1. Rujukan
Tidak tahu memasak bukan satu alasan yang terbaik andai disoal oleh orang lain. Pelbagai jenis buku resepi dan resepi di Internet yang dapat membantu kaum perempuan untuk belajar memasak. Malah terdapat juga video teknik masakan yang betul di Internet yang akan memudahkan lagi proses pembelajaran.
2. Alat mesin masakan
Kemajuan teknologi lebih memudahkan kaum perempuan untuk memasak. Kini pelbagai jenis mesin masakan yang terdapat di pasaran contohnya alat mesin cili. Kalau cerita berkaitan mesin ini memang tidak akan habis kerana terlalu banyak bahkan untuk membuat kek dan roti juga tidak perlu bimbang untuk menguli. Tangan tak penat lagi.
3. Berani
Ini adalah faktor penting dalam penyediaan makanan, jangan bimbang andai orang memberikan reaksi negatif terhadap makanan yang anda masak. Cuba mempelbagaikan rencah dalam masakan dan jangan terlalu berharap kepada bahan-bahan tertentu. Jika mendapat reaksi negatif cuba lagi untuk masak resepi yang sama, cuma perlu improvisasikan.
4. Kelas memasak
Jika belum percaya kepada diri sendiri di dapur, remaja perempuan boleh mengikut berbagai jenis kursus memasak kerana kini ramai yang membuka perniagaan kelas masakan. Dari situ anda boleh berkenalan dengan mereka yang pandai memasak dan ajaklah rakan-rakan anda untuk turut serta bersama agar anda boleh bertanyakan soalan andai ada kekeliruan di dalam kelas.
5. Langkah pertama
Apabila sudah pandai memasak walaupun baru permulaan, anda boleh mencuba dengan masak makanan yang mudah-mudah atau mencuba memasak makanan kegemaran masing-masing. Tidak perlu memasak diri terlalu jauh dengan masakan yang rumit. Cuma dengan memasak masakan yang ringkas dan mudah disediakan. Namun jangan mudah menyerah kalah hanya beberapa kesalahan awal.
6. Pembuka semangat
Jika anda punya adik-beradik yang rapat atau teman, ajak mereka untuk merasa masakan yang anda masak. Mungkin dari situ membakar semangat anda untuk terus belajar memasak. Apabila orang yang terdekat memberikan semangat atau pandangan terhadap masakan anda, sedikit sebanyak dapat tingkatkan lagi mutu masakan anda tidak kira komen positif atau negatif.
7. Tidak berputus asa
Jika masakan pertama anda tidak bagus, tidak perlu berkecil hati dan merasa anda tidak mampu untuk memasak. Seperti hal yang lain, memasak juga memerlukan proses dan tahap kecekapan tertentu untuk memantapkan ilmu masakan itu. Gunakan alat pengukur masa untuk membantu mengikatkan anda saat masakan perlu diangkat dan sudah siap masak. Belajar teknik-teknik memasak yang betul bersama ahli keluarga juga boleh membantu anda.
(Sumber Harian Metro)
Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme
Tiada ulasan:
Catat Ulasan