SEJAK awal perkahwinan, haid saya normal dan sebulan selepas itu saya hamil, namun apabila mencecah usia dua bulan, saya keguguran. Saya sangka pada awal kehamilan tidak perlu melakukan cucian dan selepas keguguran, haid saya tidak normal.
Kadang-kadang hampir empat atau lima bulan saya tidak datang haid dan apabila berjumpa doktor, dia mengatakan itu masalah biasa.
Disebabkan haid tidak normal, seorang rakan mencadangkan supaya saya mengambil ubat Norcolut dan selepas itu, haid datang seperti biasa, tetapi darah yang keluar itu berwarna merah cair.
Saya mahu hamil lagi dan saya pun mengambil ubat Clomid. Saya makan waktu haid selama lima hari berturut-turut, tetapi saya tidak didatangi haid manakala perut saya kerap mengalami sakit keterlaluan.
Apabila dilakukan pemeriksaan UPT, hasilnya negatif. Saya ingin tahu, adakah keadaan ini akibat tidak melakukan cucian selepas keguguran sebelum ini?
Adakah saya masih berpeluang untuk hamil lagi? Adakah saya perlu melakukan cucian berkenaan walaupun sudah lama keguguran?
Siti Hawa,
Gombak, Selangor
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
SUDAHKAH anda membuat keputusan sama ada ingin meneruskan untuk merawat sendiri masalah anda ataupun kini bersedia untuk mendapatkan pemeriksaan pakar atau doktor pula?
Bagaimanakah anda pasti sama ada keguguran dahulu sudah keluar semuanya atau adakah masih ada sisa yang boleh menyebabkan jangkitan kuman atau peradangan rahim (endometritis) dan kesan parut atau perlekatan, malah kerosakan pangkal tiub?
Adakah anda menjalani saringan sebelum mengambil ubat yang anda nyatakan? Ini kerana setiap ubat mempunyai kesan sampingannya, malah harus diperiksa sama ada perlu (kebaikan ubat itu mengatasi keburukan), boleh (selamat mengambilnya) dan selamat (untuk tempoh tertentu dan cara) mengambilnya?
Haid yang jarang-jarang boleh disebabkan gangguan kesuburan ovari. Bagaimanapun, jika anda mengalami kesakitan yang berulang seperti ulangan haid, tetapi tiada keluar darah haid, ini mungkin ada kaitan dengan penyakit di dalam ruang rahim sehingga menyekat laluan keluar haid.
Berjumpalah doktor berdekatan untuk pemeriksaan. Imbasan ultrabunyi pelvis yang dilakukan secara bersiri dapat memantau pembesaran kantung telur dalam ovari (jika ovari anda subur) manakala ujian HSG secara sinaran-X dapat menunjukkan keadaan ruang dalam rahim (sekiranya ada perlekatan) dan laluan di dalam tiub fallopio.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan