SAYA baru keguguran untuk kehamilan pertama pada 17 Mac 2011. Sehingga kini saya tidak pasti punca keguguran itu.
Adakah tekanan di tempat kerja boleh menyebabkan keguguran? Selepas empat atau lima hari, darah berkurangan dan kini saya masih ragu-ragu untuk bersama suami.
Berapakah tempoh yang diperlukan untuk saya hamil semula? Adakah wanita yang mempunyai sejarah keguguran menandakan mereka sukar hamil?
FAEZAH
Kuala Lumpur
ANDA tidak menyatakan usia kandungan, juga jika anda terpaksa menjalani prosedur (cucian D&C) untuk mengeluarkan keseluruhan atau lebihan kandungan yang tertinggal di dalam rahim. Lazimnya, setelah satu kali keguguran, peluang kehamilan wanita untuk kehamilan berikutnya adalah sama dengan wanita lain yang pernah hamil.
Sekiranya darah masih ada (walaupun tinggal sedikit), ia masih dikira pendarahan dan hubungan seks adalah dilarang sama ada dari sudut agama mahupun sudut perubatan kerana ia meningkatkan risiko jangkitan kuman menerusi permukaan dalaman rahim yang masih belum pulih.
Tekanan ada disebut sebagai salah satu punca keguguran, gangguan haid, kesuburan dan seumpamanya.
Sekiranya anda juga kuat berpendapat begitu, eloklah anda berusaha mengurangkan tekanan berkenaan atau mendapatkan bantuan profesional sebelum menimbangkan untuk hamil sekali lagi. Kebanyakan doktor menasihatkan menunggu sehingga dua hingga tiga bulan untuk mengembalikan kesihatan fizikal dan meredakan gangguan emosi akibat keguguran.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda anda hamil.
BalasPadam