Label

KANAN BENGKAK, KIRI TERSUMBAT (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 28 tahun dan berasal dari Ipoh, Perak. Usia perkahwinan saya hampir mencecah dua tahun.

Pada usia perkahwinan ini, saya masih belum dikurniakan cahaya mata. Pada awal perkahwinan dulu saya pernah mengalami keguguran seawal dua bulan kandungan. Saya juga pernah menjalani prosedur D&C dan sekarang saya mengikuti program di LPPKN.

Saya dan suami bercadang untuk menjalani rawatan permanian berhadas (IUI). Tetapi selepas menjalani HSG, doktor mengesahkan tiub kanan saya hydrosalpinx dan sebelah kiri pula tersumbat.

Jadi apa yang patut saya lakukan? Apakah kebarangkalian untuk saya hamil secara semula jadi? Saya masih dalam dilema dan tekanan yang teramat sangat. Faktor persekitaran yang dikelilingi ibu muda menjadikan keadaan saya lebih stres. Apakah rawatan yang perlu saya terima? Adakah keadaan saya berbahaya?

Izan
Kuala Lumpur

HYDROSALPINX adalah nama lain bagi tiub bengkak akibat kandungan cecair di dalamnya, lazimnya ia disebabkan oleh jangkitan atau peradangan pelvis seperti jangkitan kuman Chlamydia.

Selain itu, lazimnya tiub yang mengalami hydrosalpinx juga tersumbat di penghujungnya sehingga menyebabkan cecair berkumpul dan menjadikannya bengkak (jika tidak tersumbat di penghujungnya, cecair ini boleh keluar melalui penghujung tiub dan menyebabkan jangkitan dalam ruang pelvis).

Hydrosalpinx juga dapat dilihat melalui imbasan ultrabunyi trans-vaginal. Melalui HSG, dapat diketahui tiub hydrosalpinx tersumbat (di penghujungnya). Sekiranya benar tiub hydrosalpinx turut tersumbat, maka peluang hamil dengan IUI tiada kerana tiub kiri turut tersumbat.

Anda memerlukan rawatan secara IVF kerana IVF tidak memerlukan tiub yang utuh. Di LPPKN juga ada rawatan secara IVF dan saya percaya doktor anda sudah mencadangkan rawatan yang serupa.

Namun, kajian menunjukkan hydrosalpinx menurunkan peratus kehamilan IVF sehingga 50 peratus sekiranya tiub terbabit tidak ditutup pangkalnya. Ini kerana, cecair hydrosalpinx boleh merosakkan embrio, kawasan implantasi dalam rahim dan seumpamanya.

Pilihan lain adalah pembedahan membuka tiub fallopio. Walaupun peratus berjaya membuka agak tinggi, namun peratus kehamilan selepas itu masih rendah. Ini mungkin kerana keadaan dalaman ruang tiub yang sudah rosak sehingga menjadi tidak ‘aktif’ mengambil telur, menggerakkan sperma serta embrio dan menghasilkan cecair nutrisi untuk embrio walaupun kini sudah tidak tersumbat.

Selain itu, eloklah juga anda menerima rawatan ubat jangkitan pelvis.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

6 ulasan:

  1. syukur dengan nikmat zuriat..
    yang penting jangan mengalah dan terus berusaha sehingga berjaya.

    saya juga turut berkongsi psl tiub fallopio tersumbat ni.

    Tiub Fallopio Tersumbat? Jangan Risau, Anda Masih Boleh Hamil. | Diari Mama

    BalasPadam
  2. Sy mngalami tiub fallopio bengkak..mcm mna nk merawat.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Sy mengalami tiub fallopian bengkak..mcm mna nk merawaratnya

    BalasPadam
  6. Sy mengalami tiub falopia Bengkak ..mcm mana mau merawat nya selain dri penbedahan...harap sngat jawaban dari yg perna lalui

    BalasPadam