Label

SENAMAN BANTU ELAK BERMIMPI (SAKIT TUAN)

Soalan

SAYA selalu mengalami mimpi basah. Begitupun, yang menjadi masalahnya, saya gemar melakukan onani sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Bagaimanapun, jika tidak melakukan onani, saya pasti mengalami mimpi. Pernah saya cuba berhenti melakukan onani, tetapi saya kembali mengalami mimpi basah sehingga tiga kali.

Saya buntu untuk menangani masalah ini. Harap doktor dapat memberi pandangan dan pendapat terhadap masalah ini.

LELAKI KELIRU
Semenyih, Selangor

Jawapan

MIMPI basah lelaki ialah sebahagian proses perubahan akil baligh untuk lelaki dan ini petanda bahawa sistem reproduktif lelaki itu mula aktif.

Jika kebetulan anda mengeluarkan air mani melalui onani, anda tidak akan mengalami mimpi basah atau kurang mengalaminya kerana sistem itu reda akibat onani.

Jika anda tidak melakukan onani, ia akan berlaku. Jadi mimpi basah bukan penyakit, ia perubahan semula jadi iaitu petanda sistem seksual dan reproduktif itu aktif dan sihat.

Jika anda membabitkan diri dalam aktiviti yang menggelorakan perasaan syahwat dan anda tidak melakukan onani, anda boleh mengalami mimpi basah yang kerap.

Ini juga semula jadi kerana sistem syahwat yang bergelora memerlukan kelegaan.

Jika anda tidak mahu melakukan onani dan tidak mahu mengalami mimpi basah yang kerap terhasil daripada fantasi seksual, anda harus mengelakkan aktiviti yang boleh merangsang perasaan syahwat.

Lakukan senaman berkala dan aktifkan diri dengan aktiviti sosial yang membina semangat dan rangkaian sosial. Ini tidak bermakna anda tidak akan mengalami mimpi basah. Ia tetap akan berlaku juga, walaupun kemudian anda akan mendapati ia menjadi kurang dan jarang.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan