Label

RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN

Soalan

SELEPAS melahirkan anak kedua, saya mengalami keguguran rambut yang sangat kronik. Rambut saya tebal dan panjang, tetapi setiap hari saya dapat mengumpul rambut dan membentuknya seperti bola besar yang mampat.

Bahagian kanan dan kiri kepala saya sekarang botak yang jelas kelihatan. Rambut di bahagian tengah (crown area) kepala saya juga menipis. Saya terbaca artikel yang keguguran rambut selepas kelahiran berpunca daripada hormon, tetapi adakah normal jika ia kronik hingga ada bahagian botak?

Adakah ia disebabkan anak lelaki kerana anak sulung saya perempuan dan tiada masalah? Boleh doktor jelaskan sebab lain yang menyebabkan keguguran rambut selain stres dan tidak cukup tidur? Adakah struktur rambut baru yang tumbuh akan mempunyai ketebalan seperti sediakala?

SAL
Kuala Lumpur

Jawapan

Alopecia ialah istilah perubatan untuk keguguran rambut. Ada dua sebab Alopecia boleh berlaku kepada perempuan. Satu, akibat gangguan hormon, manakala satu lagi ialah alahan atau 'Immune Response Alopecia'.

Kadar wanita yang menghidap Alopecia kurang 20 peratus dan sebilangan besar akibat gangguan hormon seperti anda alami. Sebilangan besar mempunyai rambut lebat ketika hamil tapi selepas bersalin, rambut mulai gugur. Masalah ini dikenali sebagai 'Affluvium Telogen' menjadi ketara sehingga rambut di pertengahan kepala menjadi tipis.

Keguguran rambut selepas kelahiran bayi tiada kaitan dengan jantina anak dilahirkan. Testosterone mengakibatkan folikel rambut bantut dan ini hanya berlaku kepada rambut kepala. Pada masa sama, Testosterone mengakibatkan rambut folikel muka dan keseluruhan badan aktif, tetapi tumbuh kasar.

Rambut puan boleh gugur akibat kekurangan hormon Estrogen yang kelihatan kepada wanita berumur. Pengambilan hormon Estrogen sebagai rawatan hormon gantian dapat mengawal keguguran rambut, tetapi wanita itu perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan sebelum mengambil rawatan terbabit.

Keguguran akibat alahan berlaku apabila terdedah kepada alahan. Apabila alahan terkawal atau tiada lagi, rambut kembali lebat. Jarang kelihatan rambut gugur akibat kebakaan. Jika ini berlaku, wanita itu mengalami keguguran secara total atau 'Alopecia Totalis'. Untuk mengatasi masalah rambut, saya cadangkan puan berjumpa pakar rambut.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

1 ulasan:

  1. Kadang2 pencarian kita itu lambat sbb kita tidak betul2 usaha buat research kat internet.Serahkan pada badan2 besar yg bertanggungjawab dalam meluluskan produk yg terbukti berkesan oleh FDA dan MHRA.Cuba lihat video ini yg pastinye menjawab persoalan anda.
    http://www.youtube.com/watch?v=hj3iWhqfajE.

    BalasPadam