Label

UBAT HENTIKAN PENGELUARAN SUSU (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 29 tahun dan mempunyai seorang anak berusia sembilan tahun. Setahun lalu, saya mengalami keguguran ketika kandungan saya berusia empat bulan.

Masalahnya kini, air susu pada kedua-dua payudara saya masih ada. Semasa usia kandungan dua bulan, ia sudah keluar. Saya ingin tahu sebarang jenis ubat untuk menghentikannya walaupun saya tidak berasa sakit.

USWA
Kuala Lumpur

TERLEBIH dulu, anda hendaklah menjalani pemeriksaan doktor untuk mengesan kemungkinan terdapat penyakit yang menyebabkan keadaan itu.

Pengeluaran susu berkait dengan paras hormon prolaktin yang tinggi, kadangkala ia disebabkan penyakit yang perlu dirawat. Paras hormon prolaktin yang tinggi juga boleh mengurangkan kesuburan wanita.

Memang terdapat ubat yang bertindak mengurangkan hormon prolaktin, maka ia digunakan untuk menghentikan pengeluaran susu, ada juga ubat yang mempunyai kesan sampingan mengurangkan susu.

Ada jenis ubat yang diambil sekali sahaja, ada jenis yang perlu diambil selama dua minggu. Ada ubat yang boleh memberi kesan (interaksi) terhadap penggunaan ubat lain. Sebelum menggunakan ubat terbabit, penilaian doktor penting kerana seperti kita maklum, setiap ubat mempunyai kesan sampingan tersendiri.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan