Dalam keadaan seriau, anggota sulit wanita menjadi kering, manakala bibir besar dan bibir kecil mengecut serta menyempit. |
MASIH dara walaupun sudah berkahwin beberapa bulan. Persoalan ini pernah dibincangkan dalam ruangan bicara kesihatan yang biasanya dibangkitkan oleh wanita yang ada perasaan seriau atau ngeri untuk bersama pasangan.
Dalam keadaan seriau, anggota sulit wanita menjadi kering, manakala bibir besar dan bibir kecil mengecut serta menyempit.
Situasi ini juga dikenali sebagai ‘mati putik’, ibarat putik tidak berkembang menjadi bunga seperti mati pucuk yang berlaku kepada golongan lelaki, di mana ereksi tidak berlaku.
Semua ini berlaku akibat kegagalan tindak balas seksual kerana perasaan seriau. Setiap kali pasangan cuba melakukan tusukan, mereka mencengkam otot pembukaan lubang najis atau mengemut.
Mereka terus terasa sakit yang amat sangat ketika itu dan pasangan mereka terasa seperti ada halangan di depan pintu faraj! Apa yang berlaku sebenarnya ialah mereka tidak dapat mengawal pembukaan faraj.
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
Mereka sebenarnya mencengkam pembukaan faraj tanpa sedar. Keadaan ini dikenali sebagai ‘vaginismus’ iaitu cengkaman pembukaan faraj tanpa kawalan wanita.
Jika anda dapat mengawal pembukaan faraj, iaitu melegakan pembukaan faraj dengan tidak mengemut atau melegakan kemutan, pembukaan faraj akan lega dan membolehkan ereksi suami memasuki faraj dengan senang.
Walaupun sedikit sempit berpunca daripada selaput dara yang mengelilingi pembukaan faraj, ia akan menjadi lega dan mudah kerana mengandungi tisu elastik!
Mungkin perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah cuba memasukkan jari anda sampai habis diikuti mencuba memasukkan dua jari dan meluaskan bukaan faraj sambil melegakan kemutan atau jangan kemut.
Apabila perkara itu dapat dilakukan sendiri, biar suami pula cuba memasukkan jarinya dan jika tidak sakit, boleh diteruskan mencuba memasukkan zakarnya pula ke dalam faraj.
Anda boleh jumpa mana-mana pakar sakit puan untuk menjalani pemeriksaan dan bimbingan seksual bagi mengatasi masalah seriau.
Mungkin doktor boleh memberi anda alat berbentuk seperti zakar yang dikenali sebagai dildo atau ‘vaginal trainer’ untuk melegakan pembukaan faraj.
Saya tidak syorkan pembedahan meluaskan faraj jika rupa dan bentuk anggota sulit anda normal kerana jika dilakukan, timbul masalah faraj longgar pula!
Apabila perasaan seriau tiada dan anda dapat mengawal pembukaan faraj, tiada sebab kenapa anda tidak dapat ‘bersama’ dengan pasangan.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan