Label

'PATAH TEBU' USAH DIURUT (SAKIT TUAN)

SAYA mengalami masalah pada alat sulit. Pernah sekali ketika bersama isteri, kemaluan saya seperti ‘terbengkok atau terlipat’ dan terasa sakit.

Selepas kejadian itu, saya rasa fobia untuk bersama isteri kerana bimbang kejadian itu berulang. Selain itu ketika ereksi, saya berasa seolah-olah ada yang tidak kena pada urat di sekeliling zakar.

Saya belum berjumpa doktor dan sehingga kini hanya menunggu sehingga rasa fobia untuk bersama isteri hilang. Adakah kejadian itu memberi kesan kepada kemaluan saya atau ia hanya sementara?

SHAM
Kajang, Selangor

SITUASI
zakar terlipat ketika bersetubuh dengan pasangan hanya berlaku jika cara dayungannya dalam faraj dilakukan secara keluar masuk.

Jika haluan tidak tepat, kemasukan penghujung zakar tersekat di permukaan faraj dan bahagian pertengahan zakar akan terlipat atau tertindih. Jika dayungan kuat, ia boleh ‘patah tebu’ atau kurang tertekan di bahagian yang terlipat.

Sudah tentu bahagian yang terlipat akan rasa sakit, bengkak dan mungkin cedera jika ‘patah tebu’. Jika rawatan kecemasan tak diberi untuk kes ‘patah tebu’, tempat atau bahagian tercedera akan rosak dan menjadi keras sebagai parutan.

Ereksi menyakitkan sehingga hubungan kelamin menjadi fobia. Lama-kelamaan, bahagian itu akan mengeras dan mungkin bengkok.

Hubungan kelamin menyakitkan dan mungkin sukar apabila ereksi tak seberapa padat atau bengkok, selain sukar melakukan tusukan.

Untuk kes yang cedera ringan, bahagian itu menjadi parut dan boleh menyakitkan ketika mahu melakukan tusukan faraj. Jika kecederaan itu ketara atau parutan itu mengeras, ereksi boleh membengkok (penyakit Peyronie).

Anda sepatutnya berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan bagi menentukan tahap kecederaan. Perkara pertama anda perlu lakukan ialah tuam bahagian zakar yang tercedera dengan ais. Ini untuk mengurangkan keradangan dan kebengkakan sementara berjumpa doktor.

Jangan jumpa dukun atau tukang urut. Jika bahagian bengkak atau radang itu diurut, kecederaan dan keradangan menjadi lebih ketara dan kemungkinan zakar rosak.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan