mungkin kekurangan cecair dalam kepala lutut kerana kerap beronani. Apakah ini ada kebenarannya?

Jawapan

KESAKITAN lutut yang saudara alami bukanlah disebabkan onani. Ini adalah kerana onani tidak menyebabkan kekurangan cecair pada lutut. Malah ia tidak akan menimbulkan sebarang kesan sistemik yang sering diperkatakan seperti masalah kabur penglihatan, buta, kekurangan protein dalam badan, mati pucuk malah sakit mental.

Onani hanya akan memudaratkan apabila seseorang itu melakukannya hingga menjejaskan tumpuan kepada perkara lain. Bagaimanapun, kekerapan onani boleh menjejaskan kesuburan seseorang kerana jumlah sperma akan berkurangan dalam setiap pancutan air mani jika ia berlaku secara berulang-ulang.

Onani yang dilakukan dengan tergesa-gesa juga boleh menimbulkan masalah ejakulasi pra matang. Saudara juga tidak digalakkan melakukan onani kering (dry masturbation) dan juga dengan menggunakan bahan fabrik seperti kain atau bantal.

Ini adalah kerana ia bukan saja menyebabkan abrasi atau luka pada kulit zakar, malah menyebabkan zakar menjadi sensitif. Ini juga akan menimbulkan masalah kepuasan apabila saudara berumahtangga nanti kerana alat kelamin wanita adalah rongga basah.

Saya nasihatkan saudara berjumpa pakar orthopedic mengenai masalah lutut saudara. Jika saudara aktif dalam sukan kemungkinan besar ia berpunca dari kecederaan ligamen atau meniscus. Kekurangan cecair pada lutut lazimnya hanya berlaku apabila seseorang itu sudah berusia.

(Sumber Dr Zulkifli)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan