Label

KEMBANG TAK SEKATA (SAKIT TUAN)

ZAKAR saya membengkok ke kiri disebabkan pembuluh darah/otot bahagian kiri tidak mengembang ketika ereksi.

Saya hairan kerana pembuluh darah/otot zakar bahagian kanan kelihatan mengembang dengan sempurna sedangkan di bahagian kiri tidak. Keadaan ini berlaku selepas berkhatan 13 tahun lalu.

Tahun demi tahun, semakin ketara pembuluh darah/otot zakar bahagian kiri seakan-akan mati dan tidak dapat mengalirkan darah ke bahagian itu.

Adakah ini antara gejala mati pucuk? Apakah tindakan yang harus saya ambil untuk kembali normal?

PENCARI JAWAPAN
Raub, Pahang

ISTILAH mati pucuk menggambarkan zakar yang tidak mengembang dan mengeras atau tidak kekal keras untuk tujuan tusukan atau penetrasi ke dalam faraj.

Apa yang anda alami bukan mati pucuk. Ia lebih kepada masalah bentuk zakar yang tidak sempurna. Selagi tidak menjalani pemeriksaan doktor, selagi itu anda akan rasa janggal dan keliru mengenai keadaan anggota kelamin, sama ada ‘mati pucuk’ atau masalah bengkok, yang mana kedua-duanya membuatkan anda sukar melakukan tusukan ke dalam faraj setelah berkahwin.

Kebengkokan boleh berlaku apabila sebahagian zakar tidak dapat mengeras atau tertarik akibat parutan (mungkin akibat kecederaan atau kesan khatan).

Keadaan ini dikenali sebagai penyakit Peyronie (Peyronie Disease) dan jika benar, memang ada cara merawatnya. Jangan biarkan keadaan itu tanpa pemulihan, sebaliknya segera berjumpa doktor pakar.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan