Label

BAYI SONGSANG (SAKIT PUAN)

SAYA inginkan pandangan doktor mengenai prosedur ECV untuk memperbetulkan kedudukan bayi yang songsang semasa ia berusia 36 minggu.

Adakah prosedur ini jalan terbaik? Saya hamil anak pertama dan sejak tujuh bulan kepalanya di atas malah sehingga 36 minggu ia masih pada kedudukan sedemikian.

Sejak kandungan berusia tujuh bulan, saya ada membuat penyelidikan berkaitan masalah ini, namun saya takut dan tidak yakin dengan ECV memandangkan ini anak pertama saya.

Saya bercadang untuk bersalin secara pembedahan. Apakah pandangan doktor?

Ifah,
Kuala Lumpur


Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

SAYA pasti doktor anda sudahpun memastikan keadaan anda dan kandungan sebelum membenarkan anda mencuba kaedah ECV.

Apakah yang mendorong anda untuk memilih ECV atau sebaliknya kelahiran Caesarean? Seeloknya penyelidikan yang anda buat biarlah diselidiki juga melalui perbincangan dengan doktor anda. Ini bagi mengelakkan kekeliruan yang mungkin timbul daripada bahan bacaan tanpa panduan.

Pada usia kandungan anda 36 minggu ini, terdapat beberapa kemungkinan:

- Kemungkinan untuk janin berpusing dengan sendirinya kepada kedudukan normal (tanpa ECV) adalah 1:12.

- Bagi kandungan pertama, peluang ECV berjaya adalah sekitar 40 peratus. Ini juga bermakna, risiko ECV tidak berjaya adalah sekitar 60 peratus. Ia bergantung kepada usia kandungan, saiz janin, kandungan air ketuban, kedudukan uri, posisi kaki janin, penggunaan ubat tokolitik dan lain-lain.

- Setelah ECV berjaya memusingkan janin anda kepada kedudukan normal, risiko untuk janin berpusing semula kepada songsang adalah rendah iaitu 1:20.

- ECV adalah satu alternatif jika anda tidak mahukan kaedah pembedahan Caesarean. Bagaimanapun, jika anda memang sudah memilih kaedah Caesarean dari awal ketika mengetahui janin songsang, pilihan ECV tidak lagi relatif.

Namun, tidak salah jika anda mendengar penjelasan doktor anda mengenai kelebihan bersalin normal sekiranya ECV berjaya dan tidak bermasalah. Apapun, kini yang pasti jika janin masih songsang, bersalin normal bukanlah pilihan yang sesuai.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan