Soalan
SAYA berumur 54 tahun dan mengalami satu benjolan lembut serupa belon berukuran sebesar guli tumbuh di dalam faraj sejak 15 tahun.
Saya pernah bertanya sendiri kepada doktor mengenai keadaan yang berlaku kepada saya, tetapi dia memberi jawapan positif bahawa perkara itu normal dan tidak mudarat (pada waktu itu benjolan berukuran wang lima sen).
Harap doktor dapat membantu saya kerana ia makin membesar dan kini makin membonjol keluar.
NUR IRAH
Kuala Lumpur
Jawapan
ELOKLAH ia dibuang dan benjolan itu dihantar ke makmal untuk pengesahan. Benjolah di kawasan faraj lazimnya cyst Bartholin, ia juga boleh jadi cyst vagina saja.
Namun dengan usia anda, saya mengagak anda mungkin sudah pun mengalami menopaus (putus haid). Memandangkan ia semakin membesar, eloklah ia dibuang sebelum benjolan terbabit berubah sifat menjadi penyakit bahaya.
Prosedurnya berlainan daripada yang lazim (membuka kantung benjolan terbabit dan mengeluarkan cecair itu), dalam keadaan anda, kantung atau selaput benjolan berkenaan juga akan dikeluarkan untuk pengesahan histologi makmal.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan