ANAK saya kini sudah berusia empat tahun tetapi dia masih menyusu badan. Dalam keadaan begini, apakah peratusan saya untuk hamil lagi?
Selain itu, adakah kedudukan wanita di atas suami semasa melakukan hubungan seks juga menyebabkan peratus kehamilan yang rendah?
Murni,
Selangor
SEKIRANYA anda masih didatangi haid terutama jika haid anda itu teratur, penyusuan badan lazimnya tidak mengganggu kesuburan.
Bagaimanapun, eloklah anda menjalani pemeriksaan termasuk ujian darah prolaktin dan imbasan ultrabunyi untuk mengesahkannya. Dengan ovulasi yang teratur dan tanpa penyakit pada rahim atau tiub fallopio, peratus anda hamil sama seperti golongan seusia anda.
Saya belum pernah membaca kajian yang menyatakan kedudukan wanita di atas sewaktu hubungan seks menyebabkan peratus kehamilan yang rendah.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan