Label

SEMBILAN BULAN TAK DATANG HAID (SAKIT PUAN)

SELEPAS saya melahirkan anak kedua pada tahun lalu, saya belum didatangi haid hingga kini iaitu sudah sembilan bulan.

Anak saya masih menyusu badan dan saya tidak mengambil sebarang ubat perancang. Saya juga sudah membuat ujian kehamilan dan saya tidak hamil. Apakah masalah yang saya hadapi?

Amy
Kuala Lumpur

SEBELUM menjawab soalan anda, saya andaikan anda tidak mengalami masalah sewaktu kelahiran anak kedua anda serta tidak mengambil sebarang ubat serta produk kesihatan lain yang sebenarnya mungkin mengandungi bahan bersifat hormon.

Penyusuan badan boleh menyebabkan ketiadaan haid. Keadaan ini dinamakan amenorea laktasi yang disebabkan oleh peningkatan hormon prolaktin dalam proses penghasilan susu badan.

Bagaimanapun, saya tidak dapat mengenepikan sama ada anda sendiri mempunyai penyakit lain yang juga boleh menyebabkan ketiadaan haid, tanpa anda menjalani pemeriksaan seeloknya dengan pakar sakit puan berhampiran. Ini kerana selain penyusuan badan, beberapa penyakit atau sindrom boleh menyebabkan masalah serupa.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tiada ulasan:

Catat Ulasan