Label

FOKUS PELAJARAN ELAK KETAGIH ONANI (SAKIT PUAN)

Soalan

SALAM doktor, saya remaja berumur 19 tahun. Saya ingin bertanya, adakah apabila kita beronani haid kita akan terganggu? Apakah keburukan beronani selain haid terganggu? Ini kerana kitaran haid saya tidak teratur, saya takut kesannya pada masa akan datang. Saya harap doktor sudi bantu.

REMAJA INGIN TAHU

Jawapan

TERIMA kasih kepada adik yang sudi mengutarakan soalan yang menarik ini. Sangkaan berkaitan onani menyebabkan kitaran haid terganggu adalah tidak tepat.

Onani atau juga dikenali sebagai masturbasi (melancap), adalah rangsangan seksual yang sengaja dilakukan pada organ kelamin untuk memperoleh kenikmatan dan kepuasan seksual. Rangsangan ini dapat dilakukan tanpa alat bantu ataupun menggunakan sesuatu objek atau alat, atau kedua-duanya. Cara-caranya adalah dengan menyentuh, menggosok dan meraba bahagian tubuh sendiri yang peka sehingga menimbulkan rasa menyenangkan untuk mendapat kepuasan seksual (orgasma) baik tanpa menggunakan alat mahupun menggunakan alat.

Perbuatan onani dalam kalangan wanita jarang dibicarakan. Mungkin kerana ia suatu tabu, walaupun perbuatan ini kerap diamalkan terutama oleh golongan remaja masa kini. Perbuatan onani kebiasaannya berpunca daripada perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru. Amalan onani sejak sekian lama boleh memberikan kesan kepada hubungan seks yang normal. Lebih teruk lagi sekiranya onani dilakukan menggunakan cara yang ekstrem.

Berbeza

Onani sememangnya berbeza dengan hubungan seks yang normal kerana ia tidak perlu memberikan pertimbangan kepada pasangan masing-masing, malah melakukannya untuk kepuasan diri sendiri semata-mata.

Hubungan seks yang normal memerlukan perasaan bertimbang rasa serta mementingkan keselesaan di samping menghormati keinginan pasangan. Sekiranya sesuatu perbuatan tidak dapat memenuhi harapan pasangan, tentunya ia boleh menjejaskan kualiti hubungan seksual tersebut.

Onani yang dilakukan secara ekstrem juga akan memberikan tekanan berlebihan kepada alat kelamin yang boleh memberi kecederaan kepada saraf. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang beronani menjejaskan kenikmatan hubungan seksual setelah berkahwin kelak.

Amat baik jika adik dapat mengelak daripada meneruskan tabiat onani ini walaupun ia bukanlah penyebab haid yang tidak teratur. Haid normal adalah yang terjadi selama beberapa hari sehingga lebih kurang seminggu lamanya bagi setiap satu kitaran. Pusingan haid yang tidak teratur dialami lebih daripada 35 hari.

Ada sesetengah wanita haidnya datang dua atau tiga bulan sekali dalam setahun. Keadaan ini disebabkan oleh gangguan hormon dan wanita yang mengalami masalah ini adalah kurang subur kerana tidak mengeluarkan ovum (telur).

Punca lain

Terdapat pelbagai penyebab haid yang tidak teratur iaitu; senaman yang melampau biasanya berlaku dalam kalangan ahli sukan atau atlet, kekurangan atau berlebihan berat badan (tidak mempunyai berat badan yang ideal), mengalami tekanan perasaan yang teruk dan gangguan emosi, pengambilan pelbagai jenis ubatan, kesan sampingan apabila berhenti mengambil pil perancang keluarga dan gangguan hormon lain seperti masalah pada kelenjar tiroid.

Masalah kitaran haid yang tidak teratur yang agak kerap dialami wanita adalah juga disebabkan oleh sindrom ovari polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome - PCOS). Tanda paling ketara yang dialami oleh wanita yang menghidap PCOS adalah kedatangan haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang-kadang jaraknya menjadi begitu jauh sehingga tiga ke enam bulan. Terdapat juga sebahagian wanita yang tidak mengalami haid dalam masa setahun.

Ada juga wanita yang menghidap PCOS mengalami pendarahan yang berpanjangan sampai 15 hingga 30 hari tanpa henti. Gejala ini dikenal sebagai 'polimenorea', iaitu haid yang tidak tetap dan biasanya dialami tiga atau enam bulan sekali dan kadang-kadang berpanjangan.

Ketidakseimbangan hormon menyebabkan sel teka dalam ovari menebal. Keadaan ini mengakibatkan folikel matang tidak dapat dihasilkan. Kesan ini membantutkan pengovulan (tidak bertelur) dan menyebabkan haid menjadi tidak teratur.

Kadang-kadang keadaan ini juga menyebabkan dinding rahim menebal tidak seperti wanita normal disebabkan rangsangan hormon androgen yang berterusan pada penghidap PCOS.

Masalah kitaran haid yang tidak teratur yang berpanjangan mungkin boleh menjejaskan tahap kesuburan seseorang wanita jika dibiarkan.

Saya nasihatkan agar adik berhenti daripada mengamalkan onani yang banyak memberi kesan negatif kepada remaja. Fokuskan pemikiran dan pelajaran adik sepenuhnya sebagai seorang pelajar atau siswa di institusi pengajian tinggi yang akan menjamin masa depan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

6 ulasan:

  1. saya juga perempuan.beronani.
    saya tidak pernah memasukkan apa2 , onani dgn cara menggosok sahaja.

    1.adakah saya masih dara?
    2.adakah organ dan rahim saya boleh rosak?
    3.bolehkah saya mengandung?
    4.jika saya berkahwin adakah kemungkinan tabiat saya ini disedari suami melalui hubungan seks?

    biji kelentit saya tidak sama saiz.
    sebelah panjang sebelah pendek. perbezaan agak ketara. adekah dengan berkhatan boleh menormalkan keadaan ini? jika tidak , bagaimana?

    nota : saya merayu supaya reply. tolonglah.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum doktor ,, saya mengalami masalah pada biji kelentit saya .. terdapat stu garisan yg membelah biji kelentit saya .. sya xtaw ap puncanya .. n sedangkan sya xprnah bersetubuh kerna sya baru 17 thun .. sya dh cuba cri info2 d internet tpi sya xdpt .. boleh kah doktor bg taw masalah nya n ap yg patut syg buat ?? benda ni sya sdar dh lama n ianya langsung xmnyakitkan .. sya takut nnti sya trlmbt brtindak mngakibatkan ssuatu yg tk dingini brlaku kpd sya .. sya mohon doktor tlong reply komen sya ni .. pleessss ???

    BalasPadam
  3. adakah dengan onani @ memasukkan jari ke dalam vagina dan bila menggeluarkan jri tersebut ada kesan darah , adakah petanda saya telah kehilangan dara ? mohon jawab

    BalasPadam
  4. Perempuan melayu memang bodoh suka sgt percaya ddn laki .pdhal lelaki nak dara dia je lps tu ucap good bye ,jgn percaya janji manis org lelaki ok

    BalasPadam
  5. Saya berusia 21 tahun..masalah saya saya gemar berpakaian seksi dan berasa ghairah pada diri saya dan akhirnya saya beronani.di rumah sewa saya rakan serumah saya dah faham sgt dgn saya yg suka tak pakai baju dan hanya berseluar dalam.bila rakan melihat buah dada saya saya akan berasa ghairah dan dan bila kelapangan saya akan beronani di bilik.
    Selepas onani saya insaf sekejap.esoknya kambali lg dengan tabiat lama.

    BalasPadam