SAYA berusia 28 tahun dan suami, 29 tahun. Kami sudah berkahwin selama dua tahun, tetapi masih belum dikurniakan anak.
Kitaran haid saya normal setiap bulan cuma saya ada beberapa soalan. Adakah warna darah haid yang gelap coklat kehitaman adalah normal?
Saya pernah lumpuh satu badan suatu ketika dulu, jadi adakah ia menyukarkan saya untuk mendapatkan cahaya mata?
Siti,
Kuala Lumpur
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
HAID keluar apabila atau setelah lapisan endometrium ‘bercerai’ daripada dinding otot rahim. Warna pendarahan lebih bergantung kepada tempoh tisu endometrium sudah lepas atau bercerai daripada dinding rahim serta ketebalan atau salur darah di dalam lapisan haid itu. Jika haid anda teratur, ia lazimnya tiada masalah.
Anda tidak memberikan maklumat lanjut mengenai keadaan lumpuh seluruh badan dahulu. Apakah puncanya? Apakah kesan atau kecederaan lain yang dihadapi? Adakah anda mengalami masalah kehilangan darah yang banyak sehingga ia mengganggu haid anda waktu itu (sindrom Sheehan)?
Berapa lamakah anda mengalaminya? Bagaimanakah anda sembuh? Keadaan lumpuh lazimnya mengakibatkan pergerakan otot yang kita boleh kawal. Otot rahim, tiub fallopio tidak begitu.
Tidak perlu menunggu lebih lama, dua tahun sudah mencukupi. Rawatan kesuburan lebih berkesan jika ia dimulakan pada usia lebih awal. Suami juga perlu menjalani ujian air mani, siapa tahu berkemungkinan masalah kesuburan berpunca sebelah pihak saja atau mungkin kedua-duanya sekali.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan