Label

TAKUT MUDARAT TULANG BELAKANG (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 25 tahun dan menghidap skoliosis bentuk S. Kini saya hamil lima bulan. Adakah kehamilan saya akan memberikan kesan kepada tulang belakang saya?

Adakah saya boleh melahirkan anak secara normal atau melalui pembedahan?

UMMI
Shah Alam, Selangor

SKOLIOSIS mempunyai darjah kecondongan yang berbeza, juga bahagian tulang belakang yang berbeza.

Anda boleh bertanyakan doktor anda mengenai hal ini. Secara amnya, skoliosis tidak memberikan masalah besar sewaktu hamil. Namun jika ia membabitkan bahagian tulang dada (thoraks), ia mungkin mengganggu masalah pernafasan kelak, lebih-lebih lagi jika anda mendapat batuk, jangkitan pernafasan dan seumpamanya.

Doktor anda juga dapat membuat penilaian sama ada anda boleh bersalin normal dalam posisi bersalin atau sebaliknya. Saya jangkakan seperti kebanyakan wanita yang mempunyai skoliosis, anda mungkin dibenarkan mencuba bersalin biasa.

Cuma, kaedah penahan sakit epidural, sama ada bersalin biasa atau pembedahan Caesarean sukar dilakukan, mungkin sesuatu prosedur yang mencabar bagi doktor bius, kemungkinan ia tidak berjaya juga dijangka lebih tinggi berbanding jika tulang belakang normal.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan