SAYA berusia 30 tahun, sudah berkahwin dan belum mempunyai anak.
Sejak akhir-akhir ini, saya menyedari ada tiga biji timbul pada puting payudara saya dan ia agak ngilu sekiranya dipicit.
Saya sudah berjumpa doktor yang menyatakan ia mungkin disebabkan oleh saluran susu tersumbat dan terjadinya pengumpulan yang mengakibatkan biji terbabit. Doktor hanya memberikan ubat krim sapuan.
Sesudah menggunakan krim berkenaan, biji itu tetap tidak hilang. Apa yang perlu saya lakukan?
Bagaimana saluran susu boleh tersumbat sedangkan saya tidak menyusukan bayi?
MIZA
Taiping, Perak
ELOKLAH anda mendapatkan pengesahan daripada pakar pembedahan am.
Lebih elok lagi mereka yang mempunyai pengkhususan bahagian pembedahan payudara kerana mereka lebih berpengalaman melihat lebih ramai pesakit yang bermasalah sedemikian.
Diharapkan ia sekadar tuberkel atau kelenjar Montgomeri saja, suatu yang normal dan lebih ketara timbul apabila puting payudara dirangsang atau disentuh.
Jika perlu, ujian mudah seperti ultrabunyi payudara akan dilakukan. Jika masih membimbangkan, doktor mungkin akan mengambil sedikit sampel menggunakan jarum untuk menilai sel terbabit secara ujian sitologi.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan